Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

NOTA TAMBAHAN SJH3083

Jenis Sumber PdP

 Bahan bercetak: Bahan cetak merupakan media pendidikan yang


paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak
sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif.
Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks dan majalah.

 Bahan elektronik: Bahan elektronik merujuk kepada media yang


menggunakan sumber elektrik seperti filem, radio, pita perakam
gambar bergerak, televisyen, mesin-mesin media, komputer, OHP
dan projektor.

 Bahan maujud: Bahan maujud merupakan bahan konkrit atau bahan


sebenar yang boleh disentuh dan dipegang. Bahan maujud ini juga
adalah nyata yang ada di lingkungan alam, baik digunakan dalam
keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan. Contoh bahan
maujud kota atau bangunan yang kekal.

Jenis bahan bercetak.


 Buku teks: Buku teks ialah buku yang digunakan sebagai bahan
asas yang utama dan sumber maklumat mengenai matapelajaran
atau bidang yang tertentu.

 Nota rujukan: Nota rujukan ialah nota pendek yang digunakan


sebagai sumber maklumat mengenai matapelajaran atau bidang
yang tertentu.

 Carta: Carta ialah helaian yang memberikan maklumat dalam


bentuk graf, jadual atau gambar rajah

 Kad aktiviti: Kad aktiviti ialah kad yang dibuat untuk menulis aktiviti-
aktivitiPdP yang digunakan dalam bilik darjah

 Brosur: Risalah yang mengandungi pelbagai maklumat berkaitan


dengan bidang tertentu.

 Buku skrap: Buku skrap sering kita kaitkan dengan aktiviti seni di
sekolah di mana pelbagai maklumat berkaitan dengan sesuatu
topik atau tema dikumpulkan sebagai sebuah album atau buku.
Persediaan yang perlu dibuat sebelum seseorang guru menggunakan
bahan bercetak.

 Guru perlu memastikan kesesuaian dan kesediaan bilik darjah


sebelum penggunaan bahan bercetak
 Guru perlu memastikan punca sumber tenaga di dalam bilik
darjah sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula
 Guru perlu menggunakan kaedah pelabelan untuk setiap bahan
cetak yang akan digunakan
 Guru perlu menguji kebolehgunaan semua bahan bercetak
sebelum ia digunakan di dalam bilik darjah

Lima medium bahan elektronik jenisTeknologi Maklumat dan Komunikasi yang


boleh digunakan untuk mengajar matapelajaran Sejarah.

 Power Point: ia merupakan perisian aplikasi yang digunakan untuk


membina persembahan slaid. Anda boleh masukkan teks, grafik,
bunyi, kesan khas, carta, jadual, dan animasi.

 Internet: Internet merupakan sebuah rangkaian komputer sejagat yang


memberikan dua perkhidmatan utama, iaitu, komunikasi dan capaian
maklumat.

 Video: Video merupakan rangkaian gambar diputar dengan cepat.

 Tele-Sidang: Ia merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif


yang membenarkan orang di dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui
penghantaran video dan audio dua-hala secara serentak.

 Skype: Ia merupakan sebuah program yang membolehkan seseorang


untuk melakukan panggilan video apabila berhubung menggunakan
intenet

Kekuatan penggunaan bahan elektronik sebagai sumber pengajaran dan


pembelajaran Sejarah.

 Bahan elektronik menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran


lebih menarik
 Bahan elektronik mudah diubahsuai mengikut keperluan tajuk
yang diajar
 Bahan elektronik bersifat interaktif yang boleh meningkatkan lagi
penglibatan dan motivasi murid-murid dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran
 Bahan elektronik biasanya memuatkan maklumat terkini berkaitan
dengan sesuatu topik yang hendak diajar
 Bahan elektronik bersifat mesra pengguna
 Bahan elektronik amat fleksibel digunakan dalam bilik darjah

Persediaan yang perlu dibuat sebelum seseorang guru menggunakan bahan


maujud dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.

 Guru perlu mengenal pasti bahan maujud terlebih dahulu sebelum


ia diguna dalam bilik darjah
 Guru perlu menilai kesesuaian bahan maujud dengan tajuk yang
hendak diajar

Jenis bahan maujud dengan memberi satu contoh pada setiap jenis.
 Bahan peninggalan sejarah. Contohnya ialah Kota A Famosa di
Melaka.
 Bahan budaya. Contohnya ialah alat muzik tradisional orang
Melayu.
 Dokumen di arkib. Contohnya ialah manuskrip lama tentang
pemerintahan James Brooke.
 Bahan arkeologi. Contohnya ialah BatuBersurat di Terengganu

Kekuatan dan kelemahan penggunaan bahan bercetak dalam pengajaran dan


pembelajaran matapelajaran Sejarah di sekolah rendah

Kekuatan

 Mudah didapati

Antara kelebihan bahan bercetak ialah bahan tersebut mudah didapati.


Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan-bahan terpakai yang tidak
digunakan lagi seperti majalah, suratkhabar serta buku-buku lama yang
sudah tidak diguna pakai. Melalui penggunaan bahan-bahan terpakai,
sebenarnya guru boleh menerapkan nilai berjimat cermat sepanjang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Hal ini kerana dunia kini
memperlihatkan kepincangan kekurangan sumber mentah seperti kepupusan
kayu balak bagi penghasilan buku.

 Senang dibawa

Seterusnya, bahan bercetak juga senang dibawa kerana bahan jenis ini yang
ringan dan mudah disisipkan ke dalam fail. Contohnya, suratkhabar dan
gambar yang boleh dibawa ke bilik darjah.

 Murah

Bahanbercetakjugatidakmemerlukankospenyediaansertaperbelanjaan yang
tinggi. Guru bolehmendapatkanbahandaripadasuratkhabar yang
dilangganipadasetiaphariatauketikapameran di sekolah.

 Mudahdiguna

Selain itu, penggunaan bahan bercetak tidak memerlukan seseorang guru


untuk berkemahiran dalam menggunakannya. Tidak seperti bahan bantu
mengajar yang lain seperti bahan multimedia interaktif yang memerlukan
kecekapan seorang guru dalam penghasilan bahan tersebut. Guru hanya
perlu bijak dalam mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dengan hanya menggunakan satu bahan bercetak
sahaja seperti peta. Peta daerah boleh digunakan dalam mengajar taburan
penduduk, bentuk muka bumi dan penghasilan karangan berpandu.

 Mudah disimpan
 Senang dirujuk
 Kekal

Kelemahan

 Tidak boleh disunting


 Tidak terkini
 Tidak interaktif
 Tiada unsur audio
 Mudah rosak
 Tebal
 Berat
Kelemahan-kelemahan bahan elektronik sebagai sumber pengajaran
dan pembelajaran Sejarah.

 Kos yang tinggi


Salah satu kelemahan bahan elektronik sebagai sumber pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah ialah kos untuk membeli bahan-bahan
elektronik seperti televisyen, komputer dan papan elektronik adalah amat
tnggi. Oleh itu, ia tidak dapat dibeli dalam kuantiti yang banyak. Ini
menyebabkan tidak semua guru dan murid berkesempatan menggunakannya
dalam bilik darjah.

 Memerlukan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Penggunaan bahan elektronik seperti powerpoint, internet, video dan tele-
sidang memerlukan kemahiran yang tinggi. Tidak semua guru mahir
menggunakannya. Oleh yang demikian, sebelum penggunaannya, seseorang
guru perlu menjalani latihan secara jangka pendek mahupun jangka panjang.

 Kos penyelenggaraan yang tinggi


 Bergantung kepada bekalan elektrik
 Ancaman virus
 Sukar diakses
 Perisian terhad

Kekuatan dan kelemahan penggunaan bahan maujud dalam pengajaran


dan pembelajaran matapelajaran Sejarah di sekolah rendah.

Kekuatan
 Menarik minat murid
Penggunaan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran
matapelajaran Sejarah di sekolah rendah akan menarik minat murid untuk
belajar. Apabila murid-murid berminat dalam sesuatu pengajaran, mereka
akan menumpukan sepenuh perhatian kepada isi pelajaran yang disampaikan
oleh guru. Contohnya, apabila guru membawa peralatan tradisional seperti
keris, lembing dan perisai untuk mengajar tajuk yang berkaitan dengan
peralatan perang penduduk tempatan pada zaman dahulu.

 Memudahkan guru membuat demonstrasi


Bahan maujud memudahkan guru membuat demonstrasi apabila mengajar
sesuatu tajuk dalam matapelajaran Sejarah. Contohnya, guru akan
menunjukkan pelbagai contoh pakaian tradisional semasa mengajar tajuk
yang berkaitan dengan pakaian tradisional kaum-kaum yang terdapat di
negara kita.

 Murid mudah faham


 Murid mudah mengingat

Kelemahan

 Mengambil masa yang lama untuk disiapkan


 Kos penyediaan yang agak tinggi
 Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam bilik darjah
 Tidak menggalakkan perbincangan secara berkumpulan
 Pelajar lebih banyak bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu
tajuk yang diajar
 Pengajaran kadang kala membosankan kerana tiada aktiviti yang
membolehkan penglibatan aktif murid

You might also like