Professional Documents
Culture Documents
Minit SKN
Minit SKN
Minit SKN
KEHADIRAN :
TIDAK HADIR
1. En. Mat Yusof Bin Mat Ali ( Bola Tampar Lelaki )– Mesyuarat Di PPD Marang.
2. En. Mohamad Hafiz bin Amrose-Olahraga / Bola sepak - Mesyuarat Di PPD Marang.
3. Pn. Norfazilah binti Md. Khir- Bola Baling (P) – Mesyuarat Di PPD Marang
4. Pn. Zalina binti Mohd Nawi – Bola Tampar (P) - Mesyuarat Di PPD Marang
5. En. Zainuddin bin Harun-Hoki (L)
6. En. Zaidi bin Muda – Ping Pong
AGENDA:
1 UCAPAN PENGERUSI
Mengucapkan ribuan terima kasih kerana hadir ke mesyuarat ini dan Semua guru
dapat berbincang dengan lebih rapi lagi tentang perancangan aktiviti
sukan dan permainan. Beliau berharap agar semua yang hadir dapat
memberi idea yang bernas agar kejayaan lebih gemilang dicapai.
Kejayaan dalam aktiviti sukan dan permainan juga dapat membantu
murid-murid ke sekolah yang baik.
- Beliau berasa bangga dengan prestasi sukan sekolah yang amat - makluman
Cemerlang dan menjadi satu “trade mark” di daerah Marang dan
Negeri. Ini menunjukkan SKWT bukan calang-calang sekolah di
Daerah Marang.
- Beliau juga berharap agar sukan dan permainan difikir secara - semua guru
positif dan dapat mengetengahkan bakat murid ke peringkat yang
tertinggi. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua guru
yang terlibat dalam kejayaan sekolah sehingga melahirkan murid
ke peringkat negeri terutamanya dalam Sukan dan permainan.
- Beliau juga berharap semua guru membaca surat pekeliling - makluman
Sukan dan mengambil perhatian sewajarnya.
- Beliau juga sangat berharap agar surat kebenaran ibu bapa diberi - guru terlibat
kepada murid sebelum menyertai aktiviti sukan dan membaiki
semula surat kebenaran tersebut dengan menggugurkan
perkataan tidak bertanggungjawab dalam surat kebenaran
tersebut. Di samping itu beliau mahu hanya pelajar yang sihat
sahaja menyertainya.
- Sijil-sijil penyertaan pelajar hendaklah diberikan kepada pelajar - guru terlibat
secepat mungkin dan disimpan di dalam fail peribadi murid. Ianya
berguna apabila pelajar memohon ke sekolah berasrama.
- Semua guru diharap dapat bekerjasama dalam segala hal yang - makluman
melibatkan murid, terutama ketika menghantar dan mengambil
pelajar menyertai kejohanan sukan. Sekali lagi beliau
mengucapkan terima kasih diatas pengorbanan guru terutama
masa, tenaga dan wang ringgit. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalasnya di atas keikhlasan guru bekerja.
- Penghargaan dan tahniah diucapkan kepada jawatankuasa sukan - makluman
dan permainan kerana berjaya mendokumentasikan segala
laporan dengan baik dan semoga menjadi contoh kepada yang
lain.
- Pengurusan kewangan yang terbaik dan semoga ianya juga - makluman
menjadi contoh kepada unit lain. Perbelanjaan yang dibuat biarlah
untuk kepentingan pelajar sepenuhnya.
- Beliau sekali lagi berharap supaya kecemerlangan akademik dan
sukan dapat diteruskan dan menjadikan SK. Wakaf Tapai sebagai
sebuah sekolah yang cemerlang dan terbilang.
Menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh PPD Marang dan JPNT – - SETIAUSAHA
lampiran SUKAN
- Latihan Sukan dan permainan ikut jadual yang diedarkan.
- Guru mesti mematuhi jadual latihan dan jadual menghantar dan
mengambil murid dalam sesuatu aktiviti yang disertai.
- Segala laporan dan keputusan permainan disertakan dalam - SEMUA GURU
lampiran.
- Sebagai seorang guru, kita patut menghargai potensi pelajar di - SEMUA GURU
samping mendedahkan murid dengan pengurusan masa dan
penampilan yang hebat. Guru yang hebat akan menjadi contoh
kepada pelajar untuk lebih berjaya dalam segala bidang.
4 Hal-hal lain.
3.1 Tuan Guru Besar berharap Setiap aktiviti yang dijalankan mesti - SEMUA GURU
disertai oleh guru, sekiranya guru tiada tangguhkan aktiviti tersebut.
3.2 Tuntutan perjalanan guru mesti dibuat pada Jabatan Pendidikan - MAKLUMAN
Negeri.
- MAKLUMAN
3.5 Sebarang kejadian yang tidak diingini boleh dirujuk pada JPNT dan
mesti disertakan surat kebenaran ibu bapa.
- MAKLUMAN
3.6 Sebarang perbelanjaan menjalankan aktiviti kokurikulum boleh
dituntut pada sekolah dan mesti mempunyai resit rasmi.
3.7 Sijil penyertaan pelajar mestilah menarik dan perlu bagi menghargai - SETIAUSAHA
pelajar dan penting apabila memohon ke sekolah terpilih. SUKAN
3.8 Pn. Mashsuri berharap murid Tahun 6 diberi peluang menyertai aktiviti - SEMUA GURU
sukan dan permainan. Berdasarkan pengalaman beliau, kekurangan
dalam aktiviti sukan dan permainan menyebabkan anaknya tidak
terpilih ke sekolah tertentu.
3.9 Ustaz Noordin bin Abdullah berharap agar latihan berterusan - GURU
diadakan bagi sukan dan permainan yang menjadi fokus sekolah. TERLIBAT
3.12 En. Wan Salmizan Azha berharap agar aktiviti sukan dijalankan
sepanjang masa sebagai aktiviti riadah kepada murid SKWT.
Penglibatan murid biarlah secara menyeluruh.
5 Penutup