Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

KAEDAH JIGSAW

Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk


semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan
kemahiranmendengar, penyampaian, dan pemikiran kreatif (Felder & Brent, 2004) dan
telahterbukti keberkesanannya seprti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al. (2006).

Kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaannya melalui perbincangan


dalam kumpulan kecil (Hafizah Husain et al. 2006), iaitu:
Pergantungan secara positif
Tanggungjawab
Interaksi secara terus (bertentang mata)
Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian
Penilaian kendiri secara berterusan

Untuk melaksanakan kaedah jigsawini, pensyarah akan membahagikan pelajarpelajar kepada


kumpulan kecil (4-5 orang). Setiap kumpulan ini, yang dipanggil’kumpulan pakar’ (
specialist group) akan diberi satu tajuk berkaitan dengan kursusyang diambil. Pelajar-pelajar
dalam kumpulan ini akan mencari maklumat berkenaantajuk yang telah ditugaskan sehingga
kumpulan ini akan manjadi ’pakar’ dalam tajuk berkenaan. Pencarian maklumat adalah bebas
mengikut kreativiti kumpulan terbabit,sama ada melalui buku teks tambahan, internet ataupun
bertanya kepada pensyarahsendiri.Apabila kumpulan-kumpulan ini telah menjadi pakar dalam
skop atau tajuk yangtelah diberikan kepada mereka, pembahagian kumpulan yang baru akan
diadakanseperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. Kumpulan yang baru ini dipanggil
kumpulan jigsaw ( jigsaw group) akan dibentuk supaya setiap kumpulan mempunyai
satu’pakar’ dalam tajuk-tajuk yang telah ditugaskan oleh pensyarah pada awal kursus.Pakar-
pakar ini akan memegang peranan sebagai pengajar dalam menyampaikan apayang telah
dipelajari semasa berada di dalam kumpulan pakar. Dengan kaedah ini,sebahagian daripada
penyampaian di dalam kursus dilakukan oleh pelajar sendiri, dan bukan diajar seluruhnya oleh
pensyarah.
Kumpulan Pakar 1
Kumpulan Pakar Kumpulan Pakar 2
Kumpulan Pakar 3
Kumpulan Pakar 4
Kumpulan Pakar 5

Kumpulan jigsawRAJAH 1 Kaedah jigsaw


Kaedah jigsaw ini merupakan salah satu cabang dari kaedah pembelajaran secarakerjasama (
cooperative learning method – KOOP ) (Johnson & Johnson, 2000). Ianyadapat diperhatikan
melalui kerjasama yang perlu diadakan di kalangan pelajar padasetiap fasa dalam kaedah
ini. Dalam kumpulan pakar, pelajar harus bekerjasamadalam mendapat maklumat yang
diperlukan supaya mereka dapat memahami tajuk yang telah diberikan. Kemudian di dalam
kumpulan jigsaw, pelajar harus memastikanrakan-rakan dapat memahami apa yang
harus disampaikan, dan pada masa yang sama perlu memastikan mereka mendapat maklumat
berkenaan tajuk-tajuk yang telahditugaskan kepada ahli-ahli kumpulan jigsaw
..Ini amat berbeza dengan kaedah biasadi mana pensyarah menjadi satu-satunya tenaga
pengajar dalam kursus yang diambil.Kaedah yang kedua ini dipanggil kaedah pembelajaran
secara kompetitif (competitivelearning method – KOMP ). Selain itu, isu kompetensi generik
para pelajar yang jugasalah satu kriteria yang perlu dipenuhi boleh ditangani melalui
perlaksanaan kaedahini (Aini Hussain et al., 2007)

You might also like