Asgmnt Maqasid

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN

Maqasid al- syariah merupakan merupakan salah satu cabang ilmu yang penting dalam Islam.
Dalam tugasan ini penulis menjelaskan konsep masalahah dalam maqasid syariah dengan
membawa beberapa contoh maqasid beserta dengan dalil al-Quran. Selain itu terdapat beberapa
syarat penggunaan masalahah dalam syariat dan penulis akan mengupas dengan lebih lanjut
berkaitan dengan maslahah. Terdapat pendekatan maqasid syariah dalam menguruskan
pertindihan antara maslahah dan mafsadah. Maka perkara ini turut dibincangan dalam tugasan
ini.

2.0 KONSEP MASLAHAH DALAM MAQASID SYARIAH

َُ ُ‫صل‬
Maslahah berasal dari kata kerja bahasa Arab (‫ح‬ َ ) menjadi (‫ص ْل ًحا‬
ََ َ‫صل‬
ْ َ‫ َي‬-‫ح‬ ُ ) atau (ًَ‫صلَ َحة‬
ْ ‫ ) َم‬yang
berarti sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Kata maslahah kadang-kadang disebut juga dengan
(َْ‫صالَح‬ ْ ‫طلَبُ َا ِال‬
ْ ‫ )اَ ِال ْس ِت‬yang artinya mencari yang baik ‫صالَح‬ َ . Ahli bahasa bersepakat bahawa lawan
perkataan maslahah ialah mafsadahyang bermaksud sesuatu yang banyak keburukannya.

Menurut Dalina (2012)( 3org ) dalam kajian beliau di dalam kamus al Munjid, maslahah
sebagai sesuatu yang menghasilkan kebaikan iaitu perbuatan yang diperjuangkan manusia bagi
menghasilkan kebaikan bagi dirinya dan masyarakat. Oleh itu maslahah menyentuh secara
langsung kebaikan dan kepentingan sesuatu perkara. Muhammadun Aslam dalam penulisannya
menyatakan bahawa maslahah menurut pandangan ulama bermaksud manfaat yang ditujukan
kepada manusia oleh syarak untuk menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta benda.
Berbeza dengan al-Razi pula, maslahah adalah manfaat yang menghasilkan kenikmatan atau
untuk menolak bahaya.

Menurut Imam as-Syatibi istilah maslahah ialah mengambil manfaat dan menolak
kerosakan yang tidak hanya kepada akal waras semata-mata tetapi dalam kerangka memelihara
hak hamba dan tidak melawan dengan nas syarak. Pandangan yang lebih kurang saman dengan
Imam al-Ghazali iaitu mengambil manfaat dan menghindarkan kemungkaran. Menurutnya lagi
maslahah memelihra tujuan syarak. Ia terbahagi kepada dua bentuk iaitu pertama, maslahah
menurut manusia iaitu ukurannya adalah akal dan perasaan manakala kedua maslahah menurut
syarak iaitu ukurannya adalah wahyu.
2.1 DEFINISI MAQASID

Maqasid berasal dari kalimah maqsud dan maqsad yang bererti kehendak, matlamat ataupun
tujuan. Maqasid al-Syariah bererti tujua, natijah atau maksud yang dikehendaki oleh syarak di
sebalik pensyariatan hukumnya (Mohd Ismail, 2016).

Maqasid adalah kata jamak daripada maqsad dan maqsid dari perkataan qasada dalam
bahasa Arab bermaksud menuju ke suatu arah. Maqsad adalah ism mufrad masdar mimi
bermaksud kehendak dan maksud manakala maqsid adalah ism makan bermaksud tempat qasad
atau niat. Perkataan maqasid dalam bahasa Melayu bermaksud niat, maksud dan kehendak
sebagaimana terjemahan dalam kamus bahasa Arab ke bahasa Melayu seperti Kamus Marbawi
(Nora’inan, 2016). Kamus Miftah dan Kamus Oxford Fajar juga menterjemahkannya sebagai
niat, maksud dan tujuan. Kamus Dewan pula menterjemahkan tujuan sebagai objektif khusus dan
matlamat. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).

Dalam membicarakan maslahah dan maqasid, ia mempunyai hubungan antara satu sama
lain. Justeru, boleh dirumuskan dari analisis dari sudut bahasa dan istilah bahawa maqasid dan
maslahah bukanlah perkataan yang seerti, tetapi mempunyai perkaitan yang sangat rapat. Jika
diandaikan maqasid adalah bumbung sebuah rumah maka maslahah adalah apa sahaja yang
menjadikan ia adalah sebuah rumah. Maka segala asas, tiang, dinding dan segala yang
menjadikan sesebuah rumah itu adalah maslahah. Jika tiada maslahah maka tiadalah Maqasid
(Nora’inan, 2016)

2.2 Jenis-jenis maslahah:

Kedatangan Syariah Islam adalah untuk memberikan maslahah dan menolak mafsadah. Terdapat
pelbagai jenis maslahah, jika dilihat daripada sudut yang berbeza-beza. Jenis-jenis maslahah itu
adalah seperti beikut:-
Pertama: Jika dilihat dari sudut adakah Syarak mengambil kira (mengiktibarkannya) sebagai
maslahah atau tidak? Dilihat dari sudut ini, maslahah terbahagi kepada tiga bahagian:-
i-Maslahah Mu’tabarah (maslahah yang diterima): maslahah mu’tabarah ialah maslahah
yang diiktibar pada Syarak, dan Syarak pula telah menetapkan hukum-hakam untuk
mencapainya. Sebagai contoh, Syarak menganggap menjaga nyawa sebagai maslahah, dan
Syarak telah menetapkan hukum haramnya pembunuhan tanpa sebab dan mengenakan qisas
kepada si pembunuh. Firman Allah dalam surah al- Maidah 5:38:
ََ
َََ
َََََََ
َ ََ
Maksudnya: Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
(hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah
usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa,
lagi Maha Bijaksana.

ii-Maslahah Mulghah (maslahah yang dibatalkan)- maslahah mulghah ialah maslahah yang
tidak diiktibar oleh syarak atau bertentang dengan syarak dan ia juga tidak menganggapnya
sebagai maslahah, kerana ia boleh meluputkan maslahah lain yang lebih besar daripadanya.
Contoh bagi maslahah ialah perdagangan arak dan pelacuran, walaupun ia membantu seseorang
itu mendapatkan pendapatan dan kerajaan mengutip hasil cukai namun iai bertentangan dengan
syarak. Selain itu menyamakan pembahagian harta pusaka sama ada lelaki ataupun perempuan
kerana memenuhi deklerasi persamaan jantina dalam hak asasi manusia. Pada pandangan
manusia ia adalah baik namun ia bertentangan dengan syarak.

Firman Allah di dalam surah an- Nisa’ ayat 11:


ََ َ َ َ 
ََ َ َ َ َ 
ََ َ َ َ 
ََ َ َ َ َ َ 
ََ َ َ َ 
ََ َ َ َ 
ََ َ َ َ َ َ َ َ 
ََ َ َ 
ََ َ َ َ َ 
ََ َ َ َ َ 
ََ َ َ َ َ 
ََ َ َ 
ََ َ َ َ َ َ َ 
َ ََََََََ
Maksudnya: Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak
kamu, Iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. tetapi
jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta
Yang ditinggalkan oleh si mati. dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya
ialah satu perdua (separuh) harta itu. dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya:
satu perenam dari harta Yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. tetapi
jika si mati tidak mempunyai anak, sedang Yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya,
maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang
saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (pembahagian itu) ialah
sesudah diselesaikan wasiat Yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan
hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya Yang
lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (pembahagian harta pusaka dan penentuan
bahagian masing-masing seperti Yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; Sesungguhnya
Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

iii-Maslahah Mursalah(yang dilepaskan) maslahah ini tidak ada dalil daripada Syarak dan
kebaikan itu tidak pulak ditolak. Ia juga dikenali sebagai al maskut ‘anha yang bermaksud
ketiadaan dalil dan nas yang menyuruh atau melarang perkara kebaikan yang dilakukan. Ia
dikatakan maslahah kerana mendatangkan kebaikan dan menolak keburukan, dan dikatakan
mursalah, kerana tiada dalil khas daripada Syarak. Contohnya pengumpulan al-Quran dan hadis,
mengadakan undang-undang lalu lintas, mewajibkan kad pengenalan dan sijil nikah (Mohd
Ismail,2016).
Ketiga- tiga jenis maslahah ini juga telah diketegorikan oleh Imam asy-Syatibi.

Menurut pandangan Mohd Safuan dalam kajian beliau, kepada siapakah maslahah itu
kembali? Ia terbahagi dua bahagian:-
1-Maslahah Kulliyyah- iaitu maslahah yang mana keuntungannya itu kembali kepada
keseluruhan ummah atau pun kepada sebahagian besar ummah dan masyarakat. Contohnya
menjaga negara daripada pencerobohan musuh, menjaga perpaduan ummah, menjaga Hadis-
hadis Nabawi daripada pemalsuan dan sebagainya.
2-Maslahah Juz’iyyah- maslahah yang mana keuntungannya hanyalah kembali kepada orang
perseorangan atau pun sebahagian kecil masyarakat. Contohnya pensyariatan syuf’ah, gadaian,
keharusan menjadi doktor, bersukan dan sebagainya.

Ketiga: Maslahah jika dilihat kepada sudut keperluan kepadanya, terbahagi kepada tiga
bahagian, iaitu:-

1. Maslahah Qat’iyyah- maslahah yang diyakini sepenuhnya bahawa diiktibar oleh Syarak.
Contohnya maslahah menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan juga harta.
2-Maslahah Zonniyyah- maslahah yang mana datang pensyariatannya dengan dalil zonniyy
atau yang difikirkan akal bahawa ia diiktibar oleh Syarak. Contohnya maslahah kenapa hakim
tidak boleh menjatuhkan hukuman ketika marah.
3Maslahah Wahmiyyah- maslahah yang pada permulaannya nampak mendatangkan kebaikan,
tetapi setelah diteliti, ia sebenarnya mendatang keburukan yang lebih besar atau menghilangkan
maslahah lain yang lebih besar daripadanya. Contohnya ialah seperti tidak mengenakan qisas
kepada pembunuh, melakukan maksiat, mengambil dadah untuk menghilangkan masalah-
masalah dan sebagainya.
Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail, Sarjana Muda Shariah & Pengajian Islam, Univ. Mu’tah, Jordan
(http://tasekpauh.blogspot.my/2006/11/15-jenis-jenis-maslahah.html)

2.3 PERANAN MASLAHAH

Dalam maslahah ini, ulama telah membahagikan kemaslahatan ini berdasarkan kepada tiga
bahagian, iaitu:

1. Daruriyyah (perkara asas/utama) bermaksud:


Sesuatu yang dikira wajib, utama dan asas dalam kehidupan manusia. Tanpanya akan
berlakulah kucar kacir, huru hara dan keroskan. Menurut pandangan Imam asy- Syatibi :
ia adalah perkara yang sangat perlu dalam menjaga kemaslahatan agama dan dunia.
Ketiadaanya akan menyebabkan hidup di dunia ini tidak berjalan dengan sempurna.
Bahkan akan berlaku kerosakkan. Ia juga akan menyebabkan hilangnya nikmat dan
kejayaan di akhirat serta akan membawa kerugian yang nyata.
Contohnya: Dalam perkara dharuriyyat ini menjaga agama. Agama disini termasuk
mengucap dua kalimah syahadah, solat, zakat, puasa dan mengerjakan haji. Menjaga jiwa
dan akal bermaksud memberi nafkah, makan minum, pkaian, tempat tinggal dan
pendidikan kepada anak dan isteri. Seterusnya menjaga keturunan dan harta. Perkara ini
hendaklah memenuhi syarat asas dalam munakahat dan muamalat merangkumi
pernikahan dan perniagaan (Mohd Ismail, 2016) ms 57

2. Hajiyyyat (keperluan biasa)


Maslahah al- Hajiyyah adalah sesuatu yang menjadi keperluan manusia bagi
menyelesaikan masalah hidup seharian. Tanpanya akan menyukarkan dan menyempitkan
kehidupan tetapi tidaklah sampai memusnahkan kehidupan. Al-Imam asy- Syatibi
menyatakan hajiyyat ialah perkara-perkara yang diperlukan secara umum untuk
menyenangkan dan mengelakkan tekanan yang selalunya akan membawa kepada
kesusahan dan kekecewaan kerana tidak berjaya mencapai sesuatu yang dihajati. Jika
tidak diberi perhatian yang sewajarnya akan menyebabkan orang Islam yang mukalaf
secara umumnya akan mengalami kesukaran dan kesempatan.

3. Tahsiniyyat (keperluan tambahan)


Maslahah tahsiniyyah ialah sesuatu yang menjadikan taraf kehidupan mempunyai nilia
akhlak yang berpekerti mulia. Jika tiada perkara tahsiniyyah kehidupan boleh diteruskan
namun nilai kehidupan berada ditahap yang rendah. Contoh maslahah tahsiniyyah untuk
memperelokkan seperti menghilangkan najis, mengamalkan kebersihan dalam semua
perkara, menutup aurat, memakai perhiasan, mendekatkan diri kepada Allah dengan
melakukan amalan sunat, membuat kebajikan, bersedekah dan sebagainya. Dari segi adat
dan tabiat seperti adab makana dan minum, menjauhkan diri dari makanan yang kotor,
mengelakkan pembaziran dan kebakhilan. Melalui urusan dan pergaulan, Islam menegah
jual beli benda kotor dan menjual air yang lebih kerana iai suatu keperluan. Dari segi
jenayah, Islam tidak mengenakan balas bunuh terhadap orang merdeka yang telah
membunuh hamba dan larangan membunuh wanita, kanak-kanak dan paderi dalam
peperangan.

Secara kesimpulan, Berdasarkan perbincangan di atas, penggunaan maqasid shari`ah dan


maslahah dalam fatwa adalah sangat signifikan. Kedua-duanya saling melengkapi bagi
menjadikan fatwa itu sesuatu yang menepati hukum dan tujuan Syarak. Justeru pencapaian
tujuan Syarak hanya boleh direalisasikan apabila terdapat maslahah bukan sahaja dalam fatwa
yang dikeluarkan tetapi juga melibatkan proses dan kesan terhadap fatwa yang dikeluarkan.
Bahkan penghapusan mafsadah itu juga menjadi satu maslahah yang diiktiraf bagi mencapai
tujuan Syarak. Bagaimanapun pemakaian maqasid shari`ah dan maslahah dalam fatwa perlu
dibatasi dan dikawal agar tujuan Syarak itu tercapai (Nora’inan, 2016)

3.0 SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN MASALAHAH DALAM SYARIAT

Menurut pandangan Mohd Ismail (2016), terdapat lima syarat jika ingin menggunakan maslahat
al mursalah iaitu :

a) masalahat yang harus berlaku atau berdasarkan ramalan yang kuat dan bukannya
khayalan. Contohnya :

b) Masalahat yang ingin diwujudkan harus benar-benar dapat diterima akal. Oleh itu
maslahat al mursalah tidak boleh digunkan dalam ibadah khassas.

c) Harus bersesuai dengan tujuan syariat secara umum dan tidak bertentangan dengan
prinsip umum syariat dan dalil qath’i
d) Mendukung reaslisasi maslahat dharuriyyat (memelihara agama, jiwa, akal, keturunan
dan harta) atau menghilangkan kesulitan yang berat dalam beragama.

4.0 PERBINCANGAN PENDEKATAN MAQASID AL- SYARIAH DALAM


MENGURUSKAN PERTINDIHAN ANTARA MASLAHAH DAN MAFSADAH

4.1 MAQASID SYARIAH

4.2 MAFSADAH
5.0 KESIMPULAN

You might also like