Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017

PANITIA BAHASA MALAYSIA

1.0 SENARAI NAMA UNTUK KUMPULAN ‘LESSON STUDY’

NAMA SEKOLAH : SK LUBOK PELAIE SIBU, SARAWAK.


MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA

NAMA AHLI KUMPULAN

EN CLEMENT ANAK ENTIRI PN SABRINI BINTI ABDUL NASIR


KETUA PANITIA BAHASA MALAYSIA SETIAUSAHA PANITIA BAHASA MALAYSIA

EN MOHD YUSOF BIN IBRAHIM PN EVELIN BUJANG


AHLI PANITIA BAHASA MALAYSIA AHLI PANITIA BAHASA MALAYSIA

PN ROSENAH TAUK
AHLI PANITIA BAHASA MALAYSIA

1
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

2.0 PELAN TINDAKAN LESSON STUDY PANITIA BAHASA MALAYSIA 2017

2.1 Tarikh Pelaksanaan kitaran-kitaran PLC tahun 2017

 Kitaran 2 – Jun 2017 sehingga Oktober 2017

2.2 Sebab kitaran ini dijalankan

Kitaran ini telah dijalankan bagi mewujudkan pembelajaran abad ke 21 yang mengaplikasikan penggunaan i-Think dan KBAT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malasyia. Tajuk kata tanya dipilih sebagai tajuk pembelajaran pada kitaran kedua ini. Murid gagal untuk
berkomunikasi dan kurang keyakinan diri untuk menyampaikan pendapat mereka kepada rakan dan guru. Murid juga lemah dalam
penguasaan soalan KBAT, tiada perkongsian idea bersama rakan dan kurang sifat kepimpinan dalam proses pembelajaran. Oleh itu bagi
magatasi masalah tersebut kami Panitia Bahasa Malaysia telah bergabung tenaga berbincang dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi
masalah tersebut.

2
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PANITIA BAHASA MALAYSIA 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK PELAIE SIBU, SARAWAK


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MALAYSIA TAHUN 2

MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA TARIKH : 5 Oktober 2017


TEMA : SEMANGAT PERPADUAN MASA : 8.00 pagi – 9.00pagi
TAJUK : TAMAN MESRA BIL MURID : 6 orang

STANDARD KANDUNGAN:
5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata dengan betul mengikut konteks.

STANDARD PEMBELAJARAN:
5.1.7 Memahami dan menggunakan kata tanya dengan betul mengikut konteks.

OBJEKTIF : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat:
1. Menerangkan kepada rakan maksud dan penggunaan kata tanya dengan betul melalui permainan kerusi panas.
2. Membina peta i-Think yang sesuai untuk menerangkan kata tanya.
3. Membina soalan menggunakan kata tanya yang betul berdasarkan jawapan yang diberikan.

3
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

SISTEM BAHASA :
Kosa kata : Pertandingan, aman, damai.
Tatabahasa : Kata Tanya

PENGISIAN KURIKULUM:
Ilmu : Muzik.
Nilai Murni : berani, kerajinan, kerjasama, hormat-menghormati, teliti.

KEPELBAGAIAN KAEDAH DAN TEKNIK:


Kemahiran Berfikir : Mengenalpasti, mengumpul maklumat, menghubungkait, merumus.
Kecerdasan Pelbagai : Verbal Linguistik, verbal muzik, interpersonal, kinestetik.
Pembelajaran koperatif
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Didik Hibur : nyanyian, kuiz dan permainan.

BAHAN BANTU MENGAJAR:


Lcd, tapak pembelajaran, speaker, laptop, newsletter, kad kata tanya, puzzle gambar, video lagu “Atuk Oh Atuk”, power point kata
tanya, peta i-Think.

PENGETAHUAN SEDIA ADA:


Murid mengetahui kata tanya mudah seperti siapa, apa.

4
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

LANGKAH & ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN


MASA

Set Induksi Tayangan Video:


1. Guru menayangkan video lagu pencemaran BBM :
Pencemaran Alam
Video lagu,
Sekitar alam sekitar “Atuk Oh Atuk”.
8.00 pagi Atuk Oh Atuk
-
8.05 pagi
Kemahiran Berfikir :
(5 minit) Soal Jawab :
2. Murid menyanyikan lagu berdasarkan lirik Menjana idea,
Apakah soalan yang
menganalisis
ditanya dalam video yang ditonton di dalam video.
maklumat,
sebentar tadi?

Mengapa bumi menjadi


semakin panas?
3. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan Kecerdasan
Pelbagai:
Bagaimana cara video yang ditonton sebentar tadi.
Interpersonal,
mengatasi pencemaran
verbal linguistik,
alam?
kinestetik, verbal
muzik.
4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk
TAJUK
PEMBELAJARAN : pada hari ini.
KATA TANYA

5
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

Langkah 1 Newsletter: BBM:


Kata Tanya 1. Guru mengedarkan “newsletter kata tanya” Tapak pembelajaran,
kepada setiap murid. slaid powerpoint,
8.05 pagi newsletter.
-
8.15 tgh Kolaborasi
(10 minit) kumpulan 2. Murid membaca dan memahami kata tanya Kemahiran Berfikir:
melalui newsletter yang diberikan dengan betul Menganalisis
dalam kumpulan masing-masing. maklumat,

Permainan kerusi 3. Murid diberi penerangan tentang permainan Kecerdasan


panas Pelbagai:
kerusi panas. Murid yang terpilih akan duduk
(kepimpinan murid) Verbal Linguistik,
di kerusi panas dan diberikan kad soalan. Interpersonal
Soal Jawab :
 Terangkan fungsi
kata tanya “siapa” 4. Murid yang berada dikerusi panas akan Nilai:
 Sebut kata tanya memberikan penerangan kepada kelas Berani,
yang anda ketahui berkaitan tajuk yang diberikan.Rakan lain Bertanggungjawab,
boleh menyokong atau membangkan Bekerjasama,
Cadangan jawapan: penerangan murid. Berkepimpinan.
 Siapa?
 Apa?
 Mengapa? 5. Guru akan membimbing jawapan murid.

6
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

Langkah 2 Membina peta i-Think 1. Guru memberikan penerangan tentang BBM:


yang sesuai dalam tugasan murid. Peta i-Think,
kumpulan kecil. Kertas Majong,
8.15 pagi Pen warna.
- 2. Murid berada dalam kumpulan dan .
8.35 pagi mendapatkan peralatan yang diperlukan
(20 minit) Peta i-Think: daripada guru. Kemahiran Berfikir:
Peta Bulatan Mengenalpasti
Peta Pokok 3. Murid berbincang dengan rakan dalam maklumat,
Peta Buih kumpulan untuk membina peta “Kata Tanya” Menganalisis
menggunakan peta pemikiran i-Think yang maklumat.
sesuai. Mencipta
(KBAT)
4. Murid membina peta “Kata Tanya” dalam
kumpulan masing-masing. Kecerdasan
Pelbagai:
Verbal Linguistik,
Interpersonal,
Verbal Muzik.

Nilai:
Berani,
Kerjasama,
Peka.
.

7
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

Langkah 3 Perbentangan
Kumpulan 1. Guru menerangkan kepada murid cara Kemahiran
8.35 pagi membentangkan hasil kerja. Kepimpinan
-
8.50 pagi  Kumpulan 1
(15minit)  Kumpulan 2 2. Murid menampalkan hasil kerja kumpulan
masing-masing pada papan dalam kelas. Kemahiran
Mendengar

3. Kumpulan pertama membentangkan hasil


kerja mereka. Kecerdasan
Pelbagai:
4. Sesi soal jawab antara murid dan guru Interpersonal,
Kinestetik,
Verbal Linguistik.
5. Guru merumuskan perbentangan murid.

Nilai:
Keberanian,
Kesungguhan,
Kerjasama,
Kepekaan.

8
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

Langkah 4 Menulis dan membina 1. Guru memberikan penerangan ringkas BBM:


soalan menggunakan bagaimana membina soalan menggunakan Kad kata tanya,
kata tanya yang betul. kata tanya yang betul. Papan putih, buku
8.50 pagi aktiviti.
- 2. Murid membina soalan menggunakan kata
8.55 pagi Cadangan jawapan: tanya yang betul dalam buku aktiviti Kemahiran Berfikir:
(5minit)  Siapakah yang masing-masing. Menganalisis,
menjuarai Mengaplikasi,
pertandingan itu? 3. Guru menyemak jawapan murid dan Mencipta
 Dimanakah kamu membimbing murid. KBAT
tinggal?
Nilai:
Kerajinan,
Prihatin.

Penutup Kognitif: 1. Murid membuat refeksi tentang apa yang Nilai:


Membuat refleksi mereka fahami pada hari ini. Guru Sopan,
8.55 pagi membimbing murid. Sayang-
- Sosial: menyanyang,
9.00 pagi Pujian dan galakan Hormat-
(5minit) Tepuk-tepuk terima 2. Guru memberikan pujian kepada murid dan menghormati,
kasih melakukan tepuk-tepuk terima kasih sebagai Berani.
tanda terima kasih kepada murid.

9
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

4.0 HASIL RUMUSAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PANITIA BAHASA MALAYSIA 2017

Tarikh : 5 Oktober 2017 Nama Ahli Kumpulan Lesson Study:


Masa : 8.00pagi – 9.00pagi 1) ENCIK CLEMENT ANAK ENTIRI
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia 2) ENCIK MOHD YUSOF B IBRAHIM
Tajuk : Kata Tanya 3) PUAN ROSENAH ANAK TAUK
4) PUAN EVELIN ANAK BUJANG
5) PUAN SABRINI BINTI ABDUL NASIR

Nama guru yang mengajar:


PUAN SABRINI BINTI ABDUL NASIR

BORANG PEMERHATIAN
Refleksi :
1. Penjelasan hasil pembelajaran PdP dalam RPH
Hasil pembelajaran dijelaskan dengan baik dan jelas dalam RPH yang dirancang.

2. Pemilihan aktiviti
Aktiviti yang dirancang dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Aktiviti yang dirancang juga dapat menarik minat murid untuk
berkomunikasi dan berinteraksi sesama rakan dan murid berkolaborasi dengan baik dalam sekaligus menyelesaikan isu yang dihadapi.

3. Penguasaan Pengetahuan dan Kemahiran dalam kalangan murid


Semua 6 orang murid menunjukkan penguasaan dalam pengetahuan kata tanya pada akhir proses PdP. Mereka dapat menerangkan
kepada rakan berkaitan maksud, contoh dan fungsi kata tanya dengan betul. Murid juga menunjukkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
yang baik sewaktu proses perbincangan kumpulan, penghasilan peta i-Think dan membina soalan berdasarkan jawapan yang diberikan.

10
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

4. Pencapaian hasil pembelajaran PdP


Semua 6 orang murid dapat menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Mereka dapat menerangkan kepada kelas maksud kata tanya,
dan menyatakan 7 kata tanya dan fungsinya dengan betul. Mereka juga mampu membina soalan menggunakan kata tanya yang sesuai
berdasarkan jawapan yang diberikan dengan betul. Kesemua murid menunjukkan kolaborasi yang baik sehingga mampu mencipta peta
pemikiran “Kata Kerja” yang baik dalam kumpulan masing-masing.

5. Penglibatan murid dalam PdP


Kesemua enam orang murid menunjukkan penglibatan yang aktif sepanjang proses PdP terutama sekali sewaktu menjalani permainan
“Kerusi Panas” mereka sangat bersemangat dan teruja untuk mengikuti aktiviti tersebut. Interaksi antara guru, murid dan bahan berjalan
dengan baik sewaktu proses PdP.

6. Adakah ciri-ciri berikut diperhatikan?(Sila tandakan √ dalam )


√ Penglibatan aktif √ Perbincangan antara rakan
√ Pembelajaran berpusatkan murid √ Pemupukan kemahiran berfikir

Komen:
7. Sejauh manakah soalan yang dikemukakan oleh guru mampu mencabar minda murid?
Guru menggunakan teknik penyoalan yang merangsang pemikiran murid, guru menerapkan penyoalan berunsur KBAT kepada murid, ini
bagi merangsang murid berfikir secara kritis dan kreatif bagi mematikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Soalan KBAT yang digunakan
merangkumi aras mengaplikasi, menganalisis dan mencipta.

8. Sejauh manakah penyoalan guru dapat mengukur kefahaman murid?


Penyoalan guru menjurus kepada pencapaian hasil pembelajaran murid, jawapan murid jelas menunjukkan mereka faham dan dapat
menguasai tajuk pembelajaran pada hari ini.

11
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

9. Sejauh manakah aktiviti penutup dapat merumus dan memperkukuhkan PdP?


Aktiviti penutup mengambil kira dua aspek penutup iaitu penutup kognitif dan penutup sosial. Melalui aktiviti perkongsian maklumat dari
rakan pada aktiviti penutup kognitif jelas menunjukkan murid faham dan menguasai apa yang mereka pelajari. Rumusan itu juga sekaligus
memperkukuhkan hasil PdP pada hari tersebut. Penutup sosial iaitu penghargaan yang diberikan kepada murid dapat meningkatkan
motivasi dan minat mereka untuk terus mengikuti proses PdP pada waktu akan datang.

Secara Keseluruhan
10. Apakah kekuatan PdP?
Kekuatan PdP pada kali ini ialah kepelbagaian teknik dan kaedah yang digunakan jelas membantu kefahaman murid terhadap tajuk, aktiviti
yang menyeronokkan berjaya menarik minat murid untuk turut serta dalam proses PdP dan meningkatkan keyakinan murid untuk
berinteraksi. Penggunaan video, tapak pembelajaran dan newsletter membantu murid untuk lebih memahami pengajaran guru dan
memudahkan guru menyampaikan isi pelajaran yang dikehendaki. Proses PdP yang dijalankan adalah berpandukan pelaksanaan
pembelajaran abad ke 21 yang merangkumi pelaksanaan KBAT dan penggunaan peta pemikiran i-Think.

11. Apakah kelemahan PdP?


Guru perlu lebih banyak menerapkan kaedah penyoalan yang dapat merangsang idea murid agar dapat melahirkan murid yang lebih
berkepimpinan dan mampu berkomunikasi dengan baik.

12. Apakah yang perlu diubahsuai / diperbaiki dalam RPH?


Tambahkan aktiviti perbincangan kumpulan melibatkan soalan berunsur KBAT dalam aktiviti yang dirancang.

_______________________________
( CLEMENT ANAK ENTIRI )
Tandatangan Nama Guru Pemerhati

12
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

5.0 GAMBAR SESI PDP SERTA PRBINCANGAN LESSON STUDY PANITIA BAHASA MALAYSIA 2017

 PERBINCANGAN MERANCANG LESSON STUDY

13
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

 PELAKSANAAN LESSON STUDY PANITIA BAHASA MALAYSIA

14
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

15
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

16
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

17
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

18
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

19
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

20
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

 REFLEKSI DAN RUMUSAN LESSON PLAN

21
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

22
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

6.0 HASIL RUMUSAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PANITIA BAHASA MALAYSIA 2017

KITARAN RUMUSAN REFLEKSI

1 i) Ensure student learn :


 PdP yang dijalankan jelas membantu pembelajaran murid, ini dibuktikan melalui hasil kerja murid iaitu
mereka berjaya menjelaskan soalan berkaitan kata tanya sewaktu permainan kerusi, murid juga berjaya
mencipta peta i-Think “Kata Tanya” dengan hasil kolaborasi kumpulan masing-masing. Newsletter yang
disediakan juga memudahkan kefahaman murid kerana nota yang disediakan menarik dan ringkas
dengan bantuan gambar.

ii) Collaboration :
 Melalui perbincangan dan kolaborasi guru, banyak idea baru yang dapat dijana. Perkongsian idea semua
guru Bahasa Malaysia bersama ketua panitia kami akhirnya menghasilkan satu inovasi ringkas bagi
menarik minat murid untuk terlibat secara aktif dalam proses PdP yang dijalankan iaitu “Permainan
Kerusi Panas”. Kami juga berbincang untuk memaksimumkan penglibatan murid dalam proses
pembelajaran, akhirnya kami mengambil keputusan untuk merangka aktiviti yang lebih berpusatkan
kepada murid dan menggabungkan video lagu, newsletter, dan tapak pembelajaran sebagai medium
penyampaian hasil pembelajaran.

iii) Focus on result :


 Murid-murid jelas menunjukkan pencapaian yang baik terhadap objektif pembelajaran yang ditetapkan
malahan mereka belajar dengan cara yang menyeronokkan. Mereka amat gembira dengan permainan
yang dirancang, secara tidak langsung mereka juga menunjukkan kemahiran interaksi yang baik sewaktu
aktiviti dijalankan, ini sekaligus menunjukkan keyakinan diri mereka lebih baik dan meningkat.

23
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

7.0 LAPORAN REFLEKSI LESSON STUDY PANITIA BAHASA MALAYSIA 2017

SEKOLAH : SK LUBOK PELAIE


KELAS : TAHUN 2
MATA PELAJARAN : BAHASA MALAYSIA
TAJUK : KATA TANYA
TARIKH : 5 OKTOBER 2017

ASPEK KOMEN CADANGAN UNTUK MENAMBAHBAIK RPH

1. Rancangan Mengajar RPH disediakan dengan baik dan lengkap serta


Penggunaan ayat perlu lebih ringkas.
/Lesson Plan mengikut format yang ditetapkan.

2. Isi Kandungan / Kandungan RPH lengkap dan mencakupi semua item


-
Konten yang diperlukan.

3. Soalan-soalan yang
Teknik penyoalan bercapah dikemukakan dan soalan Cuba terapkan lebih banyak soalan berunsur KBAT
dikemukakan : Aras
sesuai mengikut aras perkembangan murid. bagi menguji kemahiran berfikir murid.
dan kesesuaian

24
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

Bahan bantu mengajar yang digunakan sangat


4. Keberkesanan Bahan berkesan menarik minat dan tumpuan pelajar. BBM Teruskan penggunaan bahan bantu mengajar yang
Bantu Mengajar yang digunakan juga merangkumi gaya menarik agar dapat merangsang minat murid.
pembelajaran visual, kinestetik audio.

Murid melibatkan diri secara aktif dalam proses PdP.


5. Penglibatan Pelajar -
Interaksi dua hala berjalan dengan baik.

6. Respon / Jawapan Murid memberikan respon yang baik dengan suara Guru perlu membimbing penggunaan ayat dan
Pelajar yang jelas. perkataan murid sewaktu memberikan jawapan.

Teknik permainan bahasa yang dijalankan amat


7. Teknik Pengajaran
membantu dan menarik minat murid untuk Lebih banyak permainan bahasa boleh diaplikasi
dan Hasil
mengikuti dan menjalani proses PdP dengan sangat dan dicipta untuk tujuan PdP Bahasa Malaysia.
Pembelajaran Pelajar
baik.

Teknik bacaan dalam proses PdP boleh


8. Lain-lain Bacaan secara individu dan kumpulan dijalankan.
dipelbagaikan.

Nama ahli kumpulan Lesson Study


1) ENCIK CLEMENT ANAK ENTIRI
2) ENCIK MOHD YUSOF B IBRAHIM
3) PUAN ROSENAH ANAK TAUK
4) PUAN EVELIN ANAK BUJANG
5) PUAN SABRINI BINTI ABDUL NASIR

Nama Pakar Rujuk / Knowledgeable Other :


Pencatat : ROSENAH ANAK TAUK

25
PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY (PLC) 2017
PANITIA BAHASA MALAYSIA

10.0 Penutup
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam
membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka. Lesson study dijalankan ini berjaya
mencari method penyampaian dan sumber pendidikan yang terbaik untuk topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak semua topik perlu
dijalankan lesson study hanya topik-topik kritikal sahaja. Rancangan pengajaran yang dihasilkan ini akan dapat membantu untuk masa
hadapan, guru-guru yang baru mula mengajar akan mempunyai sumber rujukan pantas untuk topik berkenaan. Tujuan kita sama iaitu melihat
kejayaan murid dan menyebarkan ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut sudah lengkap, pihak sekolah bolehlah menjilidkan buku berkenaan
untuk disebarluaskan.

26

You might also like