Kertas Kerja Program Pendidikan Luar 2018

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, JALAN YAACOB

LATIF, 56000 KUALA LUMPUR.

KERTAS KERJA

PROGRAM PENDIDIKAN LUAR PISMP AMBILAN JUN 2015


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS (IPGKIK)
TAHUN 2018

Disediakan Oleh

PELAJAR PENDIDIKAN JASMANI


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2015
KERTAS KERJA
PROGRAM PENDIDIKAN LUAR AMBILAN JUN 2015
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS (IPGKIK) TAHUN 2018

1.0 PENDAHULUAN

Program Pendidikan Luar Ambilan Jun 2015 bagi pelajar Pendidikan Jasmani
merupakan salah satu keperluan kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) Ambilan Jun 2015 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas, Kuala
Lumpur. Dalam konteks Pendidikan Kebangsaan, kegiatan kokurikulum merupakan satu
program penting demi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Melalui
kegiatan kokurikulum diharapkan dapat melahirkan siswa guru yang sihat dari segi
jasmani. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Malah guru adalah
pembina generasi, pembentuk jati diri, dan merupakan insan contoh kepada
masyarakat. Sehubungan itu, seseorang guru seharusnya mengamalkan gaya hidup
yang sihat.

2.0 PENGENALAN

2.1 TADOM HILL RESORT merupakan resort perkampungan yang berkonsepkan


penghayatan alam semulajadi. Kawasan resort ini terletak berhampiran
perkampungan orang Asli Temuan dari Kampung Bukit Tadom.
Berlatarbelakangkan hutan hijau dan sungai yang mengalir jernih, lokasi resort
ini amat sesuai untuk para pengunjung yang inginkan ketenangan atau ingin
bersantai bersama keluarga.

2.2 Pelbagai kemudahan telah disediakan antaranya adalah chalet tradisional buluh,
tandas, tempat persalinan, surau, wakaf, tempat letak kereta, jaket keselamatan
dan banyak lagi kemudahan lain yang telah disediakan. Sekitar resort ini
terdapat pelbagai spesies pokok hutan, Kawasan TADOM HILL RESORT ini
mampu menerima sehingga 150 peserta .

2.3 TADOM HILL RESORT terletak hanya 12 minit dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 45 minit ke Kuala Lumpur. Kawasan
ini mempunyai hampir 40 ekar bukit batu kapur, tasik dan pokok-pokok. Tadom
Hill Resorts ini terbahagi kepada dua iaitu Tadom Base Camp (tapak
perkhemahan) dan Tadom Bamboo Suites (Chalet Premium).

3.0 RASIONAL

Program Pendidikan Luar ini merupakan program yang diwajibkan kepada siswa
guru Pendidikan Jasmani PISMP Ambilan Jun 2015 untuk memenuhi kehendak kursus
PJMS 3113 iaitu Pendidikan Luar. Program Pendidikan Luar ini diadakan bertujuan
untuk melahirkan bakal guru yang mampu mengelola dan menguruskan sesuatu
program. Oleh itu, melalui program seumpama ini mampu melahirkan guru yang
kompeten dalam amalan nilai profesionalisme keguruan sejajar dengan kehendak
Standard Guru Malaysia. Program ini adalah satu aktiviti yang dapat mengeratkan
hubungan sesama siswa guru tanpa mengira bangsa, kaum dan agama. Program ini
bertujuan melahirkan siswa guru yang bukan sahaja cerdas malah cergas dari aspek
jasmaninya. Melalui pengalaman yang diperolehi juga secara langsung akan membantu
siswa guru untuk menganjurkan sebarang aktiviti semasa di sekolah kelak.

4.0 MATLAMAT

Program Pendidikan Luar ini bertujuan memastikan kecemerlangan Institut


Pendidikan Guru (IPG) bersinambungan bagi melahirkan guru pelatih yang gemilang
dalam bidang akademik dan sukan. Program ini diharap dapat membantu guru pelatih
memperolehi pengalaman dan demi memanfaatkan segala ilmu yang diperoleh apabila
menjadi guru yang berupaya serta dapat melatih murid-murid di sekolah menjalankan
aktiviti rekreasi secara selamat dengan latihan yang berkualiti. Matlamat program ini
ialah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada
dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta
meningkatkan ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti-aktiviti disusun dalam
program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat
diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan
dengan aktiviti untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat
membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang
mampan.

5.0 ASAS PERTIMBANGAN

5.1 Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi pengalaman baru kepada para
siswa guru tentang bagaimana sesuatu Program Pendidikan Luar dilaksanakan.

5.2 Para siswa guru berpeluang untuk menambah pengetahuan disamping


menguasai dan mempertingkatkan tentang teknik-teknik mengelola Program
Pendidikan Luar selaras dengan tujuan penubuhan kelab ini.

5.3 Meningkatkan kemahiran siswa guru dari aspek pengurusan serta pengelolaan
aktiviti luar.

5.4 Memperkenalkan asas kemahiran dan cara mengaplikasi sesuatu prosedur


pengelolaan dan pengurusan, penilaian turut dilakukan oleh tenaga pengajar
sepanjang Program Pendidikan Luar ini dijalankan.

6.0 BUTIRAN PROGRAM

6.1 Tarikh Program :


3 Mac 2018 (sabtu)

6.2 Tempat dan Lokasi :


Tadom Hill Resort, Kampung Labohan Dagang, 42700, Banting, Selangor Darul
Ehsan, Malaysia.

5.3 Kumpulan Sasaran :


Pelajar Pendidikan Jasmani PISMP Ambilan Jun 2015 Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
7.0 SENARAI JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANAAN

7.1 Jawatankuasa Induk

Penaung : Dr. Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali


Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.

Penasihat : Dr. Norherani binti Moning


Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.

Pemantau : Dr. Mohd Khamdani Bin Sairi


Ketua Jabatan Sains Sukan
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.

Penyelaras : En. Jalaluddin Bin Abd Latif

Pengerusi : Mohamad Hazim Bin Hamid

Naib Pengerusi : Mohammad Afizfirdaus Bin Kamarazaman

Setiausaha : Zuraida Binti Zabidin

Bendahari : Hasliena Binti Hussin


7.2 Jawatankuasa Kecil

AJK Peralatan : Muhammad Nazirul Mubin Bin Hamiza


: Mohd Hanafi Bin Samion

AJK Keselamatan/Kebajikan : Mohamad Naim Bin Mohd Sahal


: Nur Hidayahtun Solehah Binti Yahaya

AJK Aktiviti : Aliff Lukman Bin Tawam


: Afifi Azaly Bin Mustapa

AJK Pengangkutan : Dayana Binti Razali

AJK Dokumentasi : Puteri Aisyah Binti Noordin


: Nur Suhaila Binti Zainuddin

AJK Kebersihan : Nurul Nadhirah Binti Ahmad Ayob

AJK Masakan : Farah Nabila Binti Mhd ‘Asri


: Nur Izzati Akmal Binti Nazrilazdin

AJK Kerohanian : Aiman Hakimin Bin Mohd Saleh

AJK Buku Program : Raja Nurnina Qamarina Binti Raja Azlan

8.0 SENARAI PESERTA


Senarai nama pelajar Pendidikan Jasmani PISMP ambilan Jun 2015 yang mengikuti
Program Pendidikan Luar PISMP Ambilan Jun 2015.

BIL. SENARAI NAMA KELAS


1. Aiman Hakimin Bin Mohd Saleh G 7.7
2. Dayana Binti Razali G 7.7
3. Hasliena Binti Hussin G 7.7
4. Mohamad Hazim Bin Hamid G 7.7
5. Mohamad Naim bin Mohd Sahal G 7.7
6. Mohammad Afizfirdaus Bin Kamarazaman G 7.7
7. Mohd Hanafi Bin Samion G 7.7
8. Muhammad Amirul Mukmin Bin Md Nor G 7.7
9. Muhammad Nazirul Mubin Bin Hamiza G 7.7
10. Muhammad Syahmi Bin Ayub G 7.7
11. Nur Hidayahtun Solehah Binti Yahaya G 7.7
12. Nur Suhaila Binti Zainuddin G 7.7
13. Puteri Aisyah Binti Noordin G 7.7
14. Siti Arini Binti Mohd Yunus G 7.7
15. Zuraida Binti Zabidin G 7.7
16. Nurul Nadhirah Binti Ahmad Ayob G 7.6
17. Mohammad Ikram Amin Bin Adanan G 7.6
18. Aina Kasmuni Binti Mohd Jahudi G 7.6
19. Nur Izzati Akmal Binti Nazrilazdin G 7.6
20. Aliff Lukman Bin Tawam G 7.6
21. Afifi Azaly Bin Mustapa G 7.6
22. Muhamad Hanafi Bin Salim G 7.6
23. Mohd Noor Azhar Bin Marzukhi G 7.6
24. Mohamad Aliff Mirza Bin Esa G 7.6
25. Mohd Akram Bin Azman G 7.6
26. Nur Hawa Binti Mokhtar G 7.6
27. Raja Nurnina Qamarina Binti Raja Azlan Shah G 7.6
28. Wan Abdul Hamid Bin Wan Harul G 7.6
29. Farah Nabila Binti Mhd ‘Asri G 7.6

9.0 TENTATIF PROGRAM

Tarikh Masa Aktiviti Tempat


4 Oktober 2017 7.00 Pagi Berkumpul
Garaj Bas IPGKIK
7.30 Pagi Bertolak ke Tadom Hill Resort
(Rabu)
8.30 pagi Tiba di Tadom Hill Resort Tadom Hill Resort
Sarapan pagi
9.00 pagi Taklimat Aktiviti
Pembahagian kumpulan:
- Kumpulan 1: Nazirul Mubin
- Kumpulan 2: Afifi Azaly
-
Kumpulan 3: Aliff Mirza
9.30 pagi Tadom Splash
- 5m Bamboo diving platform
- Tarzan Swing
- Bamboo Water Swing

Tadom Oasis
- Bamboo Raft
- Floating Bamboo Lounging
Chair (Lexi)
1.00 petang Makan Tengah Hari
1.30 petang Pengurusan Diri dan Solat
2.00 petang Tadom Groove
- Main Recreational Area
- Outdoor Fun Games (bamboo
limbo, giant jenga, giant
checkers, volleyball etc)
4.30 petang Aktiviti Memasak (BBQ)
6.00 petang Berkumpul untuk sesi bergambar
6.30 petang Bertolak balik ke Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas

10.0 IMPLIKASI KEWANGAN


 Memohon mengunakan kenderaan institut untuk bergerak ke lokasi aktiviti.
 Tiada implikasi kewangan kepada pihak institut. Semua perbelanjaan akan
ditanggung oleh siswa guru

10.1 Anggaran Perbelanjaan:

PERKARA JUMLAH

MAKANAN
Sarapan Pagi (RM3.00 X 21 Orang) RM 63.00
Makan Tengah Hari (RM5.00 X 21 Orang) RM 105.00

JUMLAH RM 168.00

BAYARAN DI TADOM HILL RESORT


1. Bayaran masuk (RM 22 X 21) RM 462.00
Day Pass : Activities
- Tadom Splash
o 5m Bamboo diving platform
o Tarzan Swing
o Bamboo Water Swing

- Tadom Groove
o Main Recreational Area
o Outdoor Fun Games (bamboo limbo, giant jenga,
giant checkers, volleyball etc)

- Tadom Oasis
o Bamboo Raft
o Floating Bamboo Lounging Chair (Lexi)

JUMLAH RM 462.00

KECEMASAN RM 70.00

JUMLAH RM 70.00
ANGGARAN KESELURUHAN RM 700.00

11.0 PENUTUP

Program Pendidikan Luar ini merupakan salah satu komponen latihan yang sangat
penting dan perlu didedahkan kepada siswa guru. Diharapkan program ini dapat memberi
pengetahuan dan pengalaman kepada bakal guru untuk menjadi guru yang berkaliber dan
berdedikasi dalam semua aspek serta dapat membentuk jati diri, semangat bekerjasama,
nilai-nilai murni serta ketahanan fizikal dan mental selaras dengan pelaksanaan program.
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala pengalaman di dalam program ini akan membantu siswa guru untuk
menganjurkan sebarang aktiviti semasa di sekolah kelak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………........ ………………………………......
( ZURAIDA BINTI ZABIDIN ) (EN. JALALUDDIN BIN ABD LATIF )
Setiausaha, Pensyarah,
Program Pedidikan Luar Unit Kokurikulum,
PISMP Ambilan Jun 2015 IPG Kampus Ilmu Khas,
IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur.

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

………………………………..... ……………………………….....
(DR. MOHD KHAMDANI BIN SAIRI) (DR MOHD. SUHAIMI BIN MOHAMED ALI)
Ketua Jabatan Sains Sukan, Pengarah,
IPG Kampus Ilmu Khas, IPG Kampus Ilmu Khas,
Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.

You might also like