22 Februari Merupakan Hari Kelahiran Pengasas Pengakap Dunia Yang Lebih Dikenali Sebagai BP

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

22 Februari merupakan hari kelahiran pengasas Pengakap dunia yang lebih

dikenali sebagai BP. BP atau nama penuhnya ialah Lieutenant General Robert
Stephenson Smith Baden-Powell merupakan pengasas Pengakap yang pertama
dunia.
Sejarah Pengakap Dunia bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England.
Pergerakan Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak
lelaki di pulau berkenaan. Perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert
Stephenson Smith Baden Powell yang merupakan seorang bekas Mejar Tentera
British yang penuh pengalaman dari medan pertempuran.
Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British
menganugerahkan ” Lord Baden Of Gillwell ” kepada beliau. Banyak pingat
kebesaran negara Pengakap telah beliau perolehi diatas sumbangan beliau
mewujudkan pergerakan Pengakap. Pada tanggal 8 Januari 1941, beliau telah
meninggal dunia di Paxtu, Kenya sebelum sempat menyambut ulangtahun ke 84.
Majlis ini bertujuan memperingati kembali jasa dan sejarah yang telah dilakarkan
oleh Sir Lord Baden Pawell dalam dunia kePengakapan. Disamping itu, ahli-ahli
Pengakap juga dapat sama-sama mempelajari sedikit sebanyak tentang sejarah
penubuhan Pengakap terawal di dunia.
Objektif sambutan adalah untuk:

 Menyambut hari ulang tahun kelahiran pengasas Pengakap dunia.


 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
 Menghayati sejarah penubuhan Pengakap.
 Merapatkan ukhuwwah dan menjalin silaturrahim sesama warga SK Palong 14( F ) dengan masyarakat setempat.
 Menyemai semangat berPengakap dan sikap kerjasama antara murid, guru dan ibu bapa.
 Memberikan pengalaman baharu dalam program-program kePengakapan

You might also like