Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ciri-ciri Kesenian Islam

 Mempunyai unsur keindahan


- Kesenian Islam mestilah dapat menonjolkan unsur-unsur keindahan atau
kecantikan. Hal ini adalah berdasarkan sifat Allah yang sukakan keindahan.
 Berkaitan dengan unsur moral
- Menurut islam, seni dan moral mestilah saling berkait rapat antara satu sama lain.
Hal ini bemaksud, kesenian mestilah dicipta menurut acuan akidah, syariat dan
akhlak.
 Kepelbagaian dalam kesatuan
- Islam adalah agama yang bersifat menyeluruh dan dianuti oleh semua bangsa,
maka kesenian yang dihasilkan, walaupun mempunyai pelbagai bentuk haruslah
dapat mendatangkan kebaikan kepada semua lapisan masyarakat.

Seni Binaan Islam (Masjid)


Masjid merupakan satu bangunan yang bercorak keagamaan. Masjid tidak berfungsi semata-
mata sebagai tempat ibadat sahaja, malah juga sebagai tempat pertemuan umat Islam dalam
membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan juga kebajikan umat
Islam sejagat.

 Mihrab.
Tempat imam mengetuai solat secara berjemaah. Bentuknya berbentuk separuh bulat yang
dibina melengkung ke dalam dinding masjid dan ianya merupakan tempat penunjuk arah
kiblat.

 Menara.
Tujuan dibina menara adalah memastikan laungan azan dapat didengari dalam jarak yang
jauh selain sebagai mercu tanda sebuah masjid. Ia dibina tinggi bertujuan memanggil orang
ramai untuk menunaikan solat berjemaah di masjid.

Seni Kaligrafi Islam (Khat)


Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya
dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni
tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian.

 Alat -alat Seni Kaligrafi (Khat)

- Antara alatan yang digunakan dalam penulisan khat ialah Pen Khat, Kayu Resam.
Bahan-bahan yang digunakan pula adalah seperti dakwat dan kertas.

You might also like