Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERLEMBAGAAN KELAB RUKUN NEGARA

1. NAMA
Kelab ini dinamakan Kelab Rukun Negara SJK (T) Mersing

2. MATLAMAT

Melahirkan murid yang mengetahui dan memahami prinsip Rukun Negara


serta mengamalkannya dalam kehidupan harian.

3. OBJEKTIF:
3.1 Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
3.2 Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara
3.3 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akan
kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan; dan
3.4 Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara
hidup yang berterusan bagi melahirkn masyarakat yang mempunyai jati
diri, setia, bersatu-padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan
beretika sejajar dengan wawasan negara.

4. KEAHLIAN
4.1 Dibuka kepada semua murid SJK (T) Mersing.
4.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan mengisi borang yang
disediakan.

5. GURU PENASIHAT
5.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru-guru sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana, atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
6. AHLI JAWATANKUASA
6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
6.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak
dicalonkan sebagai AJK.
6.3 Pemilihan AJK melibatkan semua murid Tahun 4, 5 dan 6.
6.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
6.5 AJK yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
peletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
6.6 AJK Kelab hendaklah terdiri daripada:

o PENGERUSI
o TIMBALAN PENGERUSI
o SETIAUSAHA
o PENOLONG SETIAUSAHA
o BENDAHARI
o AJK KELAS

7. KEHADIRAN / PENYERTAAN
7.1 Ahli dikehendaki menghadiri sekurang-kurangnya 70% daripada
aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.
7.2 Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan
kehilangan hak-hak keahlian.

8. AKTIVITI
8.1 Dijalankan sebagaimana yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
8.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.
9. PERATURAN-PERATURAN
9.1 Peraturan sekolah adalah peraturan asas kelab.
9.2 Peraturan khas yang telah ditetapkan oleh kelab hendaklah dipatuhi
oleh ahli.
9.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan akan
dikenakan tindakan tata tertib.

10. TINDAKAN DISIPLIN


10.1 Diambil ke atas ahli yang melanggar perlembagaan kelas dan tidak
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
10.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
10.2.1 Amaran lisan
10.2.2 Amaran bertulis
10.2.3 Menggantung keahlian
10.2.4 Pecat keahlian
10.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak ahli kelab.
10.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada guru penasihat secara bertulis dan keputusan
guru penasihat adalah muktamad.

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN


11.1 Mana-mana bahagian dari perlembagaan kelab ini sah sehingga ia
dipinda.
11.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, guru
penasihat, murid, ahli jawatankuasa atau pentadbir sekolah secara
bertulis.
11.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli
jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan
meluluskannya jika perlu.
11.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan
disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar.
12. HAL-HAL LAIN
12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggung jawab sendiri terhadap kelab
masing-masing.
12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti-aktiviti kelab
dengan penuh minat.

You might also like