Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


CAWANGAN SARAWAK
INOVASI
PELAN
L-T-A
KT

BUKU PANDUAN
KAJIAN TINDAKAN
BILIK DARJAH

DR AHMAD RAFAAI BIN AYUDIN

1
KANDUNGAN

KANDUNGAN 2
1.0 PENGENALAN 3
2.0 PENGURUSAN RISIKO KAJIAN TINDAKAN 4
3.0 KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH 5
3.1 Kajian Tindakan Pengurusan dan Kepimpinan Sekolah 5
3.2 Kajian Tindakan Bilik Darjah (Instruksional) 7
3.2.1 Model Pengajaran SIM 7
3.2.2 Model SR-Bond 7
3.2.3 Thorndike Law 8
3.2.4 Model 4KN Abad Ke 21 8
4.0 ANALOGI KAJIAN 9
4.1 Kajian Konvensional 9
4.2 Kajian Tindakan 9
5.0 TINJAUAN AWAL MASALAH KAJIAN TINDAKAN 10
6.0 MODEL KAJIAN TINDAKAN 10
7.0 INTERVENSI DAN PEMERHATIAN DALAM KAJIAN TINDAKAN 13
7.1 Menentukan dan mengenalpasti langkah intervensi 13
7.2 Langkah Pemerhatian Semasa dan Selepas Intervensi 13
7.3 Rumusan Intervensi dan Langkah Berikutnya 14
8.0 PELAN LTA KAJIAN TINDAKAN 15
8.1 LOOK - Unfreeze - Freeze - Refreeze 14
8.2 THINK 15
8.2.1 Refleksi PdP yang lalu 15
8.2.2 Tinjauan Literatur 15
8.2.3 Tajuk Kajian 15
8.2.4 Objektif Kajian 16
8.2.5 Metodologi Kajian 16
8.2.6 Pengumpulan Data 16
8.2.7 Analisis Data 16
8.3 ACTION 16
8.3.1 Tindakan Kajian 16
8.3.2 Refleksi Kajian 17
9.0 PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN - FORMAT 17
10.0 RUMUSAN 17

RUJUKAN 22

2
1.0 PENGENALAN

Sesuai dengan namanya sendiri iaitu Kajian dan Tindakan, kombinasi ini jelas
menunjukkan dua kriteria utama iaitu : (1) proses pengumpulan data dan (2) langkah
untuk menyelesaikan masalah. Dalam dunia pendidikan di sekolah, pelbagai
fenomena dan senario berlaku melibatkan tingkahlaku yang dapat dikawal dan di
luar kawalan. Jika hal ini dibiarkan berterusan , bukan sahaja menjejaskan imej
sekolah sebagai pusat pendidikan kemenjadian, malahan merendahkan kredibiliti
pemimpin sekolah sebagai peneraju dan reputasi guru-guru sebagai pemimpin
instrukional.

Untuk mengelakkan keadaan negatif berkembang dan berlarutan, maka


sesuatu perlu dilakukan. Langkah-;langkah tertentu perlu difikirkan manakala inisiatif
perlu diambil agar keadaan yang kritikal (unfreeze) dapat di segarkan kembali dan
dijernihkan sebelum menjadi barah (freeze) kemudian baharulah tumpuan dibuat
terhadap setiap isu secara khusus untuk dicerakin, dijabar dan dileraikan dengan
tindakan khusus yang bersesuaian mengikut konteks (refreeze) bersumberkan
tinjauan awal, pandangan rakan sejawatan, kajian-kajian lepas dan refleksi yang
dilaksanakan dalam proses memimpin sekolah dan memimpin pembelajaran murid
dalam bilik darjah.

Perlu selalu diingat, dua keadaan yang akan terus dihadapi di sekolah iaitu
aspek pengurusan dan kepimpinan dan proses pembelajaran di bilik darjah. Setiap
pemimpin sekolah, pemimpin pertengahan dan guru-guru tahu tugas dan
tanggungjawab utama mereka di sekolah iaitu menjadi agen perubahan. Justeru,
mereka perlu tahu dan faham bagaimana menggarap ilmu dan kemahiran untuk
menggerakkan perubahan dan membangunkan potensi murid dalam tiga domain
yang utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Tambahan pula, murid telah
dibekalkan dengan kecerdasan pelbagai yang memerlukan bimbingan dan arah
yang betul agar segala kelebihan dan potensi ini dapat dioptimumkan untuk
menzahirkan kemenjadian sebagaimana yang dihasratkan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Walau bagaimanapun, usaha ini tidak akan berjaya dan peranan pemimpin
sekolah, pemimpin pertengahan dan guru-guru tidak akan dapat ditonjolkan , jika
wujud dalam mind set persepsi negatif tentang amalan kajian dan pelaksanaannya,
kerana di sekolah setiap daripada kita berinteraksi dengan data baik secara disedari
mahupun tidak disedari, secara langsung mahupun tidak langsung, jadi perlu
ditanamkan dalam minda kepentingan akan kajian dan manfaatnya untuk membuat
perubahan, penambahbaikan terhadap amalan sedia ada dan menjadi faktor
sokongan dalam menjayakan proses kemenjadian. Pembudayaan amalan kajian
ringkas tentang masalah yang dihadapi bagi tujuan menyelesaikannya perlu ada
dalam diri kita, agar kita passions dengan pelaksanaan Kajian Tindakan.

3
2.0 PENGURUSAN RISIKO KAJIAN TINDAKAN (Selaras dengan MS ISO 9001 - 2015)

TAHAP STRATEGI KAEDAH KAJIAN


NAMA RISIKO PUNCA RISIKO TANGGUNGJAWAB
RISIKO MENGATASI KAWALAN SEMULA
Menyediakan
Persepsi Salah Proses
E Panduan yang Pemimpin
Tentang Kajian Bimbingan dan Suku Tahunan
(13 - 25) ringkas dan Pertengahan
Tindakan Panduan
mudah
Menjadikan
Pengetahuan dan H Peer Coaching Rakan-rakan
Rakan Sumber Dwi Bulanan
Kemahiran (8 - 12) dan Penataran yang pakar
sebagai rujukan
Pemimpin Sekolah,
Ketidakjangkauan Menyenaraikan Pemimpin
PELAKSANAAN H Menentukan isu
Mengenalpasti Isu-isu yang Pertengahan dan Mingguan
KAJIAN (8-12) keperihatinan
Isu-isu Kritikal berlaku Guru Mata
TINDAKAN
Pelajaran
Merangka Tajuk Kepekaan
E Pemerhatian dan Guru Sebagai
dan Objektif Terhadap Isu 4 Bulan Sekali
(13-25) Refleksi Amalan Penyelidik
Kajian Tindakan Yang Berlaku
Akses Kajian-
E Perkongsian Jawatankuasa
Pelan Intervensi kajian Tindakan 6 bulan sekali
(13-25) Kajian Tindakan Kajian Tindakan
Lepas
Pelaporan
E Pelan L-T-A dan 4 bulan sekali
Menulis Laporan Mengikut Rakan Sumber
(13-25) Semakan Rakan
Format

SKALA RISIKO
EKSTRIM - E TINGGI - H PERTENGAHAN - M RENDAH - L
13 - 25 8 - 12 4-7 1-3

4
3.0 KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH

Apa yang akan anda lakukan jika anda sebagai pemimpin sekolah berhadapan
dengan masalah-masalah berikut?
1. Guru lambat masuk kelas.
2. Guru mengajar tidak mengikut langkah-langkah dalam RPH
3. Guru tidak menyemak buku latihan murid melebihi tempoh masa
4. Pengurusan fail di pejabat tidak cekap
5. Pengurusan kewangan yang boleh menyebabkan audit berteguran

INGAT KISAH Cikgu Shaari di Sekolah Kebangsaan Ulu Klang?


(https://www.youtube.com/watch?v=z4zcqVgBNrs)

Apa yang akan anda lakukan jika anda sebagai guru mata pelajaran berhadapan
dengan masalah-masalah berikut?
1. Murid tidak memberikan tumpuan dalam proses belajar
2. Murid gagal menghantar tugasan dan kerja rumah mengikut jadual
3. Murid menunjukkan kesediaan belajar yang rendah
4. Murid-murid mengalami masalah kesukaran belajar
5. Murid-murid tidak melibatkan diri secara aktif dalam tugas belajar

Apa yang dapat anda simpulkan berdasarkan dua senario di atas ?


3.1 Kajian Tindakan Pengurusan dan Kepimpinan

Berdasarkan senario di atas, Kajian Tindakan di sekolah dapat dibahagikan kepada


dua kategori berdasarkan pengkaji, iaitu:

Pemimpin
Pengurusan &
Kepimpinan

Sekolah
Pemimpin
Pemimpin
Kajian Pertengahan
Tindakan
Pemimpin
Guru-guru
Pembelajaran

PdPC di
Bilik Darjah

Rajah 1: Kategori Kajian Tindakan

5
Pemimpin Sekolah yang hendak melaksanakan Kajian Tindakan berkaitan
aspek pengurusan dan kepimpinan, boleh merujuk Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) yang mengandungi sembilan bidang
pengurusan, iaitu:

Jadual 1 : Bidang Pengurusan Sekolah SKKSM

Golongan pemimpin pertengahan yang dianggap sebagai Teacher Leader


atau Ketua Guru yang menjadi perantara antara Pemimpin Sekolah dengan barisan
guru-guru boleh menjalankan Kajian Tindakan untuk memperbaiki pengurusan
panitia, pembangunan profesional, PPB (CPD) dan PLC untuk tujuan
penambahbaikan , meningkatkan kompetensi, kemahiran dan membentuk pasukan
perubahan.

PEMIMPIN
Pertengahan

KETUA
GURU

KPI Potensi
Bidang Pro.
GKMP KP
dan guru-guru
Panitia

GURU

Rajah 2 : Kajian Tindakan Pemimpin Pertengahan

6
3.2 Kajian Tindakan di Bilik Darjah

Fokus perbincangan dalam buku ini ialah Kajian Tindakan di Bilik Darjah kerana
kajian tindakan di sekolah kebanyakannya dilaksanakan oleh guru-guru dengan
fokus utama isu-isu keperihatinan dalam proses PdPC di bilik darjah dengan
sasaran utama menyelesaikan isu-isu berkaitan tingkahlaku belajar murid. Berikut ini
akan diketengahkan dua tiga model pembelajaran bagi membuka minda dan
memberi pencerahan kembali tentang komponen penting pembelajaran.

3.2.1 Model Pengajaran SIM

Tingkahlaku
Guru

Kandungan
Objektif Model
Ilmu dan
Tercapai Sim
Kemahiran

Tingkahlaku
Murid

Rajah 3 : Model Sim (Cruickshank, D. R., Jenkins, D. B., & Metcalf, K. K. 2006)

Berdasarkan model di atas,, keperluan penting dalam proses instruksional di


bilik darjah melibatkan interaksi lima komponen. Jika kelima-lima komponen ini
dapat berinteraksi secara harmoni dengan menekankan keperluan dan kebolehan
murid, tingkahlaku belajar murid akan lebih kondusif dan isu-isu kritikal tidak akan
muncul.

3.2.2 Model S-R Bond

Model ini dikemukakan oleh tokoh-tokoh mazhab tingkahlaku (behaviourisme) yang


menekankan tentang Rangsangan dan Respons. Dalam ertikata lain, objektif
pembelajaran akan dapat dicapai apabila rangsangan yang digunakan tepat, betul
dan sesuai. Lazimnya model ini berkaitan dengan bahan rangsangan (body
langguage guru, komunikasi, BBB), penggunaan peneguhan (positif dan negatif)
dan hukuman serta respons murid. Model ini melibatkan juga tindakan pelaziman
(Classical conditioning - Operant conditioning) berdasarkan Pavlov dan Skinner.

7
3.2.3 Hukum Thorndike (Thorndike Law) : EER

Latihan
(Exercise)

Kapasiti
Belajar

Kesediaan Kesan
(Readiness) (Effect)

Rajah 4 : Thorndike Law (Anita Woolfolk, 2010.)

Hukum Thorndike menunjukkan pembolehubah bersandar iaitu kapasiti


belajar dipengaruhi secara jelas oleh latihan yang dilaksanakan secara berulang-
ulang, kesan daripada stimulus yang digunakan dalam proses PdPC terhadap
perubahan tingkahlaku murid serta kesediaan murid dari segi kognitif, afektif dan
psikomotor. Jadi untuk mengelakkan timbulnya masalah, ketika merancang
pembelajaran dan aktiviti, pastikan keperluan dan kepentingan murid menjadi
keutamaan.

3.2.4 Model 4KN Abad Ke 21

Rajah 5 : Model PAK21 (KPM, 2014.)

8
Berdasarkan rajah 5 di atas, guru-guru perlu bersedia untuk menstrukturkan
langkah-langkah instruksional yang berpusatkan murid dengan memberi perhatian
akan keperluan murid dan mempertimbangkan kaedah pembelajaran yang
bersesuaian dengan mereka. Dengan mewujudkan iklim belajar kondusif secara
lebih mudah, pelaksanaan hidden curricullum juga akan menjadi lebih lancar dan
dapat dijayakan secara berkesan.

4.0 ANALOGI KAJIAN

Kajian Tindakan memang jelas berbeza daripada Kajian Konvensional yang


melibatkan pungutan data empirikal di lapangan, kerana kajian tindakan bersifat
khusus untuk mengatasi isu kritikal dalam bilik darjah. Kata kuncinya ialah tindakan
iaitu langkah intervensi untuk mengatasi isu-isu kritikal murid.

4.1 Kajian Konvensional

Kajian konvensional lebih kompleks dan bersifat kuantitatif serta kualitatif dengan
prosedur kajian yang lebih ketat serta berasaskan kajian empirikal. Berikut ialah ciri-
ciri kajian konvensional:
1. Membuat sorotan kepada kajian-kajian lepas
2. Kajian yang dilakukan lebih mendalam
3. Kajian melibatkan pemerhatian dan tinjauan terhadap amalan orang lain
4. Lebih menekankan kepada sumber primer
5. Pembinaan instrumen dengan melalui peringkat yang lebih rumit
6. Memerlukan kajian rintis
7. Pemprosesan data secara deskriptif dan inferensi
8. Penyelidik bukan menjadi subjek kajian (orang yang terlibat dalam kajian)
9. Bukan merupakan langkah intervensi untuk menyelesaikan masalah
10. Tidak wujud proses penambahbaikan amalan

4.2 Kajian Tindakan

Selari dengan nama yang diberi iaitu Kajian Tindakan, maka kajian yang dilakukan
merupakan suatu tindakan bertujuan bagi mengatasi isu-isu kritikal yang berlaku
dalam bilik darjah. Berikut ialah ciri-ciri kajian tindakan:
1. Membuat sorotan terhadap isu-isu tingkahlaku belajar dalam bilik darjah
2. Kajian lebih berbentuk tindakan dan ringkas
3. Kajian melibatkan pengumpulan data tentang amalan penyelidik sendiri
4. Lebih menekankan kepada masalah yang berlaku secara berfokus
5. Membina instrumen yang ringkas dan mudah
6. Pemprosesan data lebih ringkas secara deskriptif menggunakan min dan %
7. Tidak memerlukan kajian rintis
8. Melibatkan empat tindakan iaitu membuat refleksi, membuat tinjauan,
melakukan intervensi dan memerhati kesan dan impaknya kepada murid.

9
5.0 TINJAUAN AWAL MASALAH

Pengenalan "research-based decision-making" dalam kalangan guru menjadi


pendekatan terbaik untuk menghasilkan guru sebagai penyelidik dengan memilih
skop kajian yang berkaitan dengan masalah yang perlu mereka hadapi ketika
menggerakkan proses PdPC yang berpusatkan murid. Menurut Stenhouse (1984)
tentang perlunya guru membuat kajian, sebagaimana yang dinyatakan:

Orang lain di luar bilik darjah boleh memberi kritikan tetapi hanya guru
sahaja yang tahu masalah yang mereka hadapi serta cara
mengatasinya, jadi guru perlu membuat tinjauan awal terhadap
masalah yang hendak ditambahbaik menggunakan kaedah dan model
tertentu bagi membuat keputusan dan meningkatkan kemahiran
profesionalisme. Tindakan ini bererti guru telah terlibat sebagai
penyelidik dan melaksanakan kajian tindakan di bilik darjah.

Tinjauan awal masalah kajian boleh menggunakan Borang Tinjauan Awal


Masalah Kajian untuk menyenaraikan masalah-masalah yang muncul dan dihadapi
dalam konteks PdPC di bilik darjah. Proses ini disebut oleh Goodman & Wilde(1996)
sebagai tindakan Look. Berdasarkan masalah yang telah disenaraikan, tentukan
tahap kritikal masalah kemudian fokuskan kepada masalah yang paling kritikal dan
paling urgency dengan beberapa justifikasi (sebab pemilihan).

6.0 MODEL KAJIAN TINDAKAN

Saya mengesyorkan beberapa model kajian tindakan yang perlu dirujuk untuk
memahami langkah-langkah menjayakan kajian tindakan. Sumber utama yang perlu
dirujuk ialah Manual Kajian Tindakan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia (2008).

6.1 Model Look - Think - Action

Look

Action Think

Rajah 6: Model LTA (Stringer, 1999)

10
Aplikasi L-T-A berlaku dengan kerap dalam setiap fasa perkembangan Kajian
Tindakan bermula pada peringkat merancang, melaksana, menilai, melapor dan
menerbit. Lihat jadual berikut.

Jadual 1 : Pelan LTA Kajian Tindakan

Fasa L T A
 Mengenalpasti  Menentukan variabel
masalah yang masalah untuk
berlaku dalam bilik membina tajuk
darjah kajian
 Memilih masalah 
MERANCANG

Mendakami ciri-ciri
untuk diselesaikan masalah
Menyediakan Pelan
 Menetapkan sasaran  Memikirkan cara LTA Kajian Tindakan
masalah yang (how) untuk
hendak diselesaikan mencapai keadaan
ideal
 Merujuk dokumen,  Mengenalpasti teori
teori dan model dan model untuk
berkaitan intervensi
 Menyediakan  Membina instrumen  Mengaplikasi
panduan kajian (pemerhatian, kaedah intervensi
MELAKSANA

pelaksanaan temubual, ujian atau dalam bentuk aktiviti


soal selidik ringkas)
 Melihat dan  Mencatat dan  Membuat refleksi
memerhati merekodkan dan menganalisis
perubahan perubahan dalam data yang dikumpul
tingkahlaku murid instrumen
 Menyemak  Mengenalpasti  Membuat rumusan
MENILAI

kesesuaian bahan kelebihan dan keberkesanan


rangsangan dan kelemahan langkah intervensi
aktiviti
 Merujuk format  Mengemaskini data  Menyiapkan
MELAPOR

pelaporan Kajian untuk pelaporan pelaporan Kajian


Tindakan Kajian Tindakan Tindakan

 Menyediakan fail  Menyediakan  Membentangkan


MENERBIT

untuk menyimpan ringkasan eksekutif dan menerbitkan


segala dokumen Kajian Tindakan Kajian Tindakan
Kajian Tindakan

6.2 Model Kemmis & McTaggart (1988)

Model Kemmis & Mc Taggart (1988) telah mengutarakan empat langkah penting
dalam melaksanakan Kajian Tiindakan iaitu mengaplikasikan langkah intervensi
kemudian boleh diulang untuk tindakan kali kedua jika tidak menampakkan hasil

11
atau tindakan bagi intervensi kedua dan seterusnya dengan melalui proses yang
sama mengikut gelung yang telah dipaparkan.

MEMBUAT
REFLEKSI PdPC Tinjauan Awal
 Menyenarai masalah
 Mengumpul data awal
 Menentukan isu kajian

MEMBUAT MERANCANG
PEMERHATIAN KAJIAN

MENJALANKAN
KAJIAN

MEMBUAT
REFLEKSI PdPC
Ke Gelung
Seterusnya
Jika Berkaitan

MEMBUAT MERANCANG
PEMERHATIAN KAJIAN

MENJALANKAN
KAJIAN

Rajah 7: Model Kemmis & Taggart (1998)

6.3 Model UCR

Satu lagi panduan untuk melihat bagaimana intervensi dalam Kajian Tindakan untuk
membawa perubahan tingkahlaku samada dalam domain kognitif, afektif mahupun
psikomotor ialah The Framework Model of Change yang mengutarakan konsep
unfreeze - change - refreeze. Konsep Unfreeze merujuk kepada keadaan semasa
yang tidak menepati keperluan dan menimbulkan ancaman yang perlu diubah untuk
menjadi lebih baik dan menepati piawaian yang telah ditetapkan iaitu proses
Change untuk mengembangkan potensi dan kompetensi agar memenuhi keperluan,
jangkaan dan piawaian yang dikehendaki. Dalam ertikata lain menerusi proses
perubahan dapat menjadi lebih baik dan memenuhi ciri-ciri yang positif.

12
UNFREEZE Keadaan sedia ada yang  Mengimbas persekitaran
perlu kepada perubahan  Identifikasi masalah
agar menjadi lebih baik
 Capaian data
dan positif
C
H
A  Diagnosis Masalah
N Mengubah sikap  Pelan tindakan
G dan tingkahlaku  Implementasi
E dengan membuat  Tindak ikut
perubahan
 Pemerhatian / Penilaian

Implikasi perubahan
hasil intervensi yang  Pemerhatian/Penilaian
REFREEZE dilaksanakan menerusi  Pemantauan berterusan
pelbagai bentuk  Belajar melalui prroses
sokongan

Rajah 8: Kerangka Perubahan UCR (Lewin, 1960)

7.0 INTERVENSI DAN PEMERHATIAN DALAM KAJIAN TINDAKAN

7.1 Menentukan dan mengenalpasti langkah intervensi

Setelah mengenalpasti dan menentukan isu kritikal yang hendak diubah, berikut
ialah tips menjayakan perubahan:

Rujuk langkah-
Tentukan kaedah Pantau aktiviti dan
langkah mengatasi
atau model yang bahan rangsangan
masalah melalui
hendak digunakan yang digunakan
kajian literatur

Rajah 9: Panduan Membuat Perubahan

Misalnya isu yang dikenalpasti ialah "Masalah murid dalam bacaan", maka
model yang boleh digunakan dapat dirujuk daripada pelbagai sumber, antaranya
buku Psikologi Pembelajaran yang mengemukakan Model PQ4R dalam menangani
masalah bacaan yang dihadapi agar prestasi bacaan meningkat dan kelancaran
dalam menyerap maklumat dengan kaedah bacaan yang sistematik dapat
dihasilkan.

7.2 Langkah-langkah Pemerhatian Semasa dan Selepas Intervensi

Model intervensi terhasil melalui gabungan dan kombinasi antara pemikiran,


tingkahlaku, bahan rangsangan, interaksi sosial, kolaboratif, kepelbagaian kaedah,
kawalan dan pemantauan juga aktiviti yang berkesan. Kadangkala sesuatu masalah

13
tidak cukup hanya dengan satu aktiviti atau kaedah tetapi memerlukan beberapa
aktiviti atau kaedah. Semasa intervensi dilaksanakan,

A-K 1

1. Pemerhatian
2. Pemantauan
3. Rumusan

Refleksi Tamat
Berkesan
Kurang

A-K 2

4. Pemerhatian
5. Pemantauan
6. Rumusan

Refleksi

Rajah 10 : Aktiviti dan Kaedah Penyelesaian Masalah

7.3 Rumusan Intervensi dan Langkah Berikutnya

Pelaksanaan intervensi bagi mengatasi masalah boleh dilihat keberkesanannya


melalui beberapa petunjuk, iaitu:
1. Iklim pembelajaran
2. Data yang diperoleh berdasarkan dokumen
3. Perubahan tingkahlaku

Iklim pembelajaran jika sebelumnya lesu, longlai, lemah dan tidak aktif tetapi
selepas mengaplikasikan kaedah baharu dan aktiviti yang dirancang, iklim belajar
menjadi lebih ceria, menarik, menyeronokkan dan aktif. Untuk memantau
keberkesanannya, data-data boleh diperolehi menggunakan alat pengumpulan data
yang ringkas dan mudah iaitu borang pemerhatian, ujian, temubual dan soal selidik.
Yang paling mudah, guru yang menjalankan kajian memang mengenal dengan
murid-murid yang menjadi responden, jadi sebarang perubahan tingkahlaku yang
berlaku akan dapat dikesan dan diketahui.

14
8.0 PELAN LTA KAJIAN TINDAKAN

Untuk memudahkan penyediaan dokumen pembuktian bahawa Kajian Tindakan


telah dilaksanakan, Pelan LTA Kajian Tindakan yang merupakan satu inovasi boleh
digunakan untuk mendapatkan pengesahan pemimpin pertengahan dan pemimpin
sekolah dan disimpan secara hard copy dalam fail kajian tindakan manakala
dokumen penuh boleh disimpan dalam bentuk soft copy dalam google drive, e mel
dan sebagainya.

8.1 Look (Tinjau)


Terdapat tiga komponen yang dipaparkan pada bahagian ini iaitu:

Unfreeze Change Refreeze


Perubahan
Isu Kritikal / Isu Kaedah / Aktiviti
Keperihatinan
Tingkahlaku
Intervensi
(Impak)

8.2 Think (Fikir)

Bahagian ini menyatakan tentang kandungan Kajian Tindakan bermula daripada


pemerolehan data awal dan keterangan tentang metodologi kajian, iaitu:

8.2.1 Refleksi PdP Lalu

Konsep refleksi PdP lalu ini merupakan tinjauan awal berdasarkan pemerhatian
terhadap proses PdP serta pernyataan emosional yang dialami berdasarkan respons
yang ditunjukkan oleh murid. Kajian Tindakan akan lebih mudah dilaksanakan, jika
guru-guru merekodkan setiap perubahan tingkahlaku yang kritikal dalam refleksi
PdP Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Refleksi ini boleh juga menjadi tinjauan
awal kajian dimana penyelidik mengumpul data menggunakan instrumen kajian
bertujuan mendapatkan gambaran awal tentang sesuatu masalah disamping
membantu penyelidik memahami masalah yang telah dikenal pasti dengan lebih
mendalam.

8.2.2 Tinjauan Literatur

Tinjauan literatur merujuk kepada sumber kaedah dan aktiviti yang dipilih untuk
melaksanakan langkah intervensi dengan merujuk kajian-kajian lepas tentang
keberkesanan kaedah atau aktiviti yang berkaitan dalam menyelesaikan isu yang
serupa samada dalam negara atau luar negara namun secara ringkas. Melalui
tinjauan literatur ini juga, teori atau model yang digunakan boleh dinyatakan dengan
lebih jelas.

15
8.2.3 Tajuk Kajian

Setelah isu kritikal atau isu keperihatinan dan langkah intervensi dikenalpasti, maka
tajuk kajian yang melibatkan beberapa pembolehubah dapat dinyatakan untuk
menerangkan skop kajian yang hendak dilaksanakan. Empat perkara penting yang
perlu difikirkan ketika menentukan tajuk kajian, ialah:
1. Adakah masalah itu wujud dalam kelas anda?
2. Adakah masalah itu serius dan mengganggu prestasi pengajaran anda?
3. Dapatkah anda melakukan sesuatu terhadap masalah tersebut bagi
membaikinya?
4. Adakah anda terlalu bergantung kepada orang lain apabila hendak melakukan
tindakan intervensi terhadap masalah tersebut?

8.2.4 Objektif Kajian

Nyatakan objektif kajian dengan pernyataan eksplisit yang jelas dan dapat diukur
dengan mudah menggunakan analisis data yang ringkas. Oleh kerana isu yang
dikaji merupakan tindakan spesifik dalam konteks PdPC, maka 3 hingga 4 objektif
sudah memadai.

8.2.5 Metodologi Kajian

Metodologi merujuk kepada kaedah kajian tindakan digunakan merujuk kepada


justifikasi pemilihan isu, sasaran kajian, keperluan melaksanakan perubahan dan
bagaimana perubahan ini dapat memberi impak kepada pembelajaran murid.

8.2.6 Pengumpulan Data

Pengumpulan data merujuk kepada cara data diperolehi serta alat yang digunakan
bagi mendapatkan data untuk menjayakan kajian tindakan.

8.2.7 Analisis Data

Analisis data adalah ringkas, mudah dan lebih fleksibel untuk mengatasi isu yang
berlaku. Data dianalisis menggunakan peratus, min dan paparan grafik.

8.3 Action (Tindakan)

Nyatakan tindakan (aktiviti / kaedah) yang telah dilaksanakan bagi menggerakkan


perubahan dan mewujudkan perubahan positif dalam tingkahlaku belajar murid
samada dalam aspek kognitif, afektif mahupun psikomotor. Fokus utama ialah
dapatan kajian dan impaknya terhadap kegiatan belajar murid adakah berlakunya
peningkatan, perubahan positif dan mengurangkan ancaman yang berlaku.

16
8.4 Refleksi Kajian

Refleksi amat penting dalam Kajian Tindakan. Ia didefinisikan sebagai inkuiri yang
sistematik oleh seseorang guru terhadap amalan pengajaran sendiri bagi
memperbaiki dan meningkatkan keberkesanannya serta memperdalamkan
kefahaman terhadapnya. Sikap yang perlu ada untuk menjadi seorang yang
berfikiran reflektif adalah berfikiran terbuka (open-mindedness), kesungguhan
(wholeheartedness) dan tanggung jawab intelek (intellectual responsibility).

9.0 PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Setelah berlakunya tinjauan awal, penentukan isu kritikal, implementasi kaedah dan
aktiviti intervensi serta penilaian yang dibuat menggunakan pelbagai alat ukur, maka
segala data yang telah dianalisis boleh dilaporkan mengikut panduan format berikut:
1. Halaman tajuk
2. Kandungan
3. Senarai Rajah / Jadual

Manakala kandungan laporan merangkumi komponen-komponen berikut:


1.0 Refleksi PdP Lalu
2.0 Isu Keperihatinan (Pernyataan Masalah)
2.1 Bagaimana isu keperihatinan dipilih? (Cara memilih isu)
2.2 Kenapa isu keperihatinan ini dipilih? (Sebab pemilihan isu)
2.3 Kenapakah isu ini perlu diatasi? (Tujuan penyelesaian isu)
3.0 Objektif kajian (dinyatakan dalam bentuk aksplisit dan boleh diukur)
4.0 Kumpulan sasaran kajian (Responden yang terlibat)
5.0 Implementasi Langkah Intervensi (Kaedah/Aktiviti)
i. Langkah 1 - Pemantauan, Pemerhatian dan Analisis Data
ii. Langkah 2 - Pemantauan, Pemerhatian dan Analisis Data
6.0 Dapatan Kajian dan Refleksi
7.0 Impak dan Cadangan Kajian
8.0 Rumusan

10.0 PENUTUP

Perkara utama dalam prinsip pelaksanaan kajian tindakan ialah matlamat untuk
memperbaiki amalan seseorang atau mengatasi masalah yang dihadapi dengan
membuat tindakan terhadap penemuan yang didapati tentang sesuatu amalan itu.
Kajian tindakan dalam pendidikan menjadi satu perkembangan penting yang
memberi alternatif penyelidikan kepada pendidik. Kajian tindakan merupakan satu
pendekatan bagi meningkatkan kualiti pendidikan serta wadah yang sangat
berkesan dalam membantu guru-guru memahami dan menganalisis masalah dan
seterusnya menjalankan kajian bagi mendapatkan jawapan untuk mengatasi
masalah tersebut.

17
Lampiran 1
BORANG TINJAUAN AWAL MASALAH KAJIAN

SUBJEK MASA
TAJUK KELAS

MASALAH TINGKAHLAKU BELAJAR YANG PERLU DIAMBIL TINDAKAN

BIL MASALAH TAHAP PILIHAN

10

ISU KEPERIHATINAN

MASALAH KAJIAN 3 SEBAB PEMILIHAN (JUSTIFIKASI)

1.

2.

3.

Perlu Segera Penyebab Adakalanya Jadi


Kritikal
Diatasi Gangguan Masalah
4 3 2 1

18
Lampiran 2

PELAN LTA KAJIAN TINDAKAN


(Untuk tujuan dokumentasi)

Look (Tinjau)
Keadaan Semasa Yang Langkah Perubahan Yang Perubahan Ideal Yang
Hendak diUbah Diambil Dikehendaki
(Unfreeze) (Change) (Refreeze)

ABSTRAK

Think (Fikir)
Refleksi PdPC yang lalu:

Tinjauan Literatur

19
Tajuk Kajiian:

Objektif Kajian :
1.
2
3.
4.

Metodologi Kajiian:

Pebgumpulan Data Kajiian:

Analisis Data Kajiian:

20
Action (Tindakan):

Langkah 1

Pemantauan

Pemerhatian

Refleksi

Langkah 2

Pemantauan

Pemerhatian

Refleksi

Rumusan :

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Guru Penyelidik Disahkan oleh :

....................................................... ..................................................
( ) ( )

Tarikh dihantar untuk semakan : .....................

Tarikh disimpan dalam fail Kajian Tindakan : .....................

21
RUJUKAN

Anita Woolfolk, 2010. Educational Psychology, 6Ed. Boston : Allyn and Bacon.
Cruickshank, D. R., Jenkins, D. B., & Metcalf, K. K. 2006. The act of teaching. New
York: McGraw-Hill.
Goodman, Y. & Wilde, S. 1996. Notes from a kidwatcher: Selected writings of Yetta
M. Goodman. Portsmouth, NH: Heinemann.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014. Pembelajaran Abad Ke 21. Kuala Lumpur:
KPM
Stringer, E.T. 1996. Action research: A handbook for practitioners. Thousand Oaks,
CA: Sage Publications
Stringer, E. T., Christensen, L. M. & Baldwin, S. C. 2009. Integrating teaching,
learning, and action research: Enhancing instruction in the K-12 classroom.
Thousand Oaks, CA: Sage.
Stringer, E.T. 1999. Action research. 2nd Ed. Thousand Oaks, CA: Sage.
Stenhouse, 1984. Practical action research for change. Arlington Heights, IL:
IRI/SkyLight Training and Publishing.

22

You might also like