Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kepong (FRIM) telah memulakan sesi persekolahan yang pertama pada
tahun 1951 dengan nama Sekolah Kebangsaan IPP (Institut Penyelidikan Perhutanan). Guru Besar
pertamanya ialah En, Othman Abd. Majid. Sekolah ini bermula dengan hanya 50 orang murid dan 5
orang guru. Muridnya pada masa itu adalah terdiri daripada kalangan anak-anak staf IPP. Pada
peringkat permulaan ini, mereka hanya bersekolah hingga darjah 5 dan kemudiaan menyambung
persekolahan darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Batu, Kepong.

Bangunan asal sekolah ini adalah sebuah bangunan kayu yang dibahagikan kepada 3 bilik
darjah serta 1 ruang pejabat. Namun begitu, disebabkan pembangunan pesat di sekeliling IPP pada
ketika itu, bangunan kayu tersebut telah diruntuhkan bagi memberi laluan kepada pembinaan
bangunan baru.

Kronologi pembinaan dan penambahan bangunan sekolah bermula apabila satu blok
bangunan 2 tingkat telah siap dibina pada tahun 1977. Kemudian pada tahun 1989, sebuah lagi
bangunan 2 tingkat telah dibina dan seterusnya pada tahun 1991, 2 blok bangunan mudah alih pula
dibina.

Penambahan blok bangunan sekolah berlaku secara berperingkat bagi mengimbangi jumlah
murid yang telah meningkat pada ketika itu. Secara keseluruhannya, SK Kepong mempunyai 3 blok
bangunan dan 1 kantin pada tahun 1991.

Kini sekolah sudah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah-
sekolah lain, berdiri teguh dengan megah di atas kecemerlangan akademik dan kokurikulumnya.

Di samping itu, SK Kepong telah mempunyai tenaga akademik yang dedikasi dan penuh
prihatin. Memandangkan sekolah ini berada di dalam kawasan Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM) yang terkenal dengan kegiatan mengenal alam sekitar, sekolah ini seolah-olah
mutiara di tengah hutan.

Sehubungan dengan itu, sekolah ini turut mengamalkan budaya cintakan alam sekitar dan
sentiasa berganding bahu dengan FRIM bagi menjamin kesejahteraan alam. Keindahan kawasan
FRIM juga menjadi tanggungjawab bersama.

Berikut ialah senarai Guru Besar yang pernah berkhidmat di sekolah ini;

1- En. Othman Abd. Majid (1951-1963)


2- En. Muhammad Ali Hj. Hashim (1964-1969),
3- En. Fakharuddin Hussain (1 Mei 1969-31 Disember 1972),
4- En. Ali Hj. Munam (1 Januari 1973-31 Ogos 1979),
5- En. Mohd. Said Hj. Zainuddin (1 September 1979-31 Julai 1982),
6- En. Hassan Salim (16 Ogos 1982-31 Oktober 1985),
7- En. Arshad Hj. Anuar (1 Disember 1985-15 Oktober 1986),
8- Tuan Hj. Mohd Nordin Mohamad Yatim (1 Oktober1987-21 November 1999),
9- Pn. Hajjah Hasnah Mohammad (1 April 2001-26 Januari 2002)
10- Pn. Hajjah Sharifah Yusof (22 Julai 2002 - Julai 2008)
11. Pn.Che Junainah bt Abdul Rahman (2008 – 2012 )
12. Tn. Saiyed Mohd Sharif b Saiyed Hassan (Mei, 2012 – Februari, 2014 )
13. Pn Siti Rohana binti Saabin (1 Mac 2014 – 30 Mei 2016 )
14. Pn. Minah binti Ali (1 Jun 2016 – kini )

You might also like