Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

LAMPIRAN

Bilik Tidur Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom

Dewan Makanan kepada Pelajar Asrama


Bilik Rehat yang disediakan

Bilik Mandi / Tandas


Kawasan Riadah

Tempat Sidai Baju Pelajar Asrama


RUJUKAN

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=infrastruktur
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kemudahan+asas
https://crazylinguists.wordpress.com/category/siti-sarah-a141264/bab-3-metodologi-kajian-
sarah/

https://www.google.com/maps?biw=1280&bih=890&q=peta+sekolah+menengah+kebangsaa
n+che+tom&bav=on.2,or.r_cp.&bvm=bv.116274245,d.c2E&um=1&ie=UTF-
8&sa=X&ved=0ahUKEwjju-G46rDLAhWCB44KHThFCzQQ_AUIBygC

//www.google.com/maps/place//@5.8305772,100.3453199,12z/data=!3m1!4b1!4m2!3m1!1s
0x304b24bf421fb8d9:0x91b90cb70fabefe8

https://www.google.com/maps/place/%E9%A9%AC%E6%9D%A5%E8%A5%BF%E4%BA
%9A%E5%90%89%E6%89%93/@5.8104639,100.1007272,9z/data=!3m1!4b1!4m2!3m1!1s
0x304976135f4045a1:0x6ce483110aab4ea4
KEMUDAHAN ASRAMA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHE TOM ,

SUNGAI PETANI , KEDAH DARUL AMAN .

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan di
asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom . Objektif kajian ini adalah untuk mengenal
pasti jenis – jenis kemudahan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom .
Berdasarkan objektif-objektif yang telah pengkaji pilih , Kaedah Soal Selidik dan Kaedah
Pemerhatian telah digunakan untuk mendapatkan maklumat . Data kajian yang diperoleh ini
dianalisis dan dipersembahkan secara kuntitatif dan kualitatif . Sehubungan itu, seramai 30
orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjawab Borang Soal Selidik , iaitu 30
orang perempuan islam . Daripada dapatan kajian , terdapat pelbagai tahap kepuasan yang
diperasai oleh responden terhadap jenis kemudahan di asrama yang berbeza . Melalui kajian
ini , diharapkan pihak sekolah dapat menerima pelbagai ketidakpuasan pelajar asrama untuk
meningkatkan tahap kualiti asrama sekolah dan menitikberat tentang keselamatan asrama
supaya keselamatan pelajar dapat dijaminkan dan meningkatkan imej sekolah dengan
persekitaran sekolah yang ceria dan bersih .
6.0 RUMUSAN

Bahagian ini adalah merumuskan dapatan kajian yang telah diperoleh untuk memenuhi
objektif-objektif dan persoalan-persoalan dalam kajian ini yang bertujuan untuk mengetahui
tahap kepuasan pelajar terhadap asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom , Sungai
Petani , Kedah . Dengan ini , objektif yang telah ditetapkan adalah untuk mengenal pasti jenis
kemudahan yang terdapat di asrama dan untuk menganalisis tahap kepuasan pelajar asrama di
Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom , Sungai Petani , Kedah .

Untuk mencapai objektif tersebut , sebanyak 30 orang pelajar yang tinggal di asrama
Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom telah dipilih secara rawak sebagai responden
kajian ini . Terdapat 2 kaedah kajian yang telah dipilih oleh pengkaji untuk menjalankan
kajian ini iaitu Kaedah Soal Selidik dan Kaedah Pemerhatian . Dalam Kaedah Soal Selidik ,
sebanyak 30 orang pelajar yang tinggal di asrama sekolah telah dipilih secara rawak daripada
populasi tempat kajian . Dapatan Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang dipilih di antara
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 . Hal ini kerana , pengkaji ingin mendapatkan pandangan
daripada mereka yang berbeza tingkat umur berkenaan objektif kajian yang ingin dikaji .

Selepas pengkaji mengumpul data yang dikehendaki daripada responden-responden , dalam


aspek penganalisisan data , pengiraan manual akan diguna pakai . Oleh sebab ini , kekerapan
dan peratusan sahaja akan dijadikan data untuk analisis . Data yang dikumpul telah ditukar
kepada bentuk grafik iaitu carta pai , graf bar dan jadual .

Selain itu , dalam kajian ini didapati bahawa terdapat 8 jenis kemudahan asrama sekolah
yang telah dipilih untuk dikaji terhadap kerja kursus ini . Menurut Kaedah Soal Selidik yang
dijalankan , daripada 30 orang pelajar asrama yang menjawab Soal Selidik telah didapati 30
orang memilih Ya dengan sebab kemudahan yang disenaraikan seperti dewan makanan ,
katil , perabot , almari , bilik mandi , bilik rehat , tandas , pendingin hawa dan kawasan
riadah , telah disediakan oleh pihak sekolah . Namun begitu , terdapat juga senarai yang
ditanda Tidak oleh pelajar asrama seperti Kemudahan bilik bacaan asrama yang disediakan .
Hal ini kerana , kemudahan bilik bacaan khas untuk asrama tidak disediakan oleh pihak
sekolah .

Di samping itu , kajian yang dikaji oleh pengkaji ialah fungsi penggunaan asrama sekolah .
Dalam dapatan kajian yang disediakan telah menunjukkan bahawa terdapat 8 jenis
kemudahan yang telah dipilih dalam kajian ini . Menurut maklumat Soal Selidik yang telah
dikumpul oleh pengkaji , majoriti yang paling banyak responden memuaskan ialah warden
yang bertanggungjawab . Sebanyak 100 % responden memilih memuaskan . Hal ini
disebabkan warden yang bertugas mengikut jadual yang disediakan amat mesra dan
bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan pelajar dan sentiasa memastikan keselamatan
pelajar dijamin . Beliau akan bertenangkan fikiran untuk menyelesai masalah yang dihadapi
oleh pelajar atau keadaan kecemasan secara tiba-tibaan dengan secepat mungkin dan tepat .

Kemudahan di asrama yang disediakan oleh pihak sekolah seperti bilik rehat merupakan
kemudahan yang paling banyak pelajar tidak memuaskan . Sebanyak 20 orang pelajar tidak
memuaskan terhadap bilik rehat yang disediakan telah mewakili 60 % jumlah keseluruhan
masing-masing . Hal ini kerana , bilik rehat yang disediakan oleh pihak sekolah hanya
dibenar guna setiap Jumaat dan Sabtu sahaja . Selain itu , bilik rehat yang disediakan kurang
bersih dan habuk bertebang merata-rata . Oleh itu , hanya 9 orang pelajar sahaja memuaskan
mewakili 30 % jumlah keseluruhan dan seorang sahaja sangat memuaskan terhadap
kemudahan tersebut .

Berdasarkan maklumat yang dikumpul , sebanyak 24 orang pelajar asrama bersamaan 80 %


memuaskan tempat basuh pakaian yang disediakan oleh pihak sekolah . 5 orang pelajar
sangat memuaskan dan hanya seorang tidak memuaskan terhadap tempat basuh pakaian .
Oleh sebab pelajar memuaskan terhadap tempat basuh pakaian ini kerana tempat yang
disediakan cukup luang dan selesa .

Bagi kualiti makanan yang disediakan , bilangan pelajar memilih tidak memuaskan dan
memuaskan adalah sama banyak , iaitu 15 orang tidak memuaskan dan 15 orang memuaskan
mewakili 50 % . Hal ini kerana kualiti makanan yang disedia oleh pengurus kantin kadang-
kala tidak sihat ataupun tidak sedap . Sebagai contohnya , sarapan pagi pelajar asrama
mungkin disedia dengan nasi lemak , nasi goreng yang bermalam dan sejuk . Semakin lama ,
pelajar asrama kemungkinan mengalami masalah kesihatan kerana makanan tidak berkhasiat .

Namun begitu , kualiti makanan yang disediakan tidak memuaskan , manakala dewan
makanan yang disediakan amat memuaskan oleh pelajar dengan bilangan 25 sangat
memuaskan terhadap dewan makanan yang disediakan dan hanya 5 orang sahaja memilih
kategori memuaskan . Inilah sebab persekitaran dewan makanan yang disediakan amat bersih
dan selesa untuk menghidangkan makanan . Dewan Makanan tersebut mempunyai pendingin
hawa dan kipas yang mencukupi dan setiap meja juga mempunyai senarai nama pelajar yang
ditetapkan dalam kumpulan . Susunan ini akan mengelakkan masalah ketidakcukupi tempat
duduk bagi pelajar yang lambat ke dewan makanan .

Konklusinya , daripada dapatan kajian yang telah dianalisis , pengkaji berpendapat bahawa
segala kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah mempunyai kebaikan dan juga
kelemahan . Dengan analisis yang disediakan , pihak sekolah boleh memilih sebagai lampiran
untuk menambah baik yang kelemahan dengan membina persekitaran sekolah yang lebih
selesa dan bersih untuk menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-
sungguh dalam persekitaran yang selesa . Perubahan ini juga membolehkan waris pelajar
lebih lega hati untuk melepaskan anak mereka tinggal di asrama .
SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN CHE TOM

Hasil pemerhatian ditunjukan dalam Jadual 1 .

Hasil Pemerhatian
Perkara yang diperhatian Tarikh

18 Februari 2016 7 Mac 2016


Masa yang diambil untuk mengumpul
maklumat dengan guru berkenaan dan 20 minit 5 minit
pelajar asrama
Mengambil gambar yang berkenaan 55 minit -
Mengedarkan Borang Soal Selidik dan
Mengumpul balik Soal Selidik yang 15 minit 15 minit
diedarkan

Pemerhatian yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Che To pada 18 Februari


2016 dan 7 Mac 2016 . Aspek-aspek yang diperhatian ialah masa yang diambil untuk
mengumpul maklumat dengan guru berkenaan dan pelajar asrama dan masa mengambil
gambar yang berkenaan . Dari segi masa , pengkaji telah melawat ke lokasi kajian agar-agar
selama sejam setengah untuk mengambil gambar kawasan asrama dan mengumpul maklumat
yang diperlu dalam Kerja Kersus daripada pihak guru berkenaan dan pelajar yang bertinggal
di asrama . Borang Soal Selidik juga disediakan dan diedarkan pada 18 Februari dan
dikumpul balik 7 Mac 2016 dan kepentingan Borang Soal Selidik tersebut merupakan untuk
mengenal pasti jenis – jenis kemudahan di asrama dan mengkaji tahap kepuasan dalam
kalangan pelajar terhadap kemudahan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom ,
Sungai Petani , Kedah Darul Aman .

You might also like