Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TUTORIAL 4

Salah satu alat pentaksiran autentik adalah merupakan pentaksiran portfolio.


Pentaksiran portfolio ialah alat penilaian yang digunakan untuk mendokumentasikan
pembelajaran murid melalui satu siri koleksi evidens pencapaian dan hasil kerja murid. Dalam
erti kata lain, portfolio ialah koleksi hasil murid yang disimpan dalam fail sebagai bukti aktiviti
pembelajaran telah terlaksana.

Pentaksiran portfolio mempunyai banyak kelebihan. Antaranya, pentaksiran portfolio


dapat memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kebolehan mereka. Murid boleh
menghasilkan portfolio berbentuk produk dalam mata pelajaran tertentu. Sebagai contoh,
mata pelajaran bahasa murid murid menghasilkan genre penulisan yang berbeza seperti esei,
puisi, cerita pendek, biografi atau analisis sastera. Hal ini memberi peluang kepada guru dan
murid untuk berkolaborasi dan berefleksi tentang kekuatan hasil kerja. Seterusnya,
pentaksiran portfolio memperkasa pelajar dengan menggalakkan amalan menilai iaitu
mengkritik dan memberi maklum balas kepada keputusan-keputusan itu, Sebagai contoh,
portfolio penilaian dalam mata pelajaran sains dimana pelajar mungkin memasukan laporan
praktikal atau amali makmal, laporan projek sains dengan foto atau evidens lain dan laporan
penyelidikan serta ujian dan kuiz. Melalui penghasilan laporan, murid dapat memberikan
maklum balas dan menilai hasil portfolio yang dilakukan. Seterusnya, kebaikan dari aspek
guru. Guru dapat mengukur prestasi berdasarkan contoh hasil kerja murid yang autentik.
Contohnya sampel hasil kerja murid dinilai oleh guru , seterusnya secara tidak langsung guru
dapat melihat hasil perkembangan pembelajaran murid dan melihat kemajuan dalam semua
aspek.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa kelemahan antaranya guru dan murid dapat


terpaksa menggunakan masa yang panjang untuk melaksanakan portfolio tersebut.
Seterusnya, murid memerlukan bimbingan dan maklum balas daripada guru setelah mereka
menyiapkan tugasan portfolio tersebut dan guru perlulah meneliti serta memberi komen
terhadap tugasan murid tersebut. Selain itu, portfolio ini tidak sesuai untuk digunakan oleh
guru sebagai ujian sematif kerana, pertama, kriteria penilaian yang agak kabur untuk
digunakan bagi tujuan penilaian terhadap murid. Seterusnya, ketiadaan piawaan yang
standard untuk digunakan bagi tujuan penialain.
Ketiga ialah andaian yang salah bahawa portfolio senang ditadbir dan disediakan oleh
murid . Seterusnya, pengetahuan murid terhad dan berkemungkinan murid untuk melakukan
kesalahan itu tinggi kerana ketiadaan piawaian yang standard. Kemudian, bahan dan sumber
bagi sesuatu projek adalah terhad. Murid tidak dibekalkan dengan bahan-bahan yang
mencukupi untuk digunakan dalam melaksanakan portfolio tersebut. Bukan itu sahaja, malah
kebiasaanya murid akan terpesong daripada objektif yang ditetapkan. Akhirnya, masalah
disiplin akan timbul sekiranya guru kurang cekap dalam mengawal tingkah laku murid . Murid
diberi kebebasan tanpa pengawalan yang rapi .

Setelah penghasilan portfolio dilakukan, guru akan menilai hasil kerja murid dengan
lungkah-langkah tertentu. Pertama, guru perlu tahu hasil pembelajaran terlebih dahulu.
Seterusnya, guru perlu menetapkan kriteria penilaian portfolio. Spesifikasi penilaian yang
ditetapkan perlulah jelas bagi menjamin keadilan. Penggredan dibuat mengikut rubrik
pemarkahan dan skala kadar.

You might also like