Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

TERANGKAN KEPERCAYAAN

YANG TERDAPAT DALAM


KALANGAN MASYARAKAT TAMIL
DI MALAYSIA
[AIX2003 BUDAYA MASYARAKAT TAMIL DI MALAYSIA]
DAYANA AFIQAH NASIR [AEE150010]
AGAMA HINDU DI MALAYSIA
→ Pada umunya, setiap masyarakat terdapat dua tradisi dari segi konsep ketuhanan atau
kepercayaan

→ Salah satu daripadanya akan lebih bersifat kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dan
ini selalunya dirujuk sebagai agama atau kepercayaan rakyat

→ Satu lagi pula ialah kepercayaan agama yang sistematik berdasarkan kitab ataupun kitab-kitab
suci

→ Terdapat beberapa masyarakat yang dapat mengenepikan kepercayaan rakyat dan menuruti
agama teks dengan jayanya. Namun terdapat juga terdapat penganut agama tertentu
mencampuradukkan kedua-dua jenis agama dan kepercayaan ini.
Kepercayaan
Tentang
Penglihatan
KESAN PENGLIHATAN
→ Pada umumnya, masyarakat India percaya bahawa penglihatan seseorang boleh membawa
kesan yang tertentu terhadap objek yang dilihat dan kesan tersebut amat dipengaruhi oleh
fikiran, serta minda orang yang berkenaan

→ Terdapat 3 jenis penglihatan :

1 KESAN BURUK [kanneeru, kan-tirusti dan kan-padutal]

2 KESAN BAIK [nalla-paarvi]

3 KESAN KEROHANIAN [arut-paarvai, nyaanap paarvai dan dharisanam]

→ Melalui penglihatan, masyarakat India percaya bahawa penglihatan boleh memancarkan sejenis
gelombang hasil fikiran dan niat orang yang melihat dan boleh membawa perubahan-perubahan
tertentu sama ada secara fizikal mahupun mental
→ Oleh itu, jenis gelombang –ve harus dibias atau diserap ke dalam sesuatu benda lain supaya
tidak terserap ke dalam badan manusia ataupun objek lain

→ Usaha ini dikenali sebagai kaapu-ceital (memakai/menggunakan sesuatu sebagai tangkal) dan
kavacam uruvaakkutal (membentuk penampan di seluruh badan)

→ Perbuatan membuang angkara kanneeru disebut kanneeru-kalittal dan tirusti-kalittal

→ Terdapat beberapa amalan yang dilakukan oleh masyarakat India dalam usaha melindungi diri,
keluarga dan segala kepunyaan mereka daripada ditimpa kesan kanneeru

→ Amalan tersebut dibahagikan kepada 4 :

1 AMALAN BAGI BAYI DAN KANAK-KANAK


2 AMALAN BAGI ORANG DEWASA
3 AMALAN BAGI ORANG RUMAH
4 AMALAN BAGI KENDERAAN
5 AMALAN BAGI KEBUN SAYUR/TANAMAN
1 AMALAN BAGI BAYI DAN KANAK-KANAK

Cara-cara membuang kanneeru dan thosam

→ Menyapukan air jampi pada muka bayi (pedanda di kuil atau mereka yang mahir)

→ Menggunakan daun mambu yang diasapkan pada asap kemenyan (atau bulu merak), diusapkan
di atas kepala bayi dan berdoa, diusap lagi dari kepala hingga tapak kaki

→ Surrippodutal. Biji cili kering dengan sedikit garam digenggam dengan tangan kanan kemudian
dilingkarkan di hadapan bayi sebanyak 3 kali mengikut arah jam dan 3 kali melawan arah jam,
anak tersebut meludah pada genggaman dan bahan-bahan tersebut dimasukkan ke dalam api
(sekiranya ditimpa kanneeru, terdapat bunyi letupan dan keseriusan kesannya diukur dengan
kekuatan bunyi)

→ Amalan aarati dengan menggunakan talam yang dimasukkan air kunyit bercapur sirih dan kapur
barus dan kemudian dilingkar di hadapan bayi seterusnya bahan tersebut dibuang di hadapan
rumah

→ Menggunakan buah limau, buah limau dilingkarkan dan kemudian dipotong empat dan dibuang
ke empat arah mata angin
Langkah-langkah Berjaga Jangka Pendek

→ Mengadakan sembahyang yang diadakan pada hari ke-16 belas atau ke-30 supaya bayi
dikurniakan segala hidayah serta perlindungan
→ Amalan meletakkan pottu atau dikenali sebagai tirusti pottu yang dipercayai dapat menolak bala
atau kanneeru
→ Amalan aarati dibuat setiap hari pada waktu petang bagi bayi-bayi yang baru lahir

Langkah-langkah Berjaga Jangka Panjang

→ Bayi memakai karuppu mani dan sikappu mani yang dijadikan sebagai kalungan di leher, tangan
dan pinggang (dipercayai dapat menolak bala dan membuang angkara kanneeru)
→ Pemakaian taayattu (azimat) yang telah dijampi (tembaga berbentuk nipis dan leper)
2 AMALAN BAGI ORANG DEWASA

Langkah-langkah Berjaga Jangka Pendek

→ Amalan memecahkan labu atau kelapa kering


→ Melakukan amalan surrippodutal

Langkah-langkah Berjaga Jangka Panjang

→ Memakai tangkal yang dijampi (sama seperti yang dilakukan pada bayi)
→ Mewujudkan aura (kavacam) atau gelombang keselamatan di sekeliling badan menerusi ucapan
mantera-mantera
3 AMALAN BAGI ORANG RUMAH

Ada pepatah tamil yang berbunyi “kal adi pattalum, kana di padakkuudaatu”
ertinya “jika terkena pada batu pada badan tidak mengapa, asalkan jangan kena
kanneeru”maksudnya kalau terkena batu hanya cedera secara fizikal sahaja
tetapi kalau terkena kanneeru akan cedera secara fizikal dan mental

Langkah-langkah Berjaga
→ Meletakkan Tirusti Bommai (Orang-orangan) di bangunan rumah yang
sedang dibina
→ Menempat Agora Mukam di bahagian atas pintu rumah (orang tidak gemar
melihat)
→ Menggantungkan puusani bommai (labu) di bahagian atas pintu masuk
rumah
→ Meletakkan kannaadi (cermin) di bersebelahan atau atas pintu masuk rumah
→ Menggantung buah limau yang dibaluti dengan kain merah di bersebelahan
atau atas pintu masuk rumah
4 AMALAN BAGI KENDERAAN

→ Membawa kenderaan yang baru dibeli ke kuil untuk membuat vahana arccanai (sembahyang untuk
memohon restu serta perlindungan Tuhan supaya kenderaan yang dibeli tidak terlibat dalam
kemalangan)

→ Meletakkan symbol ladam di hadapan kenderaan (tidak diamalkan secara berleluasa di Malaysia)

5 AMALAN BAGI KEBUN SAYUR/TANAMAN


→ Menempatkan periuk tanah yang bertitik di kawasan kebun

→ Menyangkut periuk tanah pada tiang pagar kebun sayur atau tanaman
Kepercayaan
Tentang Rumah
Kediaman
→ Orang India di Malaysia mempunyai beberapa kepercayaan tentang kedudukan rumah, apa yang
dilarang dan dibenarkan dilakukan di dalam rumah dsb

→ Oleh kerana rumah dianggap sebagai aset yang amat penting, Orang India akan memastikan
rumah tersebut bukan sahaja sesuai dari kedudukannya malah kesesuaian lain turut diberikan
perhatian :

1 KEDUDUKAN RUMAH

2 PINTU MASUK RUMAH

3 MENGHUNI RUMAH BARU

4 LARANGAN
Kepercayaan
Umum
→ Beberapa kepercayaan umum ini dianggap penting kerana masih sesetengah amalannya masih
diamalkan oleh masyarakat India di Malaysia sehingga kini, antaranya :

1 MENDENGAR BUNYI LOCENG


2 PETANDA-PETANDA BURUK
3 KEPERCAYAAN TENTANG BERSIN
4 BATUK SEWAKTU MAKAN
5 CEDERA KETIKA MENGURUSKAN UPACARA BAIK
6 GATAL TAPAK TANGAN
7 MATA TERKENYIT-KENYIT
8 JANGAN TANYA PERGI KE MANA
9 BUKU MESTI DHORMATI
10 ARAH TIDUR
→ Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai amalan yang menjadi kepercayaan masyarakat India di
Malaysian dan diamalkan sehingga kini

→ Tetapi apa sahaja kepercayaan yang diwarisi ia seharusnya diteliti terlebih dahulu sebelum
dijadikan amalan

→ Sekiranya kepercayaan tersebut tidak sesuai dengan perkembangan semasa, tidak mempunyai
dasar ajaran moral serta bertentangan dengan ajaran agama, maka ia harus dan boleh dielakkan

You might also like