Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN KELAB GURU DAN KAKITANGAN

SMK SIJANGKANG JAYA

PERKARA 1: NAMA DAN ALAMAT PERSATUAN


1.1 Persatuan ini adalah dikenali dengan nama Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan
Sijangkang Jaya (kemudian daripada ini disebut “Kelab”)
1.2 Alamat surat menyurat Kelab ini ialah:
Kelab Guru dan Kakitangan SMK Sijangkang Jaya
Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan
42500 TELOK PANGLIMA GARANG

PERKARA 2: TUJUAN-TUJUAN PERSATUAN


2.1 Menjalinkan silaturrahim antara semua kakitangan SMK Sijangkang Jaya.
2.2 Mewujudkan perasaan kekitaan tanpa membezakan ras, kaum, dan agama
2.3 Menghargai sumbangan rakan seinstitusi tanpa mengira saiz dan bentuknya.
2.4 Menyumbangkan penghargaan, kebajikan dan rasa simpati terhadap sahabat.
2.5 Memupuk dan menjana idea berorganisasi dan bertoleransi antara satu sama lain

PERKARA 3: TEMPAT MESYUARAT


3.1 Tempat diadakan mesyuarat ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya atau tempat yang
diputuskan oleh ahli mesyuarat.

PERKARA 4: KEANGGOTAAN DAN JAWATANKUASA


4.1 KEANGGOTAAN
4.1.1 Tiap-tiap Guru, Staf Sokongan, Guru Ganti, Guru Praktikum, Guru GSTT dan Guru In-train di Sekolah
Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya adalah disifatkan sebagai anggota Kelab.
4.1.2 Pengetua sekolah sebagai anggota ex-officio dan Penasihat Kelab

4.2 JAWATANKUASA
4.2.1 Suatu Jawatankuasa mengandungi pegawai-pegawai berikut hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung
Tahunan:
a) Pengerusi
b) Naib Pengerusi
c) Setiausaha
d) Naib Setiausaha
e) Bendahari
f) Naib Bendahari
g) 7 orang anggota Jawatankuasa (6 orang guru dan seorang staf sokongan)
h) 2 orang pemeriksa Kira-kira
4.2.2 Nama-nama untuk Jawatankuasa di atas hendaklah dicadangkan dan disokong dan pemilihan dijalankan
dengan cara mengundi oleh anggota di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua Jawatankuasa yang telah
dilantik boleh meletakkan jawatan selepas tempoh setahun dan dilantik semula selepas tiga tahun.
4.2.3 Mana-mana kekosongan yang berlaku dalam Jawatankuasa hendaklah dipenuhi oleh Pengerusi dan melantik
anggota biasa yang memegang jawatan sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan atau
4.2.4 Mana-mana ahli yang dilantik oleh Pengetua menjadi anggota Jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan
SMK Sijangkang Jaya.

1
4.2.5 Pentadbir (Pengetua, Penolong Kanan, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Ko-kurikulum, Penolong
Kanan Petang dan Guru Kanan Matapelajaran) tidak boleh dilantik memegang mana-mana jawatan dalam
Kelab.

4.3 TUGAS JAWATANKUASA


4.3.1 Tugas Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kegiatan-kegiatan Kelab dan membuat keputusan atas
perkara-perkara yang menyentuh perjalanan Kelab dengan tidak terkeluar daripada dasar umum yang
ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Tahunan.
4.3.2 Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga bulan dan tujuh hari
notis/ pengumuman hendaklah diberikan kepada anggota Jawatankuasa.
4.3.3 Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada tiga orang anggota Jawatankuasa boleh memanggil
supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.

4.4 BIDANG TUGAS PEMEGANG-PEMEGANG JAWATAN


4.4.1 Pengerusi hendaklah menjadi semua pengerusi Mesyuarat Agung dan semua Mesyuarat Jawatankuasa dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Beliau mempunyai undi pemutus dan
hendaklah menandatangani minit-minit mesyuarat apabila telah diluluskan. Dalam masa ketiadaannya, Naib
Pengerusi hendaklah memangku jawatannya.
4.4.2 Setiausaha hendaklah menjalankan urusan Kelab menurut Perlembagaannya dan melaksanakan arahan-arahan
Mesyuarat Agung Tahunan dan Jawatankuasa. Beliau hendaklah menyimpan semua minit mesyuarat dan
menyimpan semua buku, surat-surat dan rekod lain. Beliau hendaklah menyediakan laporan untuk
dibentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan dan minit yang berkenaan dengannya.
4.4.3 Bendahari bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab. Beliau hendaklah membuat dan
menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. Beliau
hendaklah menyediakan penyata kira-kira bagi tiap-tiap tahun kewangan sebelum 1 Januari dan diserahkan
untuk diaudit.

PERKARA 5: KUMPULAN WANG KELAB


5.1 Kelab hendaklah menubuhkan suatu kumpulan wang.
5.2 Semua derma dan sumbangan terhadap tujuan-tujuan Kelab hendaklah dimasukkan ke dalam kumpulan itu.
Kumpulan wang itu hendaklah diuruskan oleh Kelab.

PERKARA 6: KUASA MEMBELANJAKAN WANG KELAB


6.1 Jawatankuasa Kelab dibenarkan membelanjakan wang Kelab untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Kelab.
6.2 Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada Ringgit Malaysia dua ratus sahaja (RM 200)
pada sesuatu masa dan memasukkan semua wang yang lain ke dalam sebuah bank yang diluluskan oleh
Jawatankuasa. Akaun bank ini hendaklah atas nama Kelab.
6.3 Segala dokumen yang berkaitan pengeluaran daripada akaun Kelab hendaklah ditandatangani oleh dua daripada
tiga orang yang berikut:
6.3.1 Pengerusi
6.3.2 Setiausaha
6.3.3 Bendahari
6.4 Tahun Kewangan Kelab ialah 1 Januari hingga 31 Disember.
6.5 Semua perbelanjaan kelab hendaklah diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa atau persetujuan Pengerusi,
Setiausaha dan Bendahari.

PERKARA 7: PENGAUDITAN
7.1 Akaun Kelab hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh dua orang yang bukan anggota Jawatankuasa dan mereka
hendaklah dicalonkan dan dipilih oleh anggota-anggota Kelab dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
7.2 Penyata kira-kira yang telah diaudit hendaklah dikemukan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan yang
berikutnya.
7.3 Satu salinan penyata kira-kira yang telah diaudit dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah
difailkan dalam fail di pejabat sekolah untuk rujukan.

2
PERKARA 8: KUORUM
8.1 Kuorum bagi Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah tidak kurang daripada 2/3 anggota ahli (tiga kali jumlah
bilangan Jawatankuasa)
8.2 Kuorum bagi mesyuarat Jawatankuasa hendaklah sebanyak 2/3 bilangan anggota Jawatankuasa.

PERKARA 9: MESYUARAT AGUNG


9.1 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
9.1.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan pada tiap-tiap tahun sebelum atau pada 31 Januari.
9.1.2 Sekurang-kurangnya empat belas (14) hari notis hendaklah diberikan secara bertulis untuk mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan.
9.1.3 Perkara-perkara yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan adalah seperti berikut:
a) Menerima laporan Jawatankuasa
b) Menerima penyata kira-kira yang telah diaudit bagi tahun yang lalu.
c) Membubarkan ahli jawatankuasa lama
d) Memilih pemegang-pemegang Jawatankuasa, dan
e) Menimbangkan hal-hal lain yang berkaitan kemajuan dan kebajikan kelab.

9.2 MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA


9.2.1 Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah diadakan apabila difikirkan perlu oleh Jawatankuasa.
9.2.2 Mesyuarat Agung Luar Biasa hendaklah diadakan atas permintaan bertulis oleh tidak kurang daripada 20
orang anggota.
9.2.3 Tujuh hari notis hendaklah diberikan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa
9.2.4 Satu agenda sahaja akan dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat tersebut

PERKARA 10: PINDAAN PERLEMBAGAAN KELAB


10.1 Perlembagaan Kelab ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Tahunan.
Perubahan-perubahan atau pindaan-pindaan kepada Perlembagaan hanya berkuatkuasa mulai daripada tarikh
perubahan dibenarkan.

PERKARA 11: HARTA DAN PEMEGANG AMANAH


11.1Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari ialah pemegang amanah.
11.2Kelab mempunyai kuasa untuk memiliki, mengguna dan melupuskan apa-apa harta alih dan tidak alih yang Kelab
berpendapat akan memudahkan Kelab menjalankan kuasa dan kewajipan di bawah persetujuan Penasihat.
11.3Pemegang amanah hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan mereka akan berkhidmat selama harta
dikehendaki oleh Kelab. Mereka akan diamanahkan semua harta tak alih, semua kepunyaan Kelab dan mereka
hendaklah menguruskan harta-harta itu mengikut cara yang diperintahkan oleh Jawatankuasa.
11.4Pemegang amanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menukarkan harta kepunyaan Kelab dengan tidak ada
persetujuan Jawatankuasa.
11.5Seseorang pemegang amanah boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh Jawatankuasa oleh sebab uzur kerana
penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain-lain sebab yang menyebabkan beliau tidak
boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya tidak memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakan jawatan atau
pembuangan bagi seorang pemegang amanah sebelum Mesyuarat Agung Tahunan, maka kekosongan itu tidak
boleh diisi sehingga pemegang amanah yang baru dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
11.6Pemegang amanah yang dilucutkan daripada jawatannya mengikut Perlembagaan ini berhak merayu kepada
Mesyuarat Agung Tahunan yang berkuasa memberi keputusan yang muktamad.
11.7Segala harta alih dan tidak alih tidak boleh dilupuskan walaupun persatuan dibubarkan melainkan dengan
keputusan Penasihat.

PERKARA 12: LARANGAN


12.1Kelab tidak boleh memperluaskan bidang kuasanya kepada perkara- perkara yang berkaitan dengan pekerjaan dan
syarat-syarat perkhidmatan guru-guru dan kakitangan-kakitangan lain di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sijangkang Jaya.
PERKARA 13: TAFSIRAN

3
13.1Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara ini hendaklah dirujuk
kepada mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara tersebut adalah muktamad.

PERKARA 14: PEMBUBARAN


14.1Persatuan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan kelulusan bertulis daripada pihak Pentadbir.

PERKARA 15: YURAN AHLI


15.1Berikut adalah yuran keahlian
15.1.1 Guru RM 100 / setahun
15.1.2 Bukan guru RM 75 / setahun
15.1.3 Guru Ganti /Praktikum/GSTT/In-train RM 100 / setahun (jika berkhidmat untuk setahun)
RM 5 / sebulan (jika berkhidmat untuk kurang setahun)
15.2Yuran keahlian dipecahkan kepada 85% untuk tabung kelab dan 15% untuk tabung kebajikan.

PERKARA 16: KEBAJIKAN DAN SAGUHATI


16.1Berkahwin/ Mendirikan Rumahtangga RM50.00
16.2Bersara
16.2.1 Berkhidmat kurang setahun RM 50.00
16.2.2 Berkhidmat 1 hingga 5 tahun RM 100.00
16.2.3 Berkhidmat lebih 5 tahun RM 150.00
16.3Berpindah
16.3.1 Berkhidmat lebih daripada 6 bulan dan kurang daripada
1 tahun RM 30.00
16.3.2 Berkhidmat lebih daripada 1 tahun dan kurang daripada
5 tahun RM 50.00
16.3.3 Berkhidmat lebih daripada 5 tahun RM 70.00
16.4Mendapat Cahaya Mata
16.4.1 Pertama di SMKSJ RM 30.00
16.4.2 Suami isteri ahli, mendapat sekali ganda seperti 16.4.1
16.5Kematian
16.5.1 Ahli RM 100.00
16.5.2 Suami/Isteri RM 75.00
16.5.3 Anak ahli RM 75.00
16.5.4 Ibu Bapa ahli RM 75.00
16.5.5 Mertua/ Datuk/ Nenek RM 50.00

16.6Kemalangan, musibah atau masuk hospital untuk ahli KGKT SAHAJA.


(sekali setahun sahaja) RM 50.00
16.7Lain-lain Tujuan
Lain-lain tujuan untuk masyarakat atau ahli yang tidak termasuk seperti seksyen tersebut di atas, tetapi difikirkan
perlu mendapat perhatian akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa.

You might also like