Drama

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Drama – Berkhidmat untuk Negara

i) Alasan-alasan yang diberikan oleh Aiman untuk menolak pelawaan makan tengah hari oleh Nek Sinah
ialah Aiman belum berasa lapar dan belum mahu makan lagi dan Aiman menunggu kepulangan Kak Dapnia
dari universiti. Aiman juga akan makan bersama kakaknya. Aiman akan pergi makan ke dapur sendiri jika dia
lapar. [2 markah]

ii) Tindakan seseorang anak muda menggunakan kata-kata yang kasar dan kurang sopan apabila bercakap
dengan orang yang lebih tua adalah tidak wajar kerana orang tua perlu dihormati. Percakapan yang kasar dan
kurang sopan boleh mencetuskan perbalahan dan menjadi tidak harmoni. Amalan tersebut dipandang rendah
oleh masyarakat. [3 markah]

iii) Nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan ialah nilai kasih sayang. Contohnya, Nek
Sinah memanggil Aiman dengan kata panggilan ”Nak” walaupun kata panggilan itu tidak disenangi oleh
Aiman. Manakala nilai kemanusiaan lain yang terkandung dalam keseluruhan drama ialah nilai
tanggungjawab. Contohnya Cikgu Dahari melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan
baik apabila turut menyentuh tentang PLKN dalam membentuk generasi muda yang patriotik. [4 markah]

Prosa Klasik –
i) Maksud penjurit yang terlalu buas ialah perajurit, askar upahan atau pencuri yang sangat ganas dan
jahat. [2 markah]

ii) Reaksi Bendahara setelah melihat Laksamana masuk menghadap Raja Melaka ialah Bendahara
mengatakan bahawa bukti yang dibawa oleh Laksamana merupakan tanda pembunuhan yang sebenar.
Menurut Bendahara lagi, hanya Laksamana yang dapat membunuh penjurit itu dan hulubalang-hulubalang
lain tidak beruapaya menentang penjurit itu apatah lagi membunuhnya. [3 markah]

iii) Tindakan-tindakan yang akan saya ambil terhadap orang-orang yang membuat pengakuan palsu bahawa
merekalah yang telah membunuh Kertala Sari ialah memaafkan dan memberikan nasihat kepada orang
tersebut. Orang tersebut jugaakan dijatuhkan hukuman penjara atau melakukan kerja-kerja sosial. [3 markah]

You might also like