Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pengalaman Muzikal melalui Pendekatan Orff

 Proses Orff (Imitasi, Eksplorasi, Improvisasi dan Literasi)


 Peralatan Muzik Orff (suara, badan dan peralatan muzik
 Bahan muzikal yang diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan
 Pembelajaran konsep muzik melalui Pendekatan Orff

Aplikasi Pendekatan Orff

 Rancangan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah


 Pelaksanaan aktiviti muzikal yang sesuai untuk pelajar sekolah rendah

Sintesis Kodaly, Orff dan Dalcroze

 Perbezaan pendekatan Kodaly, Orff dan Dalcroze


 Gabungan unsur Kodaly, Orff dan Dalcroze

CARL ORFF

¹Menyanyi, menyebut,menari dan bermain merupakan aktiviti di dalam elemen

pendidikan muzik. Improvisasi dan mencipta sesuatu bentuk yang baru dalam setiap

apa yang disebut di awl tadi merupakan pembelajaran yang menggunakan

pendekatan yang aktif di dalam pendidikan muzik seperti mana yang telah diutarakan

oleh Orff Schulwerk. Dalam ertikata lain, ia adalah sebahagian daripada tingkah laku

semulajadi kanak-kanak iaitu µbermain¶.

Carl Orff dialhirkan pada tahun 1895 di Munich, Jerman. Beliau memulakan

pembelajaran muzik dengan piano dan ketika berumur lima tahun di bawah

pengawasan ibunya. Beliau sangat berminat dengan kemahiran berbahasa dan

sastera. Beliau menerima latihan pendidikan muzik secara f ormal di Akademie der

Tonkust bertempat di Munich. Dari tahun 1915 hingga 1917, Orff menjadi Pengarah

Muzik di Munich Kammerspiele dan orang yang banyak mempengaruhi kerjaya

beliau ialah mentor dan rakannya iaitu Curt Sachs. Beliau banyak belajar dan

mengkaji muzik zaman Renaissance dan awal Barroqu e khususnya komposer


Claudio Monteverdi.

Selepas tamatnya perang, beliau memegang beberapa jawatan dalam opera

mannheim dan Darmstdt sebelum kembali ke Munich untuk melanjutkan

pengajiannya dalam pendidikan Muzik. Mulai tahun 1925 hingga akhir hayatnya,

beliau menjadi pengasas dan Ketua Jabatan Gunther School untuk gimnastik, tarian
dan muzik di Munich. Di sisnilah beliau membina teori -teori Pendidikan Muziknya.

Dalam sekitar tahun 1937, karya beliau yang bertajuk µCarmina Burana¶

diopersembahkan di Frankf urt. Dengan kejayaan Carmina Burana, Orff

memansuhkan karya-karya beliau yang kecuali Catulli carmina dan entrata yang

digubah semula.

FALSAFAH

CARL Orff sebenarnya sangat menyanjungi komposer Moteverdi. Kebanyakan

karya Orff adalah berdasarkan sumber-sumber lama seperti cerita-cerita dongeng

dan lagenda. Beliau tidak memangdang sumber -sumber tersebut sebagai suatu yang

lama kerana ia boleh digunakan semula. Sumber -sumber yang telah kehilangan

elemen masa masih mempunyaispiritual power. Minat utama Orff ialah dalam

ekspresi realiti spiritual.

Beliau percaya bahawa muzik pergerakan dan pertuturan bukanlah entiti yang

berasingan tetapi satu bentuk gabungan yang disebut muzik elemental. Muzik

elemental menurut Orff ialah muzik pergerakan dan pertuturan yang dihasilkan oleh

kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan khas tetapi berlaku secara spontan.

Hasil dalm kaedah Orff ialah kepercayaan bahawa muzik weujud dalam setiap

individu dan kanak-kanak menggunaka irama dan pergerakan yang natural untuk

menghasilkan muzik. Kaedah Orff yang unik ini telah digunakan oleh Kementerian

Kebudayaan Jerman untuk sekolah -sekolah elementari di Berlin.

Menurut beliau lagi, selepas kanak -kanak membina kemahiran dengan satu

alat muzik, konsep seperti meter, tekanan, dan ana kursis diperkenalkan dalam corak

pertuturan, diperkukuhkan dalam aktiviti laindan dipelajari serta dikaji dalm konteks

muzikal.Satu contoh spesifik ialah pengajaran bentukCanon. Pendekatan Orff

terhadap Pendidikan Muzik mencatatkan bahawa pertuturan, chant dan lagu

menjurus ke arah yang sama iaitu satu kesinambungan. Pengalaman kanak -kanak

dengan nyanyian bermula dengan pertuturan. Ini bermakna melodi adalah satu

hasilan daripada irama.

Kanak-kanak belajar melodi dalam nyanyian dan melodi diperkenalka n melalui

nyanyia µSolfa¶. Terdapat urutan yang tertentu dalam pembelajaran solfa. Seperti
dalam kebanyakan teori muzik yang melibatkan nyanyian, jeda menurun minor ke

tiga µso-mi¶ merupakan jeda yang pertama diajarkan kepada kanak -kanak. Menurut

Saliba (1991), nada yang sesuai bagi renj vokal kanak -kanak di bawah umur 7 tahun

adalah lebih sesuai menyanyi dalam nada F major. Ton µla, re dan do¶ menyusul

kemudian bagi melengkapkan skel pentatonik dan ton µfa¶ dan µti¶ sebagai ton akhir

dalam kaedah ini. Kaed ah Orff menggunakan skel pentatonik kerana beliau percaya bahawa skel ini

merupakan tonaliti semulajadi kanak -kanak dan mod pentatonik ini dapat memberikan keyakinan pada

diri kanak -kanak kerana hasil ciptaan daripada skel ini adalah lebih mudah serta sena ng dibunyikan.

Pengukuhan seumpama ini adalah penting dalam perkembangan kanak -kanak.

Bahagian terakhir dalam elemen muzik Orff ialah pergerakan elemental.

Seperti yang disebutkan terdahulu, perkataan elemental dalam konteks ini merujuk

kepada sejenis perlakuan dan di dalam kes ini pergerakan di mana kanak -kanak

mengambil bahagian tanpa latihan awal atau arahan. Mengikut Orff, aktiviti jenis ini

memberi peluang kepada kanak -kanak menjadi lebih ekspresif. Kanak -kanak lebih

mudah meluahkan pemikiran dan per asaan mereka melalui pergerakan dan lukisa

daripada perkataan. Membenarkan kanak -kanak meluahkan perasaan mereka

dengan cara ini dapat membenarkan mereka menggunakan imaginasi kerana kita

sebagai orang dewasa sering terlupa bahawa kanak -kanak mempunyai imaginasi

mengaitkan dengan muzik yang berkenaan. Aktiviti -aktiviti yang sering dilakukan

untuk meluahkan perasaan ialah berjalaan µ tip -toe¶, melompat untuk membayangkan

halangan, berpusing -pusing untuk membayangkan µpening.

Matlamat kaedah Orff in adalah u ntuk melahirkan kreativiti muzikal kanak -

kanak. Apabila pendidikan secara tradisi mengatakan kanak -kanak mesti belajar

membaca notasi untuk menjadi pemuzik yang boleh berdikari. Kaedah Orff

memfokus ke arah perkembangan kreatif dan ekspresif kanak -kanak.

Alat-alat muzik yang digunakan dengan kaedah Orff secara langsung

membezakannya dengan kaedah-kaedah lain. Orff menggunakan µXilofon¶ dan

pelbagaia metalofon yang mempunyai bar yang mudah alih. Ini membenarkan guru

menukar bar untuk mod-mod tertentu untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan


kanak-kanak. Alat-alat muzik Orff adalah hasil padanan daripada alat -alat muzik

gamelan Indonesia.

You might also like