Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Tuesday, 24 June 2014

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PANDU ARAH

1. RASIONAL
Menyediakan satu arahan tetap pengurusan aktiviti yang seragam, sistematik, efektif
dan mesra pengguna bagi semua Pusat Kokurikulum negeri Kementerian
Pendidikan Malaysia.

2. MATLAMAT
Memantapkan pengurusan yang seragam dan keberkesanan pengurusan aktiviti
pandu arah di setiap pusat kokurikulum negeri.

3. OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan pengurusan aktiviti Pandu Arah dengan lebih berkesan dan
mengikut prosedur yang ditetapkan.
3.2 Mempunyai sistem pengurusan aktiviti Pandu Arah yang mantap dan mampan.
3.3 Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut Prosedur Pengendalian aktiviti
(SOP).

4. PERALATAN
4.1 Peralatan Umum
4.1.1 Peta Topo kawasan
4.1.2 Kompas
4.1.3 Borang berkaitan
4.1.4 Penanda kawalan / Stesen
4.1.5 Puncher
4.1.6 Alat tulis/ buku catatan
4.1.7 Alat Perhubungan radio
4.1.8 Protektor
4.1.9 Jam / Jam digital

4.2 Peralatan Peserta


4.2.1 Pakaian yang sesuai
4.2.2 Kasut sukan
4.2.3 Topi
4.2.4 Bekalan air 1 liter
4.2.5 Makanan ringan
4.2.6 Ubatan peribadi
4.2.7 Alat tulis/ buku catatan
4.2.7 Baju hujan
5. PERSONEL
5.1 Ketua Jurulatih
5.2 Jurulatih
5.3 Pembantu jurulatih
5.4 Jabatan Pertahanan Awam, PBSMM– Paramedik dan pengangkutan

6. PERSIAPAN AWAL
6.1 Menyediakan kertas konsep
6.2 Menetapkan tarikh
6.3 Tujuan dan pemilihan lokasi yang akan dijalankan
6.4 Menentukan kumpulan sasaran
6.5 Perlantikan jawatankuasa
6.6 Menyenaraikan nama peserta
6.7 Menyenaraikan nama jurulatih dan pegawai
6.8 Menyenaraikan jawatankuasa, tugasan dan senarai semak
6.9 Penyediaan alatan dan logistik aktiviti

7. PELAKSANAAN
7.1 SEBELUM AKTIVITI
7.1.1 Penyediaan landasan
7.1.2 Taklimat jurulatih dan peserta
7.1.3 Semakan alatan dan logistik
7.1.4 Peralatan kecemasan
7.1.5 Pengagihan kumpulan / kategori

7.2 SEMASA AKTIVITI


7.2.1 Peserta dikumpul di tempat permulaan aktiviti
7.2.2 Jurulatih bertugas berada di lokasi dan stesen sebelum peserta
dilepaskan.
7.2.3 Ketua aktiviti memberi taklimat kepada peserta
7.2.4 Peserta diberikan peralatan / keperluan pandu arah
7.2.5 Kumpulan peserta awal dibawa ke lokasi permulaan dengan
peralatan yang lengkap
7.2.6.Tugas marshall memastikan peserta berada dalam kawasan
aktiviti dan selamat dan sentiasa berhubung menggunakan
radio dari masa ke semasa.
7.2.7 Peserta memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan
7.2.8 Peserta tidak digalakkan mengikut kumpulan lain, masing-masing
bergerak mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri secara
berkumpulan.

7.3 SELEPAS AKTIVITI


7.3.1 Jurulatih mengumpulkan semua peserta yang terlibat dan
memastikan bilangannya mencukupi, mengenalpasti tahap
kesihatan dan kecergasan peserta.
7.3.2 Jika terdapat kecederaan hendaklah diberikan rawatan awal atau
hantar ke hospital
7.3.3 Semua alatan hendaklah dikembalikan, jika rosak atau hilang
sila laporkan kepada bahagian logistik
7.3.4 Sesi renungan / refleksi
7.3.5 Bersalaman antara jurulatih dan peserta
7.3.6 Simpan barang di setor
7.3.7 Jurulatih aktiviti hendaklah menyediakan laporan aktiviti dengan
menggunakan Borang Prosedur Kerja Laporan Ringkas Aktiviti.
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI
PUSAT KOKURIKULUM NEGERI, JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

1. TAJUK : PANDU ARAH

2. SASARAN : 80 orang (Murid sekolah rendah / sekolah menengah)

3. ANGGARAN MASA : 2 jam

4. TEMPAT : Sekitar Kem Tekali

5. MATLAMAT :
Melahirkan generasi murid yang sihat dari segi fizikal, mental dan mempunyai daya
tahan dan sentiasa patuh kepada peraturan dan mengikut arahan-arahan dengan
tepat dan betul.

6. OBJEKTIF:
Semua personel di pusat kokurikulum negeri akan dapat:
6.1 Mewujudkan dan melancarkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan
lebih berkesan dan mengikut prosedur yang ditetapkan, diperingkat
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
6.2 Mengguna pakai sistem prosedur yang lebih sistematik, sesuai dan
selamat serta berkesan.
6.3 Mengurangkan tekanan fikiran dan mampu menyelesaikan masalah
secara bijaksana.
6.4 Kesinambungan pelajaran kompas di sekolah dan menentukan halatuju
kehidupan untuk masa depan.

7. PENGURUSAN ORGANISASI
7.1. Dibahagikan kepada kumpulan kecil mengikut jurulatih.

8. PERSONEL
8.1 Ketua jurulatih 1 orang
8.2 Jurulatih 4 orang
8.3 Pembantu jurulatih 6 orang
8.4 GO dan NGO – Pertahanan Awam dan PBSMM

9. PERALATAN DAN BAHAN


9.1 Senarai Peralatan Kumpulan
9.1.1 Kompas Orienteering 8 unit
9.1.2 Borang berkaitan 8 set
9.1.3 Penanda kawalan 7 (bergantung kepada jumlah stesen)
9.1.4 Puncher 7 unit
9.1.5 Alat tulis dan buku catatan Secukupnya
9.1.6 Walkie Talkie 6 unit
9.1.7 Protektor 8 unit
9.1.8 Jam digital/jam 2 unit
9.1.9 Peta topo kawasan 10 unit

9.2 Senarai Peralatan individu (mengikut keperluan)


9.2.1 Pakaian yang sesuai
9.2.2 Kasut sukan
9.2.3 Topi
9.2.4 Bekalan air 1 liter
9.2.5 Makanan ringan
9.2.6 Ubatan peribadi
9.2.7 Alat tulis/ buku catatan
9.2.7 Baju hujan

10. PANDUAN DAN KETERANGAN AKTIVITI


10.1 Teori
10.1.1 Pengenalan kompas
10.1.2 Setting kompas
10.1.3 Mencari arah (Penggunaan bearing)
10.1.4 Cara-cara melaksanakan aktiviti
10.2 Amali
10.2.1 Menganggarkan kedudukan pada peta
10.2.2 Membaca dan mencatatkan kedudukan bearing
10.2.3 Melaras kompas mengikut petunjuk bearing yang diberi.

11. PENGURUSAN AKTIVITI


11.1 Teori
11.1.1 Membaca/menggunakan kompas, protector dan bearing.
a. Peta Topo – Kegunaan, penjagaan, simbol pada peta, rujukan peta,
mengukur jarak atas peta dan tanah.
b. Proktektor-Kegunaannya sebagai alat bantu mencari rujukan peta,
koordinat dan bearing.
c. Kompas – Mengenali anatomi kompas, cara mencari bearing
menggunakan kompas, kompas untuk menuju ke suatu arah yang
telah dikenalpasti.
d. Panduan – Mengorientasikan peta dalam pandu arah dengan muka
bumi, menghitung langkah dan arah mengelak halangan.
11.2 Amali mengguna kompas
a. Pelajaran ini disampaikan secara amali di tempat lapangan untuk
memahirkan peserta-peserta dalam pelarasan kompas.
b.Peserta juga didedahkan cara mengira anggaran jarak
menggunakan skala (pada kompas) dan langkah.
c. Mencatat dan menentukan kedudukan mengikut bearing yang di
beri pada peta topo.
11.3 Latihan pandu arah waktu siang, malam dan pelbagai lokasi (hutan/pekan)

12. LANGKAH-LANGKAH
12.1 Memulakan langkah dengan doa.
12.2 Berbekalkan alatan yang cukup, peserta berjalan /mengembara dalam
kumpulan ke beberapa stesen yang ditetapkan dengan bantuan kompas.
12.3 Kecepatan pergerakan secara kumpulan diambil kira sebagai pemenang.
12.4 Peserta mesti menghabiskan kesemua stesen sebelum menuju ke penamat

13. RUMUSAN
13.1 Bekerjasama antara individu dalam kumpulan.
13.2 Patuh kepada arahan.
13.3 Penyesuaian diri mengikut situasi yang pelbagai.
MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKTIVITI
PUSAT KOKURIKULUM NEGERI, JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

ORIENTEERING BEBASIKAL

1. Latar Belakang Aktiviti

1.1 Peserta : 40 orang

1.2 Lokasi : PKK Kem Tekali – Kg Sg Tekali – Pekan Bt 14 –


PKK Kem Tekali

1.3 Masa : 4 jam

1.4 Personel : Ketua Jurulatih - 1 orang


Jurulatih - 8 orang (ikut kumpulan)
- 5 orang (rondaan)
Paramedik - Jurulatih yang bertauliah

1.5 Peralatan : Pakaian sukan yang sesuai (peserta)

Kompas - satu kumpulan satu kompas.


Bekalan minuman – satu botol setiap seorang
Walkie Talkie – 4 unit
Peti Pertolongan cemas – satu peti satu kumpulan
Peta / draf peta
Penanda kawalan dan Puncher
Kad Kawalan
Stop Watch – 5 unit
Pembaris Panjang
Marker pen
Kertas Penanda
Basikal bukit (MTB) dan kelengkapan berbasikal spt helmet, glove, reflector.

2. Objektif

2.1 Menanam semangat yakin diri untuk mendapatkan semua titik kawalan yang
ditetapkan.

2.2 Melahirkan individu yang peka dengan peraturan dan disiplin.

2.3 Melahirkan pelajar yang dapat memberi / menerima arahan dengan tepat.

2.4 Meningkatkan kemahiran menunggang basikal.

3. Langkah-langkah

3.1 Peta / draf aktiviti Orienteering sebaik mungkin dan lakukan penilaian.
3.2 Isi borang pengeluaran peralatan.
3.3 Pemeriksaan peralatan
3.4 Semak modul dan lakukan pindaaan jika perlu mengikut keadaan.
3.5 Membuat laluan berdasarkan jarak dan menetapkan jumlah titik kawalan.
3.6 Periksa laluan orienteeing agar ia sentiasa selamat
3.7 Sediakan plan kontigensi sekiranya berlaku kemalangan kecederaan / sesat.
3.8 Sediakan plan lokasi kedudukan jurulatih dengan tujuan pemantauan dari jarak jauh
3.9 Adakan kelas teori orienteering dan lakukan simulasi orienteering.
3.10 Beri taklimat kepada semua jurulatih mengenai tugas mereka.

Semasa Aktiviti

3.11 Pelepasan peserta secara berkumpulan


3.12 Pemantauan oleh semua jurulatih yang terlibat semasa proses
orienteering.
3.13 Walkie talkie sesama jurulatih sentiasa berfungsi.
3.14 Pastikan jurulatih berada di lokasi yang ditetapkan untuk keselamatan.

Selepas Aktiviti

3.15 Kumpul, periksa peralatan,basikal dan serahkan kepada pihak yang


bertanggungjawab.
3.16 Kumpul borang penyertaan dan periksa butiran tugasan.
3.17 Periksa tahap kesihatan para peserta.
3.18 Rahsiakan keputusan orienteering (sekiranya ia adalah satu
pertandingan)
3.19 Kumpul para peserta di tempat yang kondusif dan beri pengisian.
3.20 Beri minuman dan makanan
3.21 Beri penghargaan dan pujian.
3.22 Buat laporan sekiranya ada kehilangan / kerosakan peralatan.
3.23 Rekodkan aktiviti tersebut ke dalam borang khas ‘Prosedur
Orienteering’.

4. Kemahiran dan Pengetahuan yang Diperolehi

4.1 Kemahiran menggunakan peta dan kompas.

4.2 Kemahiran berkomunikasi sesama jiran.

4.3 Aplikasi penggunaan kompas dan peta dalam mata pelajaran Geografi dan PJK.

4.4 Dapat mempelajari kedudukan sebenar berkenaan dengan arah mata angin dan
arah kiblat.

4.5 Berkemahiran menunggang basikal yang bergear.

5. Rumusan

5.1 Bekerjasama dalam kumpulan.

5.2 Bertanggungjawab dengan tugasan

5.3 Jujur

5.4 Berani membuat keputusan dengan cepat dan betul.

5.5 Menghormati keputusan dalam kumpulan.

5.6 Berkeyakinan.

5.7 Kepimpinan.

Posted by carolus gumbili basaie at 06:43

You might also like