Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA LUI SELATAN

72120 BANDAR SERI JEMPOL


NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA
PROGRAM EKSPLORASI ILMU
ANA MUSLIM

dengan kerjasama;

Tabika KEMAS Lui Selatan


TEMA:

“Membaca, Membentuk Peribadi Mulia ”

1. PENGENALAN

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan
budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah masyarkat ialah melalui amalan
tabiat membaca yang berterusan. Kementerian Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program
galakan membaca di sekolah- sekolah. Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut
masih belum mencapai tahap yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran dan
pihak sekolah perlu mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang
lebih berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.

2. MATLAMAT

1. Membentuk sahsiah dan peribadi mulia dikalangan pelajar melalui pembacaan bahan bacaan
yang memberikan ilmu yang baik.

2. Menarik minat pelajar untuk membaca melalui kempen membaca dan membantu
pihak sekolah dalam mencapai matlamat Program Nilam.

3. Meningkatkan penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar melalui pembacaan


buku.

4. Memberi motivasi kepada pelajar.

3. TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 25 September 2017

Hari : Isnin

Masa : 10.30 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Terbuka Sekolah

4. JAWATANKUASA PERANCANG

PENGERUSI : EN. MD NOOR BIN WAHID (GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI : EN. ZAINAL ABIDIN BIN TALIB (GPK PENTADBIRAN)

NAIB PENGERUSI I : EN. ABDUL RAHIM BIN NOH (GPK HEM)

NAIB PRNGERUSI II : EN. MOHD ZAKI BIN SAID (GPK KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA : PN. NURUL SYUHADA BINTI MOKHTAR

(GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA)

PENOLONG SETIAUSAHA : PN. MASLINDA BINTI MOHAMAD

(GURU PERPUSTAKAAN)

AHLI JAWATANKUASA : JK INDUK PSS

JK KERJA PSS

GURU-GURU KELAS

5. JAWATANKUASA KERJA
PENYELARAS : PN. NURUL SYUHADA BINTI MOKHTAR

JURUACARA : EN. AHMAD AZMI BIN YATIM BAKHTIAR

SAMBUTAN : PN. MASLINDA BINTI MOHAMAD

PERSIAPAN TEMPAT : PN. BADARIAH BINTI HASSAN

DOKUMENTASI : CIK AZUA HUSNA BINTI ROSDIN

P.A SISTEM : EN. HASRUL HAFIZ BIN HAMDAN

KAWALAN PELAJAR : GURU KELAS & GURU BERTUGAS MINGGUAN

6. AKTIVITI DAN PROGRAM

Tentatif Cadangan

10.30 pagi - Ucapan oleh Penulis/Pekomik

(Kempen Membaca dan Kerjaya)

Kuiz

Pertandingan Mewarna

Ramah mesra bersama maskot Ana Mulim

12.00 tengahari - Pameran dan Jualan buku

1.00 petang - Bersurai

7. PENUTUP
Pihak kami amat berharap agar program ini dapat dilaksanakan kerana program ini
boleh menarik minat pelajar untuk membaca melalui kempen membaca. Selain itu, program ini
boleh menjadi sebahagian aktiviti kempen membaca oleh pihak sekolah. Kerjasama dan komitmen
yang diberikan didahului dengan ucapan setingg-tinggi penghargaan dan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

………………………………………….… …………………………………………

(NURUL SYUHADA BINTI MOKHTAR) (ZAINAL ABIDIN BIN TALIB)

Setiausaha Program, GPK Pentadbiran dan Kurikulum,

Diperakui dan disokong oleh,

……………………………………..

(MD NOOR BIN WAHID)

Guru Besar,

Sek.Keb.Felda Lui Selatan.

You might also like