Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN BIL 2 /TAHUN 2017

Tarikh : 10 Julai 2017


Masa : 2.00 p.m
Tempat : Makmal Komputer 1
Pengerusi : Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Kehadiran(Bilangan) : 5
1. Mohamad Nazri bin Yusof
2. Aremantey Anak Yaji
3. Mohd Sabri Musa
4. Low Hoon Ee
5. Mohamad Azhim bin Foizi

Turut Hadir (Jika ada) :

1 Ucapan Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 2017


1.1 En. Mohamad Nazri bin Yusof selaku Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
2017 mengucapkan terimakasih kepada guru-guru subjek Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan yang hadir.

Makluman

2 Markah Peperiksaan Pertengahan Tahun


2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan yang telah menyediakan soalan dan menyemak markah murid-murid.

Tindakan: Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

3 Tindakan Susulan
3.1 Pengerusi meminta guru-guru subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan supaya memberi
lebih bimbingan kepada murid yang gagal dalam peperiksaan.

Makluman

4 Semakan Buku Latihan Murid


4.1 Pengerusi mengingatkan guru-guru subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan supaya
menghantar buku latihan murid kepada guru besar untuk disemak mengikut jadual yang
telah diedarkan.

Tindakan: Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

5 Rekod Kehadiran Murid Jasmani dan Kesihatan


5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan yang telah melengkapkan laporan rekod kehadiran setiap bulan.

Tindakan: Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan


6 Pentaksiran

6.1 Guru-guru subjek diminta menyerahkan dokumen PBS untuk bulan Jun kepada
setiausaha untuk disimpan di dalam fail panitia dan satu salinan kepada setiausaha
peperiksaan.

Tindakan: Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

7 Peruntukan Kewangan Panitia

7.1 Pengerusi memaklumkan bahawa peruntukan Kewangan Panitia Pendidikan Jasmani


dan Kesihatan pada tahun 2017 sebanyak RM55 telah dibelanjakan membeli alat tulis
dan plastik laminate.

8 Hal-hal lain
8.1 Pengerusi meminta guru-guru subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan supaya
mengingatkan murid supaya mengemas dan membersihkan Makmal Komputer 1
setelah digunakan.

Tindakan: Guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

9 Penutup
9.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua guru Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan
yang hadir.

Mesyuarat ditangguhkan jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

..........................................… ..……...............................……….
(Mohamad Azhim bin Foizi) (Mohamad Nazri bin Yusof)
Setiausaha Panitia Pendidikan Jasmani Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan dan kesihatan

SK Segambut , Kuala Lumpur SK Segambut, Kuala Lumpur

Tarikh: 17 Julai 2017

Sk. Fail Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

You might also like