Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Bilangan Jurnal : Kedua

Minggu Praktikum : Minggu Kedua (21 – 25 Januari 2018)

Tarikh Peristiwa / Kejadian : 23 Januari 2018 (Selasa)

Tajuk Jurnal : Masalah Murid Tidak Mendengar Arahan

a) Masalah / Peristiwa

Hari ini (23 Februari 2018), saya telah menghadapi masalah sewaktu melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Murid-murid di dalam kelas tidak
melaksanakan arahan dan mereka mengambil enteng mengenai setiap arahan yang
telah dikemukakan. Hal ini memberikan sedikit masalah kepada saya dalam menjalankan
aktiviti pengajaran dan mencapai objektif yang telah ditetapkan di dalam rancangan
pengajaran harian. Masalah ini juga memberikan impak kepada saya untuk mengesan
kelemahan yang terdapat pada murid-murid dalam melaksanakan aktiviti yang telah
dirancang oleh guru.

b) Analisis

Masalah yang timbul ini disebabkan oleh perancangan aktiviti yang dilaksanakan
secara individu yang memerlukan setiap murid mendengar arahan dengan jelas daripada
guru-guru. Berdasarkan situasi yang telah dilaksanakan, saya mendapati bahawa murid
sekolah ini tidak berminat untuk mendengar arahan yang telah dikemukakan oleh guru
dan mereka lebih mudah terasa bosan dengan aktiviti yang cuba dilaksanakan. Terdapat
juga sebilangan kecil murid yang menjadi punca membuat bising di dalam kelas
mengakibatkan murid-murid yang lain turut tidak memberikan perhatian kepada arahan
yang telah dikemukakan oleh guru. Di samping itu, masalah ini juga timbul kerana murid
telah menerima budaya bahawa guru perlu bersuara lantang dan menggunakan sedikit
kekerasan dalam penyampaian arahan oleh guru.
c) Cadangan Tindakan Susulan

Cadangan tindakan yang boleh dikemukakan untuk mengatasi masalah ini


adalah :-

a) Saya patut membudayakan satu pergerakan yang menarik seperti tepuk


semangat supaya murid kembali ke tempat masing-masing dan
mendengar arahan yang akan dikemukakan oleh guru. Pergerakan juga
mampu membantu saya mengawal tingkah laku murid dan seterusnya
memberikan kelebihan penyampaian arahan agar diterima oleh
keseluruhan kelas.

b) Cadangan tindakan kedua adalah menyediakan plan A dan B sewaktu


mengalami masalah terbabit. Plan B mampu memberikan peluang
kepada saya untuk memperbaiki kelemahan sewaktu melaksanakan
pengajaran di dalam kelas. Plan B yang akan dilaksanakan oleh saya
adalah menyediakan satu aktiviti lain yang mampu menarik perhatian
murid di dalam kelas seperti kuiz, menyalin nota, dan sebagainya.

c) Cadangan aktiviti yang ketiga adalah saya akan menggunakan


pendekatan yang lebih lembut dalam memberikan arahan kepada
murid-murid. Pendekatan ini mungkin akan lebih sesuai dengan murid-
murid yang berada di tahap satu. Pendekatan ini juga memberikan
kelebihan kepada saya dalam mengatasi masalah suara yang sering di
alami selepas melaksanakan proses pegajaran.

d) Cadangan aktiviti yang terakhir adalah mendapatkan nasihat dan


bimbingan daripada guru dan pensyarah pembimbing. Nasihat yang
dikemukan oleh mereka mampu memberikan pengetahuan baharu
kepada saya dalam mengatasi masalah yang dihadapi.
d) Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam tempoh
seminggu. Pengurusan dan penyediaan arahan yang mudah dan ringkas perlulah
dirancang dengan sebaik mungkin agar proses pengajaran berjalan lancar.
Sekiranya masalah yang berlaku ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, ia akan
memberikan kesan kepada pengajaran yang akan dilaksanakan. Perancangan
yang akan dilaksanakan di minggu hadapan akan dilaksanakan dengan lebih baik
supaya masalah yang telah dikesan pada minggu ini dapat diatasi.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

You might also like