Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pengurus,

Muzium Diraja
Jalan Istana, Tarikh : 29 Sept. 2016
50460 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MASUK PERCUMA UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS

Dengan hormat dan sukacitanya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Untuk maklumat pihak tuan, sekolah ini mempunyai murid-murid Pendidikan Khas seramai
30 orang (22 lelaki dan 8 perempuan). Murid-murid Pendidikan Khas sekolah ini terdiri daripada
pelbagai masalah kecacatan antaranya Hiperaktif, Down Sindrom, Cerebral Palsy, Autisme, Epilepsi
serta masalah pembelajaran. Murid ini sering mengadakan aktiviti luar bilik darjah sebagai
memperlengkapkan Kurikulum Pendidikan Khas.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah serta Guru-guru Pendidikan Khas Integrasi memohon
jasa baik pihak tuan untuk memberi kebenaran masuk percuma ke tempat tuan. Ianya bertujuan untuk
memberi pendedahan serta pengalaman kepada murid khas untuk melihat dan merasai sendiri suasana
persekitaran berada di Muzium Diraja.

4. Bersama ini kami sertakan butiran lanjut mengenai lawatan sambil belajar tersebut :

Tarikh : 26 Oktober 2016


Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Peserta : 30 orang murid dan 13 orang guru

5. Kerjasama daripada pihak tuan berhubung dengan perkara ini amatlah diharapkan dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA, KEGEMILANGAN BERSAMA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………….

(SITI NOR MAHANI BINTI OTHMAN)


PENOLONG KANAN
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK DAMANSARA JAYA (1)
PETALING JAYA

You might also like