Teks Pengacara Majlis

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TEKS PENGACARA MAJLIS

HARI ANUGERAH PERMATA GEMILANG


TARIKH: 19 NOVEMBER 2017
TEMPAT: SK FELDA ULU TEBRAU

BIL CUE ANN CATATAN


1 MAKLUMAN Pengumuman:
UMUM 1. Mohon para hadirin berdiri semasa Yang Berbahagia
Pengurus diumumkan masuk.
2. Kerjasama juga dipohon untuk mematikan telefon
bimbit / mod getar
3. Kerjasama dipohon agar tidak meninggalkan
majlis sebelum berakhir
2 KETIBAAN …..Paluan Kompang…..
PERASMI
3 Tuan-tuan dan puan-puan dan hadirin yang dihormati:
PENGUMUMAN
KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Mat Daud
PERASMI bin Abd Majid, Pengurus Felda Ulu Tebrau. Hadirin,
mohon berdiri.

4 Setelah VIP Mohon hadirin sekalian berdiri untuk nyanyian LAGU


berada di depan.. BANGSA JOHOR

Mohon hadirin serta tetamu jemputan mengambil tempat.


Hadirin duduk...
PERSEMBAHAN ********selesai persembahan********
SENAMTARI
mula. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Untuk makluman
hadirin, persembahan Senamtari Prasekolah itu tadi telah
dibimbing oleh Puan Eliya Azura binti Ibrahim dan murid 5
Ibnu Sina.

Majlis juga turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada


pasukan kompang yang mengiringi ketibaan tetamu
kehormat sebentar tadi. Pasukan kompang itu tadi di
bawah bimbingan En Putra Amirulmukmin bin Sulizi.

1
BACAAN 1. Yang Berbahagia En Mat Daud bin Abd Majid,
SALUTASI Pengurus Felda Ulu Tebrau

2. Yg. Dihormati Barisan Guru Penolong Kanan
SK Felda Ulu Tebrau

3. Yang Dihormati Tn Hj Abd Jalil bin Hj Sahlan


Ketua Kampung, Felda Ulu Tebrau

4. Yg dihormati Pengerusi-pengerusi
Majlis Permuafakatan Ibu Bapa
Sekolah Kebangsaan Felda Ulu Tebrau

5. Guru-guru, ibu bapa/penjaga, murid-murid


seterusnya para hadirin sekelian.

Assalamualaikum wbt., salam sejahtera , salam muafakat


Johor dan salam negaraku Malaysia.

Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk


menyatakan sepenuh aprisiasi setulus hati, atas kehadiran
para tetamu jemputan sekalian ke majlis Anugerah
Permata Gemilang Sekolah Kebangsaan Felda Ulu
Tebrau tahun 2017.

Memulakan acara pagi ini, majlis mempersilakan Ustaz Hj


BACAAN DOA Nasharuddin bin Mohd Said untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.

*************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada al- fadhil ustaz atas bacaan doa itu
tadi.

UCAPAN GB Meneruskan acara pada pagi ini, dengan segala hormatnya


majlis mempersilakan : Yang Dihormati Pn Hjh
Khamisah binti Hj Ayun, Penolong Kanan Pentadbiran
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan, tuan.

Setelah GB Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Hjh


selesai Khamisah binti Hj Ayun atas ucapan yang telah
menyampaikan disampaikan sebentar tadi.
ucapan

2
UCAPAN Hadirin yang dihormati,
PERASMI
Berandam sudah , tika dipilis,
Juga sopan ,seri pandangan,
Silakan tuan rasmikan majlis,
Moga berseri mekar ingatan ,

Dengan itu majlis mempersilakan Yang Berbahagia En


Mat Daud bin Abd Majid, Pengurus Felda Ulu Tebrau
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Anugerah Permata Gemilang 2017.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Berbahagia En Mat Daud bin Abd
Majid, atas ucapan dan kesudian merasmikan majlis
Anugerah Permata Gemilang SK Felda Ulu Tebrau
sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Warga dewan yang dihormati :


HADIAH TAHUN
5 Majlis pada pagi ini diteruskan dengan acara penyampaian
hadiah bagi Pencapaian Terbaik Kelas & Matapelajaran
Tahun 5 . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Dihormati Tn Hj Abd Jalil bin Hj Sahlan diiringi En
Ridzuan bin Ahmad, Penyelaras Tahun 6 untuk
menyempurnakan penyampaian hadiah. Dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis dimulakan dengan:

1) Anugerah Kedudukan Terbaik Kelas 5 Ibnu Sina

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 5 Ibnu Sina

2) Anugerah Kedudukan Terbaik 5 al-Farabi

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 5 al-Farabi

3) Anugerah Kedudukan Terbaik 5 al-Jazari

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 5al-Jazari

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Abd


Jalil bin Hj Sahlan atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

3
KEDUDUKAN Warga dewan yang dihormati :
TERBAIK &
MATA Majlis pada pagi ini diteruskan dengan acara penyampaian
PELAJARAN hadiah bagi Pencapaian Terbaik Kelas & Matapelajaran
TAHUN 6 Tahun 5 . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berbahagia En Mat Daud bin Abd Majid diiringi
Yang Dihormati En Jailani bin Kassan, untuk
menyempurnakan penyampaian hadiah. Dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis dimulakan dengan:

1) Anugerah Kedudukan Terbaik Kelas 6 Ibnu Sina

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 6 Ibnu Sina

2) Anugerah Kedudukan Terbaik 6 al-Farabi

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 6 al-Farabi

3) Anugerah Kedudukan Terbaik 6 al-Jazari

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 6 al-Jazari

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Sebagai tanda


penghargaan, majlis mempersilakan Yang Dihormati En
Jailani bin Kassan untuk menyampaikan cenderamata
kepada Yang Berbahagia En Mat Daud bin Abd Majid .
Dipersilakan.

*****************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada En Mat Daud bin Abd Majid atas kesudian
menyampaikan hadiah dan menerima cenderamata
sebentar tadi

PERSEMBAHAN Dari Kedah pergi ke Perlis,


2 Singgah bersantai di tepi jeti,
(ACI-ACI BUKA Persembahan menyusul memeriahkan majlis,
PINTU) Moga hadirin terhibur di hati.

Dengan itu terimalah persembahan muzikal Aci-Aci Buka


Pintu daripada murid-murid Tahun 6 . Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan.

4
***************
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas persembahan
itu tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan
nyanyian itu tadi dibawah bimbingan Pn Eliya Azura binti
Ibrahim.

JAMUAN VIP Para hadirin yang dihormati,

Majlis merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada


Yang Berbahagia En Mat Daud bin Abd Majid atas
kesudian beliau menghadiri majlis kita pada pagi ini..

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia En


Mat Daud bin Abd Majid diringi oleh En Jailani bin
Kassan, serta tetamu kehormat untuk menjamu selera.

5
Setelah VIP Hadirin yang dihormati,
meninggalkan
majlis... Majlis pada pagi ini diteruskan dengan acara penyampaian
hadiah bagi anugerah kecemerlangan Tahun 4.
PENYAMPAIAN
HADIAH TAHUN Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
4 Dihormati En Jailani bin Kassan, Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid diiringi En Mohd Fazli bin Jaafar, Ketua
Panitia Matematik untuk menyempurnakan penyampaian
hadiah. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian :

1) Anugerah Kedudukan Terbaik Kelas 4 Ibnu Sina

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 4 Ibnu Sina

2) Anugerah Kedudukan Terbaik 4 al-Farabi

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 4 al-Farabi

3) Anugerah Kedudukan Terbaik 4 al-Jazari

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 6 al-Jazari

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Jailani bin


Kassan atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar
tadi.

6
PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati,
HADIAH TAHUN
3 Majlis pada pagi ini diteruskan dengan acara penyampaian
hadiah bagi anugerah kecemerlangan Tahun 3.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Dihormati Dr Ahmad Tarmimi bin Bohari, NYD PIBG
diiringi En Nahar bin Dzulkefli, Ketua Panitia Sains untuk
menyempurnakan penyampaian hadiah. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian :

1) Anugerah Kedudukan Terbaik Kelas 3 Ibnu Sina

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 3 Ibnu Sina

2) Anugerah Kedudukan Terbaik 3 al-Farabi

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 3 al-Farabi

3) Anugerah Kedudukan Terbaik 3 al-Jazari

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 3 al-Jazari

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Dr Ahmad


Tarmimi bin Bohari atas kesudian menyampaikan hadiah
sebentar tadi.

Hadirin Yang dihormati,


PERSEMBAHAN
SOLO Majlis akan diteruskan dengan persembahan Nyanyian
Duet bertajuk “Gemilang”.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*********
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Norhanis
Alya binti Hassan dan Putri Widuri binti Azren atas
persembahan itu tadi. Persembahan itu tadi telah dibimbing
oleh En Putra Amirulmukmin bin Sulizi.

7
Hadirin yang dihormati,
PENYAMPAIAN
HADIAH TAHUN Majlis pada pagi ini diteruskan dengan acara penyampaian
1 hadiah bagi anugerah kecemerlangan Tahun 1.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Dihormati Pn Rabiah binti Ibrahim, Penolong Kanan
Petang diiringi Pn Kanmani a/p Gopal, Ketua Panitia
Bahasa Inggeris untuk menyempurnakan penyampaian
hadiah seterusnya. Dengan segala hormatnya,
dipersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian :

1) Anugerah Kedudukan Terbaik Kelas 1 Ibnu Sina

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 1 Ibnu Sina

2) Anugerah Kedudukan Terbaik 1 al-Farabi

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 1 al-Farabi

3) Anugerah Kedudukan Terbaik 1 al-Jazari

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 1 al-Jazari

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Rabiah binti


Ibrahim atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar
tadi.

8
Hadirin yang dihormati,
PENYAMPAIAN
HADIAH TAHUN Majlis pada pagi ini diteruskan dengan acara penyampaian
2 hadiah bagi anugerah kecemerlangan Tahun 2.

& Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang


Dihormati Pn Faridah binti Abdullah, Penolong Kanan
PENDIDIKAN Kokurikulum diiringi En Mohd Fahmy bin Rahim, Ketua
KHAS Panitia Bahasa Melayu untuk menyempurnakan
penyampaian hadiah seterusnya. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian :

1) Anugerah Kedudukan Terbaik Kelas 2 Ibnu Sina

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 2 Ibnu Sina

2) Anugerah Kedudukan Terbaik 2 al-Farabi

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 2 al-Farabi

3) Anugerah Kedudukan Terbaik 2 al-Jazari

*********Anugerah Terbaik Matapelajaran 2 al-Jazari

4) Anugerah Kedudukan Terbaik Pendidikan Khas

**********Hadiah Peningkatan Terbaik

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Faridah binti


Abdullah atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar
tadi.

PERSEMBAHAN Hadirin yang dihormati,


4
Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan nasyid
bertajuk “ Solatun” . Dipersilakan .

*************
Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Kumpulan nasyid
itu tadi diwakilioleh murid tahun 5 Ibnu Sina & 5 al-Farabi
di bawah bimbingan Ustaz Mohamad Suheil bin Mohd
Rubani.

9
Hadirin yang dimuliakan, majlis diteruskan lagi dengan
PENYAMPAIAN penyampaian Anugerah Khas.
ANUGERAH
KHAS Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Dihormati Pn Hjh Khamisah binti Ayun, Penolong
Kanan Pentadbiran diiringi Pn Eliya Azura binti Ibrahim,
Setiausaha Kurikulum untuk menyempurnakan
penyampaian hadiah seterusnya. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.

Majlis dimulakan dengan penyampaian :

1) Kehadiran Terbaik

2) Anugerah LINUS

3) Anugerah NILAM

4) Anugerah Murid Aktif VLE FROG

5)

6)

7) Anugerah Khas Kempimpinan

8) Tokoh Murid 2017

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Hjh


Khamisah atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar
tadi.

10
PENUTUP Hadirin yang dimuliakan :

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jari disusun maaf dipinta.

Dengan itu maka Majlis Anugerah Permata Gemilang 2017


melabuhkan tirainya. Saya bagi pihak majlis mengucapkan
terima kasih kepada semua yang hadir.

Sebelum tirai majlis diabuhkan,hadirin diminta berdiri untuk


nyanyian lagu negaraku.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

11

You might also like