Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Asas Seni Reka

UNSUR SENI

1. Garisan
– Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-
sambung yang mempunyai jarak tertentu
– Garisan boleh diolah untuk mencipta rupa, jalinan,
ton, corak, dan untuk menimbulkan bentuk, ruang,
dan pergerakan.

2. Rupa
– Rupa adalah hasil pertemuan titik hujung dengan titik
mula
– Rupa adalah kawasan rata yang dilingkari garisan luar
– Terdapat 2 jenis rupa iaitu:
a- Rupa geometri – bersudut seperti segi tiga, segi empat,
pyramid, bulat dsb.
b- Rupa organic – rupa bebas yang tidak bersudut seperti
rupa daun, buah, batu dsb.

-Rupa boleh diolah dalam bentuk:


a- Rupa positif – rupa objek yang terletak di sesuatu
kawasan
b- Rupa negative – ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.
3. Bentuk
– Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim dan lebih
daripada satu permukaan
– Terdapat 2 jenis bentuk iaitu:
a- Bentuk konkrit – bentuk objek sebenar yang bersifat 3
dimensi iaitu boleh disentuh, dilihat, dan dirasai. (bukan
berbentuk gambar)
b- Bentuk ilusi – bentuk visual yang bersifat 2 dimensi
yang digambarkan melalui lukisan atau catan.

4. Jalinan
– Jalinan ialah kesan yang terdapat pada permukaan
sesuatu benda
– Terdapat 2 jenis jalinan iaitu:
a- Jalinan sentuh – jalinan yang dapat dirasai dengan
sentuhan/tangan seperti kolaj, arca, dan catan teknik
impasto
b- Jalinan tampak – jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi
tidak dapat dirasai dengan tangan seperti corak batik, jalur
buah tembikai dan gambar foto.

5. Ruang
– Ruang ialah kawasan kosong di sekeliling objek, jarak
antara dua objek, atau rongga dalam sesuatu objek.
-Terdapat 2 jenis ruang iaitu:
a- Ruang nyata – ruang sebenar yang terdapat pada
bentuk-bentuk konkrit
b- Ruang tampak – ruang yang hanya dapat dilihat dalam
seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan (bukan
sebenar)
6. Warna
– Terdapat 3 jenis warna iaitu:
a- Warna asas – iaitu merah, biru, dan kuning (tidak boleh
dihasilkan dengan campuran warna lain)
b- Warna sekunder – iaitu campuran dua warna asas
(Hijau ‘Biru + Kuning’, Jingga ‘Kuning + Merah’ dan Ungu
‘Merah + Biru’)
c- Warna tertier – iaitu campuran warna asas dengan
warna sekunder
– Terdapat 3 gubahan warna iaitu:
a- Warna harmoni- warna bersebelahan dalam roda warna
(warna sekeluarga, selesa dan seimbang)
b- Warna penggenap – warna yang bertentangan dalam
roda warna (menimbulkan kesan segar, kaya, kontra,
getaran dan pergerakan)
c- Warna sewarna – hanya satu warna yang mempunyai
pelbagai ton (daripada terang kepada gelap)

– Terdapat 2 suhu warna iaitu:


a- Warna panas – warna antara warna merah ungu hingga
kuning hijau pada roda warna (menimbulkan kesan
bertenaga, garang, harapan, perang, meriah dsb)
b- Warna sejuk – warna antara hijau hingga ungu pada
roda warna (menimbulkan kesan sejuk, sedih, damai dan
tenang)
PRINSIP REKAAN

Prinsip rekaan adalah kaedah atau pengolahan unsur seni


untuk menimbulkan gambaran tertentu dalam gubahan
seni visual
1. Harmoni
– Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud
aman dan damai
– Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil
ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan
seimbang
– Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan
warna
– Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur
yang bercanggah.

2. Kontra
– Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang
bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
– Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi
fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
– Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni,
teknik dan bahan yang berlainan

3. Penegasan
– Penegasan wujud apabila terdapat sesuatu unsur yang
menonjol, kontra atau ganjil dalam sesuatu gubahan
– Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian,
memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan
– Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur
seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak
ditegaskan

4. Imbangan
– Imbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari
segi berat, tarikan dan tumpuan
– Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
a- Imbangan simetri – unsur seni yang sama antara kiri
dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di
tengah-tengah pembahagian tersebut)
b- Imbangan tidak simetri – unsur seni tidak sama di
kedua-dua bahagian tetapi mempunyai cirri-ciri yang
menimbulkan kesan keseimbangan

5. Irama dan Pergerakan


– Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang,
berayun, berpancar, bersinar-sinar dsb
– Fungsi irama dan pergerakan ialah untuk memberi
kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan
– Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air,
ombak, taufan dsb

6. Kepelbagaian
– Kepelbagaian wujud hasil penggunaan pelbagai gaya,
nilai, dan idea yang berbeza dalam sesuatu gubahan
– Kepelbagaian dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan
daya tarikan dalam sesuatu gubahan
– Kepelbagaian dapat dihasilkan melalui penggunaan
unsur seni seperti garisan, rupa dan warna yang pelbagai
dalam sesuatu gubahan
7. Kesatuan
– Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi
semua unsur dalam sesuatu gubahan
– Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram,
teratur dan selesa

You might also like