Konsep & Takrifan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 kegiatan ialah perihal atau keadaan giat,
kecergasan ataupun aktiviti.

Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379, ekonomi bermaksud ilmu
berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan; sistem
pengendalian sumber kekayaan (kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah negara; keadaan
kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal (perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam
rumah tangga.

Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengagihan,
penggunaan barang-barang dan perkhidmatan dalam bidang pertanian, kewangan, perindustrian,
perdagangan sesebuah negera. Kegiatan ekonomi juga merupakan sumber pendapatan untuk
memperoleh keuntungan.

Konsep dan takrifan Kegiatan Ekonomi

Definisi Kegiatan Ekonomi : Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti penduduk
yang menjana pendapatan dalam kehidupan seharian. Kegiatan ekonomi boleh dibahagikan
kepada beberapa sektor antara adalah Pembalakan, Pertanian, Perkhidmatan, Perindustrian
mahupun Perlombongan. Di Malaysia, kegiatan ekonomi utama boleh dikategorikan kepada tiga
antaranya adalah sektor sekunder, tertier dan Primer. Kegiatan ekonomi juga merupakan salah
satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara.

http://mieadham86.blogspot.com/2015/06/pt3-geografi-konsep-dan-takrifan.html

You might also like