Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JURNAL MINGGU KE-3

KURANG MEMAHAMI ISI PELAJARAN


TARIKH: 16-20 JULAI 2017
MASALAH
Pada minggu ketiga, daripada pemerhatian dan penilaian yang saya lakukan, saya
dapati murid-murid kurang memahami isi pelajaran yang saya ajari. Ini adalah kerana
saya mendapati respon yang agak lambat apabila saya memulakan set induksi sebelum
saya beralih ke langkah satu. Pada pengamatan saya, ada beberapa orang murid yang
tidak memahami pengajaran saya di awal sesi pengajaran.

ANALISIS

Saya cuba mengenalpasti punca-punca masalah murid-murid yang tidak memberi


perhatian kepada pengajaran saya. Pelbagai persoalan yang timbul di dalam fikiran saya
iaitu adakah guru merupakan seorang yang lemah dalam pengajaran sehingga murid-
murid kurang memahami isi pelajaran. Murid-murid cepat bosan kerana mereka telah
tidak mengetahui pengajaran yang diajar. Tumpuan mereka menjadi kurang. Namun
begitu, saya mendapati bahawa kelas ini mempunyai pelbagai aras kemahiran, latar
belakang dan kemahiran murid serta pengetahuan sedia ada yang berbeza.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

a) Saya haruslah memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan semua murid.


b) Saya haruslah sentiasa menyebut nama murid tersebut supaya mereka rasa
dihargai dan diperhatikan oleh guru.
c) Saya patut menggunakan alat bantu mengajar yang dapat menarik minat murid.
d) Saya haruslah mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada rakan-rakan,
pensyarah pembimbing dan guru pembimbing supaya dapat menguruskan masa
dengan baik.

TEMPOH MASA

Saya akan cuba untuk menyelesaikan masalah dalam masa yang paling singkat
iaitu dalam dua minggu ini. Adalah sangat berharap aktiviti yang dirancang oleh guru
dapat menarik perhatian murid-murid. Dengan begitu, fokus murid akan lebih tertumpu
kepada aktiviti yang disediakan oleh guru.
PENILAIAN KEJAYAAN

Perkara ini akan dapat mencapai objektifnya sekiranya guru konsisten dalam
mengikuti cadangan penambahbaikan tersebut. Saya juga akan meminta kerjasama
pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping
meminta pandangan daripada rakan-rakan praktikum.

TINDAKAN SUSULAN

Guru haruslah sentiasa berfikiran positif dalam menyelesaikan masalah supaya


tidak terjejas dengan kerjaya sebagai guru. Apabila masalah di atas difikirkan dan diamati
sedalam-dalamnya, ada pelbagai inisiatif yang dapat dijalankan untuk membantu murid-
murid ini. Antaranya ialah, guru mengadakan sesi soal jawab secara rawak yang berkaitan
pelajaran yang diajar. Ini secara tidak langsung, dengan cara ini, guru dapat menyedarkan
murid-murid yang tidak mahu memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan dapat
menguji ingatan murid. Kepandaian murid sememangnya menjadi kebanggaan bagi
seorang guru, namun perhatian daripada murid adalah satu kepuasan bagi seorang guru.
Guru juga perlu membuat rekod khusus untuk mengetahui kecenderungan setiap murid
yang diajar. Kebolehan dan kecenderungan setiap murid adalah berbeza. Impaknya, guru
suka mengajar dan murid suka belajar. Guru juga haruslah yakin dengan diri semasa
pengajaran supaya murid-murid dapat menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing : Disemak oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :

Tarikh : Tarikh :

You might also like