Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

REFLEKSI BIG SEMESTER 7

NAMA: MOHAMMAD HAFIZ BIN ROZALI

Pada semester 7 ini kami seramai 34 orang guru pelatih dari Kumpulan Pemulihan dan BKD
telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Bench Marking) Guru Cemerlang di Sekolah
Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephen, Kiulu. Seorang Pensyarah Pembimbing iaitu Pn.
Atiqah Marukau turut mengiringi kami ke sekolah tersebut.

Setibanya di sana, kami disambut mesra oleh Guru guru daripada SMK Tun Fuad
Stephen dengan senyuman lebar. Majlis alu aluan dijalankan seusai kami sampai ke dalam
bilik kuliah. Setelah usai ucapan daripada Pengerusi Program kami iaitu saudara Mas’ifariez
Zaim bin Masnon, Guru cermelang iaitu Cikgu Hassan dan Cikgu Salina meneruskan program
kami dengan memulakan ceramah beliau. Dalam bilik tersebut, kami dapat berkenalan
dengan lebih rapat mengenai beliau. Selain memperkenalkan diri secara umum, beliau turut
menceritakan serba sedikit tentang latar belakang pendidikan dan sejarah keluarga. Cikgu
Hassan merupakan seorang guru yang aktif. Selain bertugas sebagai pendidik, beliau turut
terlibat dalam pelbagai tugas lain dalam dunia pendidikan.

Berkat usahanya, beliau telah memperoleh beberapa anugerah kecemerlangan yang


boleh dibanggakan. Antaranya ialah anugerah Guru Cemerlang beberapa kali, anugerah
Penyelaras Cemerlang, anugerah Program Cemerlang, Selain itu juga, beliau turut dijemput
dari semasa ke semasa untuk menyampaikan ceramah, motivasi, berkongsi pendapat dengan
guru-guru dan ibu bapa.

Di samping itu, guru cemerlang ini juga tidak lokek untuk berkongsi maklumat apa
yang perlu dilakukan dan apa yang dilakukan beliau untuk mendapatkan anugerah Guru
Cemerlang. Pertama, mestilah menjadi guru sekurang-kurangnya 5 tahun tempoh
perkhidmatan. Misalnya yang dilakukan beliau di sekolah ialah mewujudkan stesen-stesen
mengikut subjek di mana murid dapat berdikari untuk ke kelas masing-masing, menyediakan
buku di setiap stesen pengajaran dan pembelajaran dan membawa murid mengikuti pelbagai
aktiviti luar seperti lawatan seni batik ke semenanjung Malaysia. Tidak lupa juga pesanan
beliau untuk terus kita menghormati Guru Penolong Kanan dan Guru Besar walau siapapun
kita dan banyak manapun aktiviti yang kita anjurkan.

Selepas sesi minum pagi, kami dibawa melawat ke kelas-kelas cermelang seperti
tingkatan 5. Kami turut diperkenalkan dengan beberapa orang murid yang menjadi harapan
beliau untuk terus berjaya dalam bidang pendidikan seperti yang berjaya masuk ke pengajian
tinggi. Susun atur dan kemudahan dalam setiap bilik darjah juga dapat memenuhi keperluan
setiap murid dengan baik dan pelbagai. Akhir sekali, selepas sesi bergambar dan bersalaman
dengan guru-guru, kami pun bersurai. Diharap agar program seperti ini akan terus diadakan
dari semasa ke semasa bertujuan untuk semarakkan jiwa kami untuk terus berjuang dalam
bidang pendidikan.

Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru mengenai
proses – proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu
dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang –kurangnya lima tahun
dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian.

Seterusnya, guru mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran kerja,


refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar ( akademik ataupun
kokurikulum ) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang
guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin
dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi kecemerlangan
subjek tersebut.

Kelemahan lain yang dilihat adalah pengangkutan kami mempunyai masalah untuk
sampai ke sekolah kerana sekolah berada di atas bukit yang tinggi. Selain itu, bas kami
mempunyai masalah pada masa itu yang membuatkan kami perlu menyewa sendiri bas di
tamparuli untuk sampai ke sekolah. Kemudian, kelemahan lain ialah guru pelatih dilihat kurang
memberikan perhatian semasa guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Masing –
masing asyik bersembang sehingga kadangn kala menyebabkan bunyi bising. Namun begitu,
mereka mula fokus dan komited dengan pengajaran guru cemerlang selepas sedar akan
keadaan tersebut.

Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya
meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga memberi
pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan semaksimum mungkin untuk
memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru. Kepuasan seorang guru tidak terletak pada
gajinya tetapi apabila melihat kejayaan pelajarnya memahami sesuatu perkara yang diajar.

You might also like