Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Perniagaan antarabangsa boleh ditakrifkan sebagai segala urus niaga yang dikendalikan diantara satu

negara dengan negara lain atau dengan kata lain peniagaan antarabangsa adalah pelaksanaan
aktiviti-aktiviti yang mengarahkan aliran produk dan perkhidmatan sesebuah syarikat kepada pengguna
di lebih dari sebuah negara untuk mendapatkan keuntungan. Urus niaga antarabangsa ini dapat dilihat
melalui pembelian bahan mentah dari satu negara yang kemudian ianya dihantar ke negara lain untuk
diproses, mengeksport produk negara yang lain untuk dijual, dan membina sebuah kilang di negara asing
untuk mendapatkan kos tenaga buruh yang lebih kompetitif. Pihak yang mengendalikan urus niaga
perdagangan antarabangsa biasanya terdiri daripada individu-individu, syarikat-syarikat persendirian
dan korporat mahupun agensi kerajaan.

Apakah perbezaan di antara pemasaran domestik dan pemasaran antarabangsa?


perniagaan domestik melibatkan urus niaga di dalam negara sendiri manakala perniagaan antarabangsa
pula melibatkan urusniaga yang merentasi sempadan.
Perniagaan antarabangsa berlainan dengan perniagaan domestik dari segi kegunaan mata wang, sistem
perundangan, budaya dan bahan mentah Syarikat antarabangsa boleh memilih untuk melakukan
perniagaan dalam pelbagai cara. Antara yang paling biasa termasuk eksport dan import, pelaburan asing
secara langsung, pelesenan, francais, kontrak pengurusan, kontrak perkilangan dan projek ''turnkey ''.
Bagi malaysia peniagaan yang biasa digunakan adalah seperti eksport dan import, pelaburan asing
secara langsung, pelesenan dan francais.

Pelesenan ialah apabila sesebuah syarikat disesebuah negara mengeluarkan lesen


untuk membenarkan penggunaan harta intelek seperti paten, cap dagangan, jenama
dan sebagainya. Francais pula ialah apabila sesebuah syarikat memberi hak atau
kebenaran istemewa kepada syarikat atau pengusaha lain untuk menggunakan
jenama, logo dan teknik beroperasi untuk memasarkan sesuatu barangan atau
perkhidmatan.
Projek turnkey adalah apabila sesebuah negara memberi kontrak kepada sebuah
firma di negara lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Kontrak pengurusan pula
ialah apabila sesebuah syarikat mempunyai kemahiran bersetuju untuk
mengendalikan operasi atau memberi khidmat pengurusan kepada syarikat negara
lain dengan mengenakan bayaran tertentu.
FAKTOR LUARAN YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN
ANTARABANGSA
Setiap organisai yang memceburi perniagaan antarabangsa akan menghadapi
pengaruh-pengaruh luar yang tentunya akan memberi kesan terhadap perniagaan
antarabangsa ini kerana organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen
persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah
laku. Sebelum organisasi tersebut merancang strategi perniagaan, mereka perlu
mengenal, menganalisi dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih
dahulu.Terdapat empat pengaruh-pengaruh luar yang mempengaruhi perniagaan
antarabangsa iaitu polisi politik dan undang-undang, faktor budaya, kuasa ekonomi
dan pengaruh geografi
a. Polisi Politik Dan Undang-Undang

Organisasi perniagaan yang ini melabur di sesebuah Negara asing harus prihatin dan
peka kepada persekitaran politik dan undang-undang yang telah diamalkan oleh
Negara tersebut, ini kerana sistem politik setiap Negara adalah berbeza. Perniagaan
tidak dapat dipisahakan daripada kuasa politik. Ia mungkin menyulitkan aktivitiaktiviti
organisasi perniagaan atau memberi peluang kepada organisasi perniagaan.
Misalnya, untuk melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru,
kerajaan Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import
yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti kereta
dari negara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi tekanan kepada
pengimport barangan yang berkaitan. Pada masa yang sama, ia juga memberi
kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.
Contoh lain yang dapat kita lihat adalah larangan kerajaan Malaysia terhadap
syarikat-syarikat Malaysia supaya tidak menjalankan sebarang urusniaga dengan
Negara Israel dan Negara-negara lain yang mempunyai konflik yang sama.
b. Faktor Budaya
Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran sosial dan budaya perlu di
titik beratkan, ini kerana setiap Negara mempunyai sistem budaya yang unik dan
berlainan. Syarikat yang ingin melabur perlulah memahami terlebih dahulu sistem
budaya sesebuah Negara tersebut seperti corak kehidupan yang diamalkan, sikap,
nilai sosial, kepercayaan dan sebagainya supaya ianya dapat membantu syarikat dalam membuat
perancangan bagi penyaluran produk yang di boleh diterima oleh
Negara tersebut.
Sebagai contoh, Negara Malaysia mempunyai lapisan masyarakat yang berbilang
kaum seperti melayu, cina dan india, dimana setiap kaum ini yang mempunyai nilainilai
etika mereka yang tersendiri dan berlainan. Organisasi perniagaan perlu
menghormati perbezaan nilai-nilai etika di kalangan masyarakat tersebut. Sebagai
contoh, keperluan dan permintaan terhadap makanan halal untuk pasaran umat Islam
di Malaysia yang ingin dibawa masuk, haruslah mempunyai logo halal dari Negara
asal yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Kesedaran tentang memahami perbezaan
dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat dapat
membantu organisasi perniagaan untuk maju dan mengembangkan perniagaannya
dimasa hadapan.
c. Kuasa Ekonomi
Dengan memahami sistem ekonomi sesebuah Negara, ia dapat menjelaskan
berkenaan kewujudan fenomena. Sebagai contoh mengapa terdapat banyak Negara
yang menukar barangan dan perkhidmatan di Antara satu sama lain? kenapa
sesebuah Negara maju dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran pertanian
dibandingkan dengan Negara kecil yang masih menggunakan mesin-mesin
pengeluaran yang kurang berkualiti dan murah?
Kefahaman yang mendalam mengenai kuasa ekonomi sesebuah Negara akan dapat
menerangkan mengapa Negara tersebut terpaksa meminjam wang dari Bank Dunia
untuk membina infastruktur seperti jalan raya bagi memudahkan sistem pengakutan
Negara tersebut.
d. Pengaruh Geografi
Pengaruh geografi sangat penting kepada usahawan yang ingin melabur ke luar
Negara. Terdapat usahawan yang tidak mahu melabur dalam perniagaan
antarabangsa disebabkan lokasi Negara asing yang jauh dan ini akan meningkatkan
kos pengakutan.
Pengaruh geografi memberi petunjuk kepada usahawan untuk mengenal pasti
mengapa sesebuah Negara mengalami hujan – ribut, kemarau, banjir, bencana alam
dan lain-lain yang akan memberi kesan kepada perniagaan. Kebanyakan syarikat
antarabangsa lebih gemar berniaga dengan Negara jiran bagi memudahkan mereka
untuk mengawal pelabur mereka di Negara tersebut.
SISTEM EKONOMI DAN FAKTOR KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN
ANTARABANGSA DENGAN MALAYSIA : NEGARA CHINA
Sistem ekonomi merujuk kepada satu set institusi sosial yang berkaitan dengan
pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam
sesebuah masyarakat. Sistem ekonomi terdiri dari manusia dan institusi, termasuk
hubungan mereka dengan sumber produktif seperti harta yang dimiliki. Sistem
ekonomi cuba menyelesaikan masalah ekonomi melalui cara yang sistematik untuk
pembahagian sumber yang terhad.
Contoh sistem ekonomi masa kini adalah:
1. Sistem ekonomi kapitalis
2. Sistem ekonomi sosialis
3. Sistem ekonomi campuran
3.1. Sistem Ekonomi Negara China
Negara China mengamalkan ekonomi campuran. Ekonomi campuran adalah sistem
ekonomi yang menggabungkan lebih dari satu aspek sistem ekonomi. Ekonomi
campuran mempunyai unsur kapitalisme dan sosialisme. Menurut (Yearm 2006: 24)
pula, sistem ekonomi campuran adalah satu sistem di mana pihak swasta dan
kerajaan bersama-sama membuat keputusan ekonomi untuk menyelesaikan masalah
asas ekonomi.
Kelebihan menggunakan sistem ekonomi campuran adalah:
1. Kegiataan ekonomi yang stabil
- Kerajaan boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi melalui dasar fiskal dan
kewangan
2. Agihan pendapatan yang lebih setara
- Individu dan firma dalam ekonomi mempunyai kebebasan untuk memiliki harta
kekayaan dan faktor pengeluaran
- Pelaksanaan sistem percukaian dan pemberian subsidi untuk mengecilkan jurang
perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin.
China dan Malaysia sudah menjadi rakan akrab yang saling menyokong dan
mempercayai seiring dengan kemajuan yang dicapai dalam hubungan dua hala,
kepentingan bersama antara kedua-dua negara akan turut meningkat, dan ianya akan
memberi manfaat kepada rakyat. Beberapa tahun kebelakangan ini, kerjasama antara
Malaysia China meningkat dengan pesat. Sejak tahun 2008, Malaysia telah menjadi
rakan dagang terbesar China di dalam ASEAN selama 3 tahun berturut-turut
manakalan china pula menjadi rakan dagang tersebar Malaysia selama 2 tahun
berturut-turut. pada tahun 2010, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua
negara ini mencecah 74.2 bilion dolar Amerika, yang mencatat rekod tertinggi dalam
sejarah.
Beberapa dokumen perjanjian, termasuk perjanjian bagi meningkatkan lagi dalam
bidang ekonomi dan perdagangan, telah ditandatangani antara China Malaysia
antaranya perjanjian kawasan perdagangan bebas China – ASEAN (CAFTA).
Perjanjian ini adalah untuk meluaskan skop eksport masing-masing di samping
memperatkan kerjasama dalam bidang pelaburan dua hala, kewangan, pendidikan,
sains dan teknologi serta pembinaan prasarana.
Faktor Kejayaan Dalam Pelaburan Antarabangsa Dengan Malaysia
1. Politik Dan Dasar Kerajaan
Salah satu faktor utama yang telah menarik pelabur-pelabur China melabur di
Malaysia ialah keadaan politik di malaysia. Selain keadaan politik Malaysia yang
stabil dan aman dasar-dasar kerajaan juga memainkan peranan penting bagi menarik
pelaburan asing. Antara inisiatif pelaburan yang disediakan oleh kerajaan Malaysia
ialah mengadakan skim galakan kepada pelabur asing. Ini merupakan daya tarikan
yang penting bagi menggalakkan pelaburan asing. Pihak kerajaan memberikan taraf
perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati
kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai
untuk syarikat-syarikat asing yang sedia ada. dasar kerajaan seperti ini telah menarik
minat pelabur china untuk membuka kawasan indusri di Gebeng, Kuantan yang
dikenali sebagai Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP).
Selain itu juga, dalam usaha menambahkan modal asing, pihak kerajaan juga telah
melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki
ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek. Keistimewaan seperti
dapat menarik minat para pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan
dasar pertukaran wang asing yang liberal di mana pelabur-pelabur
asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal.
2. Hubungan Bilateral
Hubungan bilateral antara kerajaan negara China dan negara Malaysia telah wujud
sejak tahun 1974 iaitu dari zaman pemerintahan perdana menteri kedua malaysia,
Tun abdul Razak dan kini hubungan kedua-dua negara masih diteruskan dan
diperkukuhkan oleh anaknya pula iaitu Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.
Hubungan bilateral diperkukuh melalui lawatan diplomatik Perdana Menteri ke
negara china. Ini dapat dibuktikan dengan lawatan perdana menteri pada 31 mei
2014 untuk melengkapkan 40 tahun hubungan bilateral Malaysia China yang tejalin
sejak tahun 1974.
Bagi menghargai hubungan bilateral yang telah terjalin sekian lama, kerajaan china
telah bersetuju utnuk meminjamkan panda gergasi selama 10 tahun sebagai salah
satu bentuk manifestasi keakraban dan kemesraan hubungan dua hala yang
sebenarnya dan membawa erti yang lebih besar dan luas dalam konteks hubungan
antarabangsa. Kejayaan hubungan bilateral ini telah memberi impak yang positif
terhadap ekonomi negara dan menarik pelabur untuk melabur di negara malaysia.
3. Ekonomi
Malaysia adalah sebuah negara membangun dimana ekonomi dahulunya bergantung
kepada komoditi rendah dan pertanian dalam era 60-an, Kini Malaysia telah menjadi
rangsangan ekonomi berpandukan eksport melalui industri-industri berteknologi
tinggi, berasaskan pengetahuan dan berintensifkan modal. Malaysia mendapat
jolokan sebagai "negara bertuah" kerana kaya dengan sumber-sumber galian dan
tanah subur.
Pendekatan pengurusan pragmatik dan fleksibel Malaysia mendorong peningkatan
daya saing ekonomi dan meningkatkan daya tahan ekonomi dalam menghadapi
pelbagai cabaran. Ukuran dibuat untuk memperluaskan dan mempelbagaikan
ekonomi bagi memastikan pertumbuhan yang mampan. Usaha yang berterusan
dilakukan untuk meningkatkan sektor perkhidmatan, mempercepatkan penambahan
nilai sektor perkilangan serta meningkatkan sektor pertanian dan berasaskan agro
sebagai jentera pertumbuhan ketiga. Sumber-sumber baru pertumbuhan seperti
bioteknologi, teknologi maklumat dan komunikasi, produk-produk halal dan
kewangan Islam, terus diperkembangkan dan dimajukan. Sesungguhnya Malaysia
membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, berpandukan kepada modal
insan, inovasi dan idea.
4. Kemudahan Infrastruktur
kemudahan infrastruktur juga menjadi fakrot kejayaan pelaburan dengan Malaysia,
Usaha berterusan Malaysia untuk membangunkan dan menaikan taraf
infrastrukturnya telah menghasilkan salah satu daripada pembangunan infrastruktur
yang paling sempurna di kalangan negara-negara pengindustrian baru Asia. Malaysia
boleh berasa megah kerana mempunyai (missing word) satu daripada infrastruktur
paling sempurna di antara negara pengindustrian baru
Satu Peristiwa bersejarah ialah penyiapan Lapangan terbang terbesar di Malaysia,
iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),bandar pintar pertma
Malaysia Cyberjaya, Koridor Raya Multimedia negara (MSC), KL Sentral, pusat
pentadbiran baru kerajaan Putrajaya dan yang tebaru Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), SISTEM EKONOMI DAN FAKTOR KEJAYAAN DALAM
PERNIAGAAN
ANTARABANGSA DENGAN MALAYSIA : AMERIKA SYARIKAT
Berlainan dengan sistem ekonomi negara china, sistem ekonomi yang diamalkan di
amerika syarikat adalah sistem ekonomi kapitalis. Sistem kapitalis merupakan satu
sistem ekonomi yang wujud sejak kurun ke-19. Di antara ciri-ciri terpenting sistem
ini ialah ia mengamalkan dasar pasaran bebas dan pemilikan harta persendirian.
Dalam sistem ini, manusia bebas mentadbir dan menggunakan sumber-sumber yang
ada tanpa banyak campur tangan daripada kerajaan. Kerajaan tidak mengawal
sumber dan tidak juga menetapkan upah dan harga. Ini semua ditentukan oleh
permintaan dan penawarnya.
Di bawah sistem ini , individu dan pihak lain termasuk syarikat boleh memiliki
harta, menjual dan memindahkannya dengan bebas. Namun begitu, untuk menjamin
bahawa sistem ini berjalan lancar dan tidak mempunyai sebarang unsur penindasan
dan penipuan di antara pihak pembekal dan pengguna, kerajaan dalam keadaankeadaan
tertentu boleh memainkan peranan dalam pasaran. Biasanya penglibatan ini
terhad kepada pengenalan serta pelaksanaan peraturan dan undang-undang bagi
menjamin kegiatan ekonomi dapat berjalan dengan teratur.
4.1. Faktor Kejayaan Dalam Pelaburan Antarabangsa Dengan Malaysia
1. Pasaran Modal
Salah satu faktor kejayaan Amerika Syarikat dalam pelaburan dengan Malaysia
adalah pasaran modalnya. Peningkatan status pasaran modal Malaysia daripada
“sekunder” kepada “baru muncul maju”, menarik minat pelabur dari Amerika
Syarikat untuk melabur di malaysia dan ia telah berjaya menarik sehingga US$3
bilion dalam aliran masuk modal baru dan menaikkan kedudukan Malaysia dalam
indeks antarabangsa.
Selain itu, Pelabur dari Amerika Syarikat boleh memanfaatkan Asean sepenuhnya,
ini kerana Asean mempunyai lebih 600 juta rakyat, manakala pertumbuhan Keluaran
Dalam Negara Kasar dijangka pada purata enam peratus setahun.
“Jika Asean merupakan negara tunggal, ia akan bernilai US$2 trilion, dan pada
kedudukan ekonomi kesembilan terbesar dalam dunia dan ketiga terbesar di Asia’’
(Perdana Menteri Malaysia, Dato’ seri Najib Bin Tun Abdul Razak )
2. Liberalisasi Perkhidmatan
Selain pasaran modal faktor kejayaan Amerika Syarikat dalam pelaburan dengan
malaysia adalah kerana liberalisasi perkhidmatan. Perdana Menteri Malaysia, Dato’
seri Najib telah mengumumkan untuk terus meliberalisasikan perkhidmatan utama
selain daripada meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan. Beliau menjangka
sektor perkhidmatan, tidak termasuk perkhidmatan kerajaan, akan berkembang lebih
tujuh peratus setahun sehingga 2015, meningkatkan sumbanganya kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar kepada 61 peratus.
Perdana Menteri juga memaklumkan kepada pelabur Amerika Syarikat bahawa
“kerajaan mengetahui yang terbaik” telah berlalu dan menjadi sebab kenapa beliau
mengadakan Program Transformasi Kerajaan atau GTP. Sasarannya adalah untuk
menjadikan penyampaian kerajaan bagi perkhidmatan awam lebih efektif dan
menggerakkan Malaysia ke hadapan untuk menjadikannya maju, bersatu dan
masyarakat saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua,” kata
beliau.
Selain itu, ekonomi juga melalui transformasi dengan 12 bidang utama yang telah
dikenal pasti untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan mengadakan 131 Projek
Titik Permulaan (EPP) bagi memulakan pembangunan di seluruh sektor.
3. Hubungan Bilateral
Selain Hubungan bilateral dengan negara China, Malaysia juga menjalankan
hubungan bilateral dengan Amerika Syarikat. Hubungan Malaysia dengan Amerika
Syarikat sering dilihat sebagai hubungan antara kuasa besar dengan negara kecil dari
sebuah negara Islam. Semasa Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan negara
Rusia dan China, Amerika dilihat sebagai pelindung kepada negara kecil seperti
Malaysia. Hubungan antara kedua-dua negara ini diklasifi kasikan sebagai intim dan
erat. Rakyat dan pemimpin antara kedua-dua negara saling kunjung-mengunjungi ini
dapat dilihat melalui kunjungan presiden Amerika Syarikat Barrack Obama ke
Malaysia baru-baru ini.
kehadiran Obama telah meningkatkan keyakinan pelabur, terutama di kalangan
pemain industri Amerika syarikat bahawa Malaysia menawarkan persekitaran
kondusif untuk perniagaan hasil daripada kestabilan politik.
4. Malaysia sebagai destinasi Pelaburan Langsung Asing (FDI)
Pelabur Amerika Syarikat yakin terhadap Malaysia sebagai destinasi Pelaburan
Langsung Asing (FDI), banyak syarikat multinasional Amerika membuka operasi
masing-masing di Malaysia, di Greater Kuala Lumpur. Malaysia mencatat
kemasukan US$10.16 bilion FDI pada 2012 dan mengekalkan kedudukannya
sebagai penerima FDI ketiga terbesar di Asean, dalam Laporan Pelaburan Dunia
2013 oleh Persidangan Pembangunan dan Perdagangan Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (UNCTAD).
UNCTAD juga meletakkan Malaysia di tangga ke-11 antara 20 ekonomi dengan
keuntungan tertinggi FDI. Pelabur dalam pasaran Malaysia turut memperoleh
manfaat daripada dasar-dasar perlindungan pelabur yang kukuh, yang disahkan
berdasarkan ranking Malaysia di tangga keempat dalam Indeks Perlindungan
Pelabur - 'World Bank's Doing Business 2013'.
5. KESIMPULAN
Seperti yang kita ketahui sistem ekonomi dunia terbahagi kepada beberapa kategori
utama iaitu ekonomi pasaran, ekonomi arahan dan ekonomi campuran. Walau
bagaimanapun, terdapat variasi tanpa had setiap jenis. Sistem ekonomi mesti
menentukan apa untuk dihasilkan, bagaimana untuk menghasilkannya dan untuk
siapa ianya dihasilkan. Dalam ekonomi pasaran sumber-sumber negara dimiliki atau
dikawal oleh sektor swasta bukan sektor awam. faktor utama yang membuat
ekonomi pasaran berjaya adalah kuasa pembeli. Pembeli berhak menentukan kuasa
untuk membeli dan harga dalam sistem ekonomi ini ditentukan oleh permintaan dan
penawaran.
Ekonomi arahan atau ekonomi perancangan berpusat pula adalah satu sistem dimana
aktiviti ekonomi, harga keputusan ditentukan oleh kerajaan dimana kerajaan
memiliki dan mengawal semua sumber negara. di bawah ekonomi ini, kerajaan
menganggap diri mereka lebih layah untuk menentukan pengagihan sumber-sumber
berbanding rakyat atau peniaga. Ekonomi campuran ialah pasaran sosialisme dimana
negara mempunyai sumber yang sinifikan tetapi pengagihan sumber akan dikawal
oleh mekan Terdapat empat faktor luar yang mempengaruhi kejayaan perniagaan antarabangsa
iaitu polisi politik dan undang-undang, faktor budaya, kuasa ekonomi dan pengaruh
ekonomi.

You might also like