Memorandum Tandatangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MEMORANDUM

PERMOHONAN TANDATANGAN PENDUDUK KAWASAN SEPANG BAGI PEMBINAAN JALAN


RAYA MENGHUBUNGKAN KAMPUNG ULU CHUCHOH SEPANG KE KLIA

PENDAHULUAN

Memorandum ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan tandatangan penduduk kawasan


Sepang bagi cadangan pembinaan jalan raya menghubungkan kampung Ulu Chuchoh ke KLIA
bagi kemudahan penduduk kawasan Sepang terutamanya kampung Bukit Bangkong, kampung
Ulu Chuchoh, Kampung Ulu Teris, kampung Sungai Pelek dan pusat pelancongan Bagan Lalang.
Memorandum ini juga bertujuan menunjukkan bahawa penduduk kawasan Sepang amat
memerlukan pembangunan ini demi penjanaan ekonomi kawasan luar Bandar.

OBJEKTIF

1. Memberi kemudahan fasiliti kepada penduduk kawasan Sepang di antara Kampung Ulu
Chuchoh dan KLIA

2. Menunaikan hasrat dan impian penduduk kawasan Sepang demi pemesatan penjanaan
ekonomi di kawasan yang terlibat.

3. Menjimatkan masa perjalanan penduduk setempat sehingga 60% melalui pembinaan


jalanraya di antara kampung Ulu Chuchoh dan KLIA.

4. Meningkatkan mutu ekonomi penduduk setempat melalui pelbagai sektor seperti


bidang perniagaan dan pelancongan.

5. Meningkatkan kehadiran pelancong ke pusat pelancongan Bagan Lalang dan Banghuris


serta meningkatkan pembangunan sektor perumahan di kawasan yang terlibat.
TUJUAN MEMORANDUM

Tujuan memorandum ini adalah untuk mengumpul tandatangan secara perseorangan melebihi
1000 tandatangan bagi memohon kepada pihak Malaysian Airlines Holding Berhad (MAHB)
untuk melaksanakan pembinaan Jalanraya di antara Kampung Ulu Chuchoh – KLIA – Kampung
Ulu Chuchoh bagi kemudahan rakyat Sepang. Memorandum ini juga bertujuan untuk
menunjukkan kepada Menteri Pengangkutan bahawa rakyat Sepang memerlukan kemudahan
fasiliti ini dan amat serius dengan tujuan tersebut.

RESOLUSI SOKONGAN

Memorandum ini adalah merupakan resolusi sokongan penduduk kawasan Sepang secara
kolektif dan solidariti bersama untuk menyokong pembinaan Jalanraya di antara Kampung Ulu
Chuchoh – KLIA melalui tandatangan yang diberikan. Semoga pihak MAHB memberikan hak
secara adil kepada penduduk Kawasan Sepang melalui pembinaan jalanraya ini serta
memberikan peluang keuntungan sama rata di antara penduduk dan pihak MAHB.

Sekian Terima Kasih.


TANDATANGAN PENDUDUK KAWASAN SEPANG

BIL NAMA NO K/P NO TEL T.TANGAN

You might also like