Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 PENDAHULUAN

Tenaga nuklear atau juga sebagai disebut tenaga atom ialah sejenis tenaga yang
mengikat nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindak balas nuklear
seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran nuklear. Selain itu, ia juga
merujuk kepada teknologi atau industri tenaga nuklear yang membolehkan penjanaaan
tenaga sekunder seperti tenaga elektrik.

Istilah nuklear dalam bentuk huraian panjangnya ialah merujuk kepada inti atau
nukleus atom dan tenaga nuklear adalah tenaga yang dijana daripada tindak balas dalam
nukleus atom iaitu ada dua jenis tindak balas nuklear yang boleh digunakan untuk menjana
tenaga, iaitu tindak balas pembelahan nukleus (nuclear fission) dan tindak balas pelakuran
nukleus (nuclear fusion). Loji-loji janakuasa nuklear yang terdapat di dunia adalah
berasaskan tindak balas pembelahan nukleus, sedang loji nuklear berasaskan pelakuran
nukleus kini masih dalam proses penyelidikan dan pembangunan dan dijangka tidak akan
dapat digunakan dalam tempoh setengah abad akan datang kerana kesukaran
teknologinya. Tenaga nuklear seringkali menjadi isu yang kontroversi sejak sepuluh tahun
kebelakangan ini.

Pengunaan tenaga nuklear merupakan antara tenaga alternatif yang diutarakan


termasuk empangan hidro, angin, solar, biomas dan tenaga boleh diperbaharui. Tenaga
nuklear kini menjadi salah satu daripada pilihan untuk menjana tenaga elektrik tetapi
pelbagai reaksi dan persepsi tercetus daripada perkataan nuklear itu sendiri. Proses
penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear melibatkan kitaran bahan api yang
dimulai dengan perlombongan uranium, yang merupakan sumber utama untuk menyediakan
tenaga nuklear. Selepas itu, ia akan menjalani proses penukaran uranium, pengayaan
uranium, penukaran semua uranium, fabrikasi bahan api dan diikuti dengan penggunaan
dalam loji janakuasa nuklear. Diikuti dengan penyimpanan sementara bahan api nuklear
terpakai, sebelum diproses menjadi bahan api nuklear terpakai dan akhir sekali rawatan dan
pelupusan akhir sisa nuklear aras tinggi. Uranium biasanya diperolehi daripada negara-
negara seperti Australia, Kazakhstan, Kanada dan Amerika Syarikat (AS). Menurut sumber
Agensi Nuklear Malaysia (ANK), penjanaan elektrik melalui loji janakuasa nuklear mampu
menjamin keselamatan perbekalan tenaga negara.
1.1 PROSES PEMBELAHAN NUKLEUS

Pembelahan nukleus ialah proses pemecahan satu nukleus berjisim besar kepada
dua nukleus yang lebih ringan disertai dengan pembebasan tenaga. Nukleus-nukleus ringan
itu mempunyai jisim yang hampir sama antara satu sama lain. Pembelahan biasaya berlaku
apabila satu nukleus berjisim besar dihentam oleh satu neutron. Pembelahan nukleus
menghasilkan suatu cacat jisim atau jisim yang hilang. Jisim yang hilang itu bertukar kepada
tenaga kinetik nukleus hasilan pembelahan. Apabila satu nukleus hasilan pembelahan ini
berlanggar dengan atom-atom sekeliling, tenaga kinetiknya ditukar kepada tenaga haba.
Contohnya, satu nukleus uranium-235 yang dihentam dengan satu neutron akan dibelah
kepada dua nukleus yang besar dan tiga neutron baru dihasilkan. Tenaga yang dibebaskan
oleh pembelahan nukleus adalah sangat besar berbanding dengan tenaga yang dibebaskan
oleh tindak balas kimia.

 1 neutron diserap oleh nukleus uranium kemudian menjadi tidak stabil dan
membelah kepada 2 atom baru dengan membebaskan tenaga dan beberapa
neutron.
1.1.1 Tindak balas berantai

Proses pembelahan nukleus menghasilkan beberapa neutron yang baru yang


dikenali sebagai neutron belahan. Sebahagian daripada neutron belahan akan terlepas
keluar daripada permukaan sampel radioaktif itu. Proses pembelahan itu akan berterusan
jika secara purata 1 daripada neutron belahan dapat membelah 1 nukleus baru dengan itu 1
tindak balas berantai akan terjadi.

Tindak balas berantai hanya berlaku jika jisim sampel uranium itu melebihi suatu
nilai minimum yang tertentu yang dikenali sebagai jisim genting. Jisim genting bagi sampel
uranium itu bergantung kepada bentuknya. Jisim genting bagi sampel berbentuk sfera lebih
kecil daripada jisim genting bagi sampel berbentuk cakera atau bentuk lain. Kerana 1
isipadu yang berbentuk sfera mempunyai luas permukaan yang paling kecil. Luas
permukaan yang paling kecil mengurangkan kemungkinan neutron belahan terlepas keluar
daripada sampel radioaktif itu.

 1 atom Uranium-235 menyerap neutron, membelah dan membebaskan 3 neutron


baru dan tenaga.
 1 daripada neutron itu diserap oleh atom uranium-238 dan 1 neutron hilang dan tidak
berlanggar dengan apa-apa tidak meneruskan tindak balas. 1 neutron lagi
berlanggar dengan atom Uranium-235, membelah dan membebaskan 2 neutron baru
dan tenaga.
 Kedua-dua neutron baru itu berlanggar dengan atom Uranium-235. Setiap
pembelahan membebaskan antara 1 hingga neutron baru. Tindak balas berlaku
berterusan.
1.1 PROSES PELAKURAN NUKLEUS

Pelakuran nukleus ialah proses percantuman nukleus-nukleus ringan untuk


membentuk satu nukleus yang lebih berat diikuti dengan pembebasan neutron dan tenaga
haba yang besar. Pelakuran berlaku pada suhu yang sangat tinggi supaya nukleus-nukleus
mempunyai tenaga kinetik yang cukup besar untuk mengatasi tolakan elektrik antara satu
dengan yang lain. Tindakbalas pelakuran biasanya berlaku di permukaan matahari kerana
terdapat banyak gas hidrogen dan suhunya yang amat tinggi.

Tidak seperti pembelahan nuklear, tenaga yang dihasilkan oleh pelakuran nuklear
adalah selamat dan tiada sinaran radioaktif dihasilkan. Pelakuran nuklear memerlukan suhu
yang tinggi untuk menyediakan tenaga kinetik yang mencukupi untuk nukleus bagi
membolehkan mereka berlanggar dan bergabung. Walau bagaimanapun, penyelidik masih
mencari cara untuk menjalankan proses pelakuran untuk pengeluaran reaktor bagi
menghasilkan tenaga elektrik. Tindak balas proses pelakuran disertai oleh jisim yang lebih
besar untuk penukaran tenaga dari tindak balas pembelahan.
2.0 BANDING BEZA

PERSAMAAN

 Menghasilkan jumlah tenaga yang besar


 Menghasilkan neutron
 Menghasilkan sinaran radioaktif
 Mengalami penyusutan jisim nukleus

PEMBELAHAN PELAKURAN

Proses pemecahan suatu nukleus berat Proses pencantuman nukleus-nukleus ringan


kepada 2 nukleus yang lebih ringan diikuti untuk membentuk satu nukleus yang lebih
penghasilan neutron pembebasan tenaga berat diikuti dengan pembebasan neutron
dan tenaga haba yang besar.

Berlaku tindak balas berantai Tidak berlaku tindak balas berantai

Tidak memerlukan neutron laju Memerlukan suhu tinggi

Aplikasinya dalam reaktor nuklear dan bom Aplikasinya dalam perubatan bom hidrogen
atom
2.1 PENJANAAN TENAGA ELEKTRIK DARIPADA TENAGA NUKLEAR

Tenaga nuklear digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik dalam reaktor


nuklear di stesen janakuasa nuklear. Tenaga yang dibebaskan dari pembelahan nuklear
adalah lebih besar daripada tenaga kimia yang dibebaskan apabila membakar bahan api.

 Tenaga nuklear dihasilkan dalam reaktor nuklear melalui pembelahan nukleus atom
uraniom-235.
 Tenaga haba mendidihkan air untuk menghasilkan stim.
 Stim di bawah tekanan tinggi memutarkan turbin.
 Dinamo dalam penjana elektrik diputarkan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
 Tenaga nuklear → tenaga haba → tenaga kinetik → tenaga elektrik

2.1.1 Kebaikan dan Keburukan Penggunaan Tenaga Nuklear

KEBAIKAN KEBURUKAN
Tidak membebaskan gas toksik ke Menghasilkan sisa radioaktif yang
atmosfera menyebabkan pencemaran alam sekitar
Sumber yang rendah bagi penjanaan tenaga Pendedahan sinaran radioaktif
elektrik
Sumber tenaga alternatif Senjata penciptaan nuklear untuk tujuan
peperangan
Loji nuklear

Loji tenaga nuklear


RUJUKAN

Dr. Rod Nave of the Department of Physics and Astronomy (2010, Julai 10). "Nuclear
Binding Energy". Hyperphysics - Capaian pada 2016, 22 Mac daripada a free web
resource from GSU. Universiti Negeri Georgia.

http://onelearningsolution.blogspot.my/2015/07/62-penghasilan-tenaga-nuklear.html/?m=1

http://radioaktiviti.blogspot.com/2011/11/proses-penghasilan-tenaga-nuklear.html

You might also like