Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kertas 2: Pemboleh Ubah

Contoh Soalan Pemboleh Ubah:

1. Nyatakan:
1. Pemboleh ubah dimanipulasi: ___________________
2. Pemboleh ubah bergerak balas: ___________________
3. Pemboleh ubah dimalarkan: ____________________
2. Nyatakan pemboleh ubah _________ dalam penyiasatan ini.
3. Nyatakan dua pemboleh ubah yang dimalarkan dalam penyiasatan ini.

Cara Menjawab Pemboleh Ubah:

1. Baca soalan dan tengok gambar rajah dengan teiti.


2. Semasa membaca, gariskan perkataan-perkataan berikut:
Sama, kekal, tetap, berbeza, berlainan, diperhatikan, diukur, direkod.
3. Berdasarkan soalan, kenal pasti 3 jenis pemboleh ubah mengikut apa
yang digariskan:
1. Pemboleh Ubah Manipulasi (PM): Apa yang diubah / ditukar
2. Pemboleh ubah Bergerak Balas (PB): Apa yang diperhatikan /
dilihat / diukur
3. Pemboleh Ubah Dimalarkan: Apa yang ditetapkan sama dan kekal
sepanjang eksperimen.
4. Semasa menulis pemboleh ubah, perlu menambah parameter.
5. Pemboleh ubah = parameter + benda
6. Contoh-Contoh Parameter:
1. Isipadu
2. Masa
3. Panjang
4. Suhu
5. Kuantiti
6. Jenis
7. Bilangan
8. Tempoh
9. Jarak
10. Keadaan
11. Kecerahan
12. Kehadiran
13. Saiz
14. Warna
7. Pemboleh ubah juga boleh dicari berdasarkan jadual dan rajah.

You might also like