Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Proposal Penulisan Sejarah

1.0) Tajuk
Sejarah Perkembangan Perusahaan Industri Sagu Daerah Mukah
2.0) Masalah Kajian
Industri Sagu merupakan sumber ekonomi utama di kawasan daerah Mukah sejak
abad ke-19. Malah, Mukah terkenal sebagai kawasan pengeluar sagu dunia. Perusahaan
Sagu berkembangan sejak Kesultanan Brunei sehingga kini. Namun pada 1950-an,
perusahaan sagu menurun apabila nilai permintaan semakin berkurang. Malah, penduduk
tempatan tidak lagi berfokus terhadap perusahaan industri Sagu. Hal ini demikian kerana,
terdapat sumber ekonomi lain. Walaubagaimanapun, Mukah masih meneruskan
perusahaan Sagu dengan menggunakan kaedah moden dan tradisional mengikut
permintaan masyrakat tempatan sahaja.
Melihat perkembangan sejarah perusahaan Sagu secara ringkas menunjukkan
bahawa industri perusahaan Sagu pernah menjadi sumber ekonomi utama dan pernah
menjadi bahan pengeksportan yang utama. Namun kini, perusahaan sagu semakin
berkurang dan hanya mengikut kehendak tempatan. Melihat kepada permasalahan ini,
maka pengkaji akan memberi penekanan kepada analisis perkembangan perusahaan
sagu. Supaya generasi akan datang akan lebih menghargai perusahaan tempatan seperti
sagu.
3.0) Tinjauan Kajian Lepas

4.0) Objektif Kajian

Dalam kajian ini pengkaji meletakkan beberapa objektif kajian iaitu:

 Menganalisis sejarah perkembangan perusahaan Sagu.


 Menganalisis kepentingan perusahaan Sagu
5.0) Skop dan batasan kajian
Kajian ini mengkaji perusahaan sagu di kawasan Mukah,Oya dan Dalat. Tempoh
sejarah perkembangan perusahaan sagu bermula pada awal abad ke-19 sehingga kini.
6.0) Metodologi Kajian
- Kajian Perpustakaan

You might also like