Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH

(JPMS), SK BANGGOL JAS KALI PERTAMA 2018

Tarikh : 11 Januari 2018


Tempat : Makmal Komputer
Masa : 1.45 tengah hari – 3.15 petang

Kehadiran :
1. Pn. Siti Norhaiza bt Othman (Guru Besar)
2. Pn Wahida bt Mokhtar (GPK Pentadbiran)
3. Pn Norazwin bt Mokhtar (GPK HEM)
4. En. Md Faizal b Noh (GPK Kokurikulum)
5. Pn Hapsah bt Che Long (Pembantu Tadbir)
6. Hilda binti Mohamad Nor
7. Affaf bt Ghazali
8. Maryam Jamella bt Mohamed Wazi
9. Zuraida bt Yusoff
10. Mohd Fadzil b Lajis
11. Muhammad Noramin b Baharum
12. Norliza bt Moh Nordin
13. Sofah bt Md Sarji@Serji
14. Nuril Suhaila bt Saad@Hamid
15. Norliah bt Ismail
16. Rashidah bt Mat Rapandi
17. Rezuanisa bt Nasurdeen
18. Fairulrazi bt Abd Razak
19. Rosyidan b Abd Aziz
20. Rusiah bt Matanidi
21. Sahadi b Sabeh
22. Salasiah bt Hanafiah
23. Sarimah bt Mat Isa
24. Siti Asa bt Kamis
25. Zabedah bt Ibrahim
26. Zuraida bt Kamarulzaman
27. Teh Mei Fung

Tidak Hadir Bersebab :

1. Nor Azita bt Jamalludin


2. Mohamad Nor b Elias
1.0 Kata-Kata Aluan Pengerusi

1.1 Guru Besar selaku Pengerusi Mesyuarat mengalu-alukan kehadiran guru besar,
para pentadbir dan para guru serta staf sekolah.

1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang dapat hadir ke
mesyuarat JPMS kali pertama tahun 2018.

1.3 Pengerusi memaklumkan bahawas Sistem Pengurusan Maklumat Sekolah kini


terdiri daripada tiga modul yang dahulunya dikenali dengan nama Emis, APDM
dan E-Operasi. Segala maklumat lanjut akan diterangkan oleh Guru Data
sekolah.

1.4 Pengerusi mengharapkan agar ahli jawatankuasa yang dipilih dapat membantu
dalam Pengurusan Maklumat Sekolah bagi tahun ini.
Makluman

2.0 Pembentukan JPMS bagi tahun 2018

2.1 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JPMS) bagi tahun 2018


dibentuk.

2.2 Rujuk lampiran 1, carta organisasi Jawatankuasa Pengurusan Maklumat


Sekolah bagi tahun 2018.
Tindakan: Semua Ahli Jawatankuasa

2.3 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dan


Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah.

2.3.1 Sistem Pengurusan Sekolah terdiri daripada 3 modul iaitu:

 Modul Pengurusan Sekolah (Emis)


 Modul Pengurusan Guru (E-operasi)
 Modul Pengurusan Murid (APDM)

2.3.2 Modul-modul ini boleh diakses melalui laman sesawang di


https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php.

2.3.3 Tujuan SPS diwujudkan adalah bagi mengelakkan kemasukan data


berulang pada masa akan datang.

2.3.4 Mesyuarat JPMS akan diadakan 4 kali setahun.

Makluman
2.3.5 Bidang tugas Guru Besar:

2.3.5.1 Bertanggungjawab terhadap kesahan dan kebolehpercayaan


data dan maklumat sekolah, guru, staf dan murid.

2.3.5.2 Memastikan semua penolong kanan melaksanakan


pengoperasian data dan maklumat dalam SPS.

2.3.5.3 Menjadi pengerusi JPMS.

2.3.5.4 Mengesahkan Laporan Pengesahan Sekolah sebelum


dihantar ke PPD.
Tindakan: Guru Besar

2.3.6 Bidang tugas Penolong Kanan Pentadbiran.

2.3.6.1 Bertanggungjawab terhadap SPS, Modul Pengurusan


Sekolah, Modul Pengurusan Guru dan Modul Pengurusan
Murid.

2.3.6.2 Memantau pengemaskinian dan keesahan segala data


sekolah, guru dan murid.

2.3.6.3 Membimbing dan menasihati guru dan pembantu tadbir dalam


pelaksanaan Modul Pengurusan Sekolah, Pengurusan Guru
dan Pengurusan Murid.

2.3.6.4 Berperanan sebagai Pentadbir Modul.

2.3.6.5 Menyemak laporan pengesahan sekolah sebelum disahkan


oleh Pengetua.
Tindakan: Penolong Kanan Pentadbiran

2.3.7 Bidang tugas Penolong Kanan Kurikulum

2.3.7.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-modul SPS khasnya Modul


Pengurusan Guru (E-operasi)
Tindakan: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
2.3.8 Bidang Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

2.3.8.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-Modul SPS khasnya Modul


Pengurusan Murid (APDM)
Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum

2.3.9 Bidang Tugas Penolong Kanan Kokurikulum

2.3.9.1 Bertanggungjawab terhadap data berkaitan intrumen bancian


Kemudahan Prasana dan Program Sukan Sekolah (i-Keps)
melalui Modul Pengurusan Sekolah (EMIS).

Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum

2.3.10 Bidang tugas Guru Data merangkap Setiausaha JPMS.

2.3.10.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-Modul SPS khasnya


Modul Pengurusan Sekolah. (EMIS)

2.3.10.2 Membantu mengumpul input data, memproses,


menyimpan, mencetak dan menghantar maklumat mengikut
kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan
data/modul SPS.

2.3.10.3 Membantu menyediakan input data/modul berkaitan


SPS kepada JPMS.

2.3.10.4 Menjadi Setiausaha kepada JPMS.

2.3.10.5 Membantu memastikan keselamatan dan kerahsiaan


data sekolah.

2.3.10.6 Mematuhi aktiviti pengisian data/modul SPS mengikut


jadual yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN.

2.3.10.7 Membantu Penolong Kanan dalam pelaksanaan


pengurusan data dan maklumat dalam SPS.

Tindakan: Guru Data


2.3.11 Bidang tugas Guru Kelas.

2.3.11.1 Mengemaskini semua data dan maklumat murid yang berada


di dalam kelasnya dari semasa ke semasa jika berlaku
sebarang perubahan atau pertambahan maklumat melalui
Modul Pengurusan Murid (APDM).

2.3.11.2 Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan


data dan maklumat murid di dalam kelasnya.

2.3.11.3 Merekodkan kehadiran murid secara harian bersama-sama


dengan pembantu tadbir.

Tindakan: Guru Kelas

2.3.12 Bidang tugas Guru

2.3.12.1 Mengemaskini, menyemak dan mengesahkan Maklumat


Peribadi, Pasangan, Sejarah Perkhidmatan, Latihan/kursus,
Gaji dan elaun di dalam Modul Pengurusan Guru (e-operasi).

2.3.12.2 Menyemak dan mengesahkan Maklumat Perkhidmatan,


Maklumat Akademik dan Maklumat Ikhtisas di dalam Modul
Pengurusan Guru.

Tindakan: Semua Guru

2.3.13 Bidang tugas Pembantu Tadbir.

2.3.13.1 Melaksanakan pengisian kehadiran dan keberadaan guru di


dalam Modul Pengurusan Guru (e-operasi).

2.3.13.2 Melaksanakan pengisian kehadiran murid dalam Modul


Pengurusan Murid (APDM) sebelum jam 9.00 pagi.

Tindakan: Pembantu Tadbir


3.0 Hal- hal lain.

3.1 GPK HEM meminta guru kelas agar mengemaskini maklumat peribadi murid
dalam Modul Pengurusan Murid sebelum akhir bulan ini sebagai persediaan
sekiranya data diperlukan untuk tujuan biasiswa.

3.2 Beliau juga memaklumkan guru kelas perlu mengemaskini maklumat bagi kes
pindah masuk dan keluar murid dalam Modul Pengurusan Murid dengan kadar
segara.

Tindakan: Guru Kelas

3.3 GPK KURIKULUM juga menggesa agar semua guru dan anggota kumpulan
pelaksana sekolah boleh mengemaskini maklumat peribadi dan mengesahkan
maklumat dalam Modul Pengurusan Guru sebelun akhir bulan Januari.

Tindakan: Semua Guru

3.4 GPK HEM berharap agar guru kelas dapat mengambil tindakan segera dalam
menguruskan hal-hal berkaitan biasiswa melalui Modul Pengurusan Murid.

Tindakan: Guru Biasiswa

3.5 Guru Data memaklumkan bagi kes lupa kata laluan, guru boleh menggunakan
id pengguna dan katalaluan Single Sign On (SSO) bagi segala urusan
dibincangkan. Rujuk Guru Data sekiranya bermasalah.

Tindakan:Semua Guru

4.0 Ucapan Penangguhan

4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh,

.........................................................
(HILDA BINTI MOHAMAD NOR)
Setiausaha JPMS
SK Banggol Jas
LAMPIRAN 1

CARTA ORGANISASI

JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH

SK BANGGOL JAS

PENGERUSI

PN SITI NORHAIZA BT OTHMAN


( GURU BESAR )

NAIB PENGERUSI

PN WAHIDA BT MOKHTAR
( GPK PENTADBIRAN )

SETIAUSAHA

EN ROSYIDAN B ABD AZIZ


(GURU DATA)

PENOLONG SETIAUSAHA
PN HAPSAH BT CHE LONG
(PEMBANTU TADBIR

Ahli Jawatankuasa

1. Pn Norazwin bt Mokhtar (GPK HEM)


2. En Md. Faizal b Noh (GPK Kokurikulum)
3. Ketua Panitia
4. Pn Hilda bt Mohamad Nor (Penyelaras ICT )
5. En Fadzil b Lajis (Setiausaha Peperiksaan)
6. En Fairulrazi (Guru Disiplin)
7. Guru Perabot
8. Pn Hjh Rusiah bt Matanidi (Guru SPBT )
9. Pn Hjh Salasiah (Guru Biasiswa)
10. Setiausaha Jadual Waktu
11. Guru Kelas

You might also like