Sistem Insurans Pekerjaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SISTEM INSURANS PEKERJAAN

Sistem Insurans Pekerjaan, (SIP) mula dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai
satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan membantu golongan pekerja
yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari
pekerjaan baru.

1. TAKRIF LIPUTAN

o Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan


bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam,
pekhidmat domestik dan yang bekerja sendiri)

o Pekerja adalah orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah


suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan
atau perantisan itu sama ada dalam bentuk bertulis atau secara
lisan, nyata atau tersirat.

o Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu


dicarumkan kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke
atas dan tiada caruman telah kena dibayar sebelum mencapai 57
tahun.

o Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang
diinsurankan (GYD) RM4000.00

2. KADAR CARUMAN

o Kadar caruman bagi Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) adalah


daripada 0.2% syer majikan dan 0.2% syer pekerja daripada gaji
bulanan pekerja.

o Kadar caruman adalah tertakluk kepada Jadual Kedua Seksyen 18


Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017. Semua majikan sektor
swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja.
(Dikecualikan kepada penjawat awam, pekhidmat domestik dan
yang bekerja sendiri)
3. KELAYAKAN PEKERJA YANG DIINSURANKAN UNTUK
TUNTUTAN

o Semua pekerja yang diinsuranskan (dimaksudkan sebagai orang


berinsurans) yang kehilangan pekerjaan kecuali:

i. Perletakan jawatan secara sukarela oleh orang berinsurans;

ii. Tamat tempoh kontrak perkhidmatan orang berinsurans;

iii. Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama


majikan dan orang berinsurans tanpa terma dan syarat;

iv. Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan;

v. Persaraan orang berinsurans ; atau

vi. Penamatan kontrak perkhidmatan orang berinsurans


disebabkan oleh salah laku.

o Syarat kelayakan utama yang perlu dipenuhi oleh penerima faedah


adalah mereka mesti mampu bekerja, bersedia untuk bekerja dan
mencari pekerjaan secara aktif.
KADAR CARUMAN

You might also like