Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS CADANGAN PROGRAM CELIK INTERNET

ANJURAN KELAB KOMPUTER –


SK __________

1.0 TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendedahkan murid dengan penggunaan
internet dalam kehidupan seharian. Program ini adalah terbuka untuk semua murid
SK ________bagi Tahap 1 dan Tahap 2 secara amnya dan kegunaan ahli kelan
komputer secara khususnya. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan
akses internet di dalam makmal komputer bagi tujuan PdP.

2.0 LATAR BELAKANG

Sebagai gudang berpusat untuk memperolehi maklumat melalui intenet, bahan


pengajaran dan pembelajaran, latihan secara on dan offline, permainan berasaskan
mata pelajaran sekolah. Selain daripada itu, bahan juga boleh dicari melalui internet
bagi membantu murid-murid lebih memahami isi PdP.

Internet juga membolehkan pembelajaran kendiri dikalangan murid murid yang


cemerlang. Dengan adanya internet juga, guru mampu menyediakan aktiviti
tambahan selain dari pengajaran pembelajaran dalam kelas sebagai latihan
tambahan untuk mata pelajaran utama.

Sejajar dengan itu, ianya juga memberi peluang dan memberi pendedahan kepada
murid-murid menggunakan komputer dan perisian yang sedia ada.

3.0 JENIS PROGRAM/AKTIVITI


Antara pengisian Aktiviti yang dirancang untuk tujuan kertas kerja ini adalah seperti
berikut :-

3.1. Belajar Menaip Menggunakan Pemprosesan Perkataan.


3.2. Mencari Maklumat Menggunakan Search Engine.
3.3 Belajar Menggunakan Perisian yang dibenarkan.

1
4.0. OBJEKTIF PROGRAM
4.1. Mewujudkan murid celik IT.

4.2. Melahirkan generasi yang berpengetahuan dan bermoral melalui sumber


maklumat yang betul.

4.3. Menggalakkan murid minat belajar.

4.4 Mewujudkan murid yang sentiasa berdaya saing dalam memperolehi


maklumat.

5.0. TARIKH, TEMPAT DAN TEMPOH MASA

5.1. Tarikh:
Setiap masa sepanjang sesi persekolahan.

5.2. Tempat :
Bilik Komputer SK___________.

5.3. Tempoh :
1 jam setiap sesi.

6. PENGANJUR PROGRAM DAN KUMPULAN SASAR

6.1. Penganjur Program


Program ini akan dikelola oleh AJK ICT dan Kelab Komputer.

6.2. Kumpulan Sasar


Kumpulan sasar untuk menyertai program ini adalah pelajar Tahap 1 dan 2
SK Batu Tellingai.

2
7.0 PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN PROGRAM

Bagi menjayakan program ini, perbelanjaan akan diambil dari wang SUWA SK
_____________
8.0 KESIMPULAN
Melalui program ini nanti, murid-murid akan lebih teruja untuk belajar di mana
mereka telah didedahkan teknologi maklumat. Dengan kelengkapan dan peralatan
yang cukup-murid-murid akan dapat didedahkan dengan maklumat berguna dan
dunia luar melalui internet..

Disediakan oleh :

[Eiza Eusof]
Guru ICT,
SK_____________.

3
Lampiran 1

ANGGARAN KOS

BIL. PERKARA KOS (RM)


1. TP-LINK WIRELESS N 300 MBPS ROUTER/4UTP-3 ANTENNA 210.00
(TL-WR941ND)

2. TP-LINK 802.11N 300 MBPS WIRELESS N 152.00


USB ADAPTER
(TL-WN821N)
3. TP-LINK 300 MBPS WIRELESS N RANGE 89.00
EXTENDER

4. 150MBPS WIRELESS USB ADAPTER 79.00

JUMLAH KOS KESELURUHAN (RM) 530.00

You might also like