Pantun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Pantun

POSTED BY SHELLA GAN ON 11:38 PTG

Pantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada
dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang
sama di hujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat,
enam ataupun lapan baris.

Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu


bahagianpembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian
pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang
dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah
empat ayat pembayang dan empat ayat maksud

Ciri-ciri umum Pantun


Bentuk
•Bilangan baris - Baris juga disebut sebagai kerat. Terdapat pelbagai jenis
pantun iaitu pantun 2 kerat,4 kerat, 6 kerat dan pantun 8 kerat.
•Pembayang maksud dan maksud - Pantun mempunyai pembayang maksud
dan maksud. 2 baris yang pertama adalah pembayang dan 2 baris yang
kedua adalah maksud.
•Bilangan perkataan sebuah pantun yang baik mempunyai 4-5 patah
perkataan sebaris.
•Bilangan suku kata setiap baris pantun yang baik mempunyai 8-12 suku
kata.
•Rima akhir pantun mempunyai rima akhir yang terkawal. Pantun 4 kerat rima
akhirnya ialah a-b-a-b iaitu bunyi rima akhir baris pertama sama dengan baris
ketiga dan rima akhir baris kedua sama dengan baris keempat.

Contoh pantun :
1. Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

2. Buah cempedak di luar pagar,


Ambil galah tolong jolokkan,
Kami murid baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

You might also like