Inkuiri

You might also like

Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 10
‘Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017 ‘Mac 20-22 di IPBL, Kuching, Sarawak HUBUNGAN ANTARA KAEDAH PENGAJARAN INKUIRI DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN SAINS- Rosnani Binti Abdul Latif & Ruhizan Binti Mohammad Yasin Fakuliti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK: Kajian korelasi dilaksanakan bertujuan untuk menguji hubungan antara pengajaran inkuiri oleh guru sains dengan Kemahiran Berftkir Aras Tinggi pelajar (KBAT), Sampel kajian terdiri daripada 323 orang pelajartingkatan empat daripada 10 buah sekolah dalam daerah Padawan, Kuching. Sarawak. Pengajaran inkuirimerupakan kaedah pengajaran yang berasaskan_masalah. Manakala Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pula diberikan penekanan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Soal selidik digunakan tuntuk mengumpal data daripada responden kajian. Soal selidik mengandungi tiga bahagian. Bahagian A mengenai demografi responden, bahagian B ialah item pengajaran Inkuiri dalam mata pelajaran Sains, dan bahagian C pula ialah KBAT pelajar dalam mata pelajaran Sains. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi pada aras keyakinan 0.05 (p<0.05), Ujian kolerast Pearson, Ujian-t dan ujian analisis varians (ANOVA) sehala digunakan untuk rmenguji hipotesis-hipotesis kajianDapatan kajian pada keseluruhannya rmenunjukkan kaedah pengajaran inkuiri dalam mata pelajaran Sains mempunyai hhubungan yang signifikan dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar.Implikasi kajian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran inkuiri berkesan rmeningkatkan KBAT pelajar. Oleh itu guru-guru periu diberikan latihan yang intensif supaya pengajaran inkuiri dalam mata pelajaran Sains dapat diaplikasikan di dalam kelas bagi meningkatkan KBAT pelajar. ‘Kata kunci: Kaedah pengajaran,inkuiri, KBAT, mata pelajaran Sains. ABSTRACT: This research is a correlation research aimed to study the relationship between Inquiry Teaching Method and students’ ‘High Order Thinking Skills (HOTS) by science teachers. Research sample consisted of 323 Form 4 students from 10 schools in Padawan District, Kuching, Sarawak. Inguiry learning is a problem-based teaching method. High Order Thinking Skill (HOTS) ‘are accenniaied in Malaysia Education Blueprint (PPPM) 2013-2025 Questionnaires were used to collect data from the respondems identified for this studs. The questionnaires were consisted of three sections. Section A about respondents’ demography, Section R is Science subject inquiry teaching Hems and Section C is items on students HOTS in science subjects. Research data was then ‘analysed through descriptive and inferential statistic at the confidence level of (0.05 (0.05). Pearson correlation test, Independent samples t-test and One way Analysis of Variances (ANOVA) were used to test the hypothesis of the study: Based on the finding of the study, it was concluded that there were significant relationship Between inguiry teaching method in science subject and students’ High Order Thinking Skill (HOTS). Implication of the study showed that Inquiry Teaching Method is effective in increasing students’ HOTS. Therefore teachers should be given intensive training to ensure inquiry learning. in science subject 10 +e applied in classroom to improve students’ HOTS, Keywords: Teaching Method, Inquiry, HOTS, Science subject ‘Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017 Mac 20-22 di [PBL, Kuching, Sarawak PENGENALAN Malaysia bakal muncul sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi ‘merealisasikan hasrat tersebut, negara amat memerlukan warganegara yang kreatif, berketrampilan, mengamalkan budaya sains dan teknologi serta mampu bersaing di peringkat elobal. Justeru itu maka pelajar yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara perlu ddilengkapkan dengan ciri-ciri pelajar abad ke-21.Antara ciri-ciri pelajar abad ke-21 ialah bijak berkomunikasi, bijak menyoal apa yang berlaku, berani mengambil risiko, mempunyai semangat inkuiri, berintegriti, berkemahiran kritis serta celik literasi. Pelajar sedemikian dapat dibentuk sekiranya sistem pendidikan kita mengamalkan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21. Contohnya mata pelajaran sains merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang ‘mengandungi pelbagai proses dan kaedah tertentu seperti kaedah inkuiri yang boleh ‘membantu dalam penyelesaian masalah Mata pelajaran sains menyediakan satu rangka konsep yang membolehkan pelajar memehami alam sekeliling, menggunakan pelbagai kemahiran dan perlu berfikir secara krtis dan kreatif. Penyelesaian masalah dalam mata pelajaran sains memerlukan kemahiran menganalisis, ‘menilai, menaakul dan membuat keputusan berdasarkan fakta.Konsep pembelajaran abad ke- 21 merupakan suatu bentuk pembelajaran yang menckankan keperluan pelajar menguasai isi Kandungan. Di samping itu, pelajar perlu menghasilkan, mensintesis dan membuat penitaian terhadap maklumat yang diperoleh daripada pelbagai mata pelajaran dan sumber-surnber yang Iuas dengan memahami dan menghormati budaya yang berbeza. Pelajar abad ke-21 diharap dapat menguasai beberapa kemahiran seperti berkomunikasi, bekerjasama, mencipta, ‘menguasai kemahiran digital serta mempunyai tanggungjawab sivik (Barnet Berry, 2011). Berdasarkan laporan Programme for International Student Assesment (PISA) tahun 2009 bagi mata pelajaran matematik, Malaysia berada dikedudukan ke-57, ke-55 bagi sains dan ke- 52 bagi kefahaman dalam kalangan 74 buah negara. Manakalan laporan Trends in ‘Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011, Malaysia berada pada kedudukan ke-20 bagi ‘matematik dan ke-32 bagi sains dalam kalangan 49 buah negara (BPK, 2012). Keadaan ini memberikan gambaran babawa hasrat Malaysia untuk malahirkan warganegara yang. dapat bersaing di peringkat global belum mampu dicapai. Oleh itu melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyenaraikan enam ciri yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk bersaing di peringkat global. Salah satu ciri penting ialah kemahiran berfikir ‘yang merupakan kemahiran paling asas yang boleh dikembangkan dan menjadi kunci kepada pencapaian yang tinggi bagi semua pelajar (Nessel & Graham, 2007). Pedagogi abad ke-21 harus menekankan kepada pembentukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). KBAT ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan menilai dalam membuat penaakulan bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (KPM, 2013). KBAT dapat dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bilik darjah, KBAT juga dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran terutamannya bagi mata pelajaran sains yang menekankan pembelajaran berasaskan inkuiri. Pengajaran inkuiri ialah satu kaedah yang dapat diaplikasikan oleh guru mata pelajaran sains semasa proses PdP. Menurut Mohd Najib Abdul Ghafar (1999), kebanyakan guru sains kurang menggunakan kaedah pengajaran berdasarkan kaedah inkuiri. Oleh itu Pemilihan pengajaran inkuiri yang berorientasikan kemahiran berfikir adalah langkah terbaik bagi meningkatkan pemeroichan 351 ‘Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017 Mac 20-22 di IPBL, Kuching, Sarawak pengetahuan yang akan membentuk budaya berfikir aras tinggi dalam kalangan_pelajar. langkah yang sewajamya perlu dilakukan oleh guru mata pelajaran sains dengan menggunakan kaedah pengajaran inkuiri dalam PdP adalah bersesuaian dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2001 yang menyarankan penggunaan kaedah inkuiri dalam proses PdP. TINJAUAN LITERATUR Kaedah Pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang menpunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal dalam diri seseorang yang lain. Kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, sumbang saran (brain storming), perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain. Secara umumnya kaedsh pengajaran adalah proses yang berorientasikan ‘matlamat yang dirancang terlebih dahulu (Abd Rahim, 2002). Misalnya untuk menjalankan kaedah pengajaran inkuiri, guru mata pelajaran sains perlu menguasai beberapa kemahiran kerana kaedah inkuiri merupakan salah satu pendekatan yang, berasaskan penyelesaian masalah secara inkuiri melalui pelbagai cara dan kacdah seperti eksperimen dan kajian buku teks. Kajian tentang pengajaran sains ini berasaskan model-model pengajaran.inkuiri yang, berkesan iaitu Model Pengajaran Inkuiri Sains Sosial, Model Inkuiri Suchman dan Model Inkuiri olch Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Model- ‘model tersebut menunjukkan dengan jelas bahawa keupayaan dan kemahiran seseorang guru dan penglibatan aktif murid akan mewujudkan pengajaran yang berkesan, Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan dengan baik untuk mencapai matlamat pengajaran yang, berkesan dan berkualit Oleh yang demikian, ketiga-tiga model di atas dapat membantu dalam menentukan bentuk dan tahap pengajaran berkualiti. Sementara itu, model Gage dan Berliner (1992) juga memberikan fokus kepada guru dalam menyediakan perancangan pengajaran dan menyampaikan pengajaran dalam kelas serta mengemukakan aspek-aspek khusus. dalam proses pengajaran, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, Kkemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2013). Ini bermakna KBAT memerlukan proses kemehiran berfikir secara intelek dengan pemikiran yang meluas serta mendalam untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan staupun menyelesaikan masalah. Rajendran (2014) menyatakan KBAT merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif’ Melalui KBAT seseorang pelajar perlu memahami, menghubung kait serta menggabungkan maklumat, mengkategorikan dan_memanipulasi untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan serta menambah kefahaman, Ini membolehkan Pelajar menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk penyelesaian yang baharu bagi setiap masalah KBAT juga merupakan kemahiran berfikir yang melampaui kemahiran berfikir secara asas ‘atau kemahiran berfikir aras rendah (KBAR). KBAR bermaksud penggunaan pemikiran pada tahap yang terhad. KBAR melibatkan kemahiran yang dikembangkan pada tahap hirarki 392 Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017 Mac 20-22 di IPBL, Kuching, Sarawak kognitif yang rendah seperti mengingati dan memahami bahan yang telah dipelajari (Rajendran, 1998) Sains merupakan mata pelajaran yang mempunyai struktur yang, sistematik, Pemahaman ‘erhadap struktur akan menjadikan proses PdP mata pelajaran sains menjadi lebih menarik, ‘menambat minat pelajar, lebih dinamik dan berkesan, Pengajaran inkuiri akan memberikan peluang kepada pelajar untuk menjalankan penerokaan melalui eksperimen, perbincangan, ‘unjuk ajar dan Japangan untuk menyelesaikan persoalan kajian sendiri dengan atau tanpa bimbingan guru (BPK, 2001). Kaedah pengajaran inkuiri dalam PdP sains scharusnya menjadi budaya supaya dapat memupuk dan mengembangkan sifat ingin tahu dalam kalangan pelajar. Aktiviti inkuiri meliputi proses untuk mencari dan mendapatkan maklumat atau kefahamn mengenai sesuatu konsep, teori atau persoalan dan seterusnya menggunakannya untuk menjalankan penyiasatan tethadap permasalahan tersebut (Eggen & Kauchak, 2004). Inkuiri juga bermaksud mencungkil dan mempersoalkan sesuatu bagi mendapatkan jawapan tethadap sesuatu yang dipelajari, Manakala penemuan pula ialah proses yang melibatkan usaha_memahami, mengumpul maklumat, membuat analisis, membuat kesimpulan dan ‘mengemukakan idea yang bersesuaian tethadap sesuatu. perkara (Abdul Rahim, 1999). Pengajaran inkuiri memberikan banyak kelebihan kerana pendekatan inkuiri mengalakkan petkembangan kemahiran berfikir peringkat tinggi, aktif dalam mencari ilmu serta ‘mempelajari kaedah penyoalan (Gibson, 1998). Pengajaran inkuiri yang dicadangkan oleh BPK mempunyai beberapa tahap bergantung kepada cara guru menentuka jenis aktiviti yang hendak dijalankan. Pembelajaran inkuiri boleh dilaksanakan melalui kaedah penyoalan, perbincangan, tunjuk ajar dan eksperimen. Kajian ini akan memberikan tumpuan kepada aktiviti yang di jalankan oleh guru di dalam Kelas atau makmal melalui pelbagai aktiviti. Kajian berkaitan dengan KBAT dalam pengajaran bahasa dan telah dijalankan oleh Rajendran pada 1998. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PUP bahasa berupaya ‘meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis. Namun demikia beliau telah mengenal pasti ‘nam masalah dalam pengajaran KBAT iaitu latihan guru, suasana PdP, perlu mendapat keizinan, kaedah pengajaran guru, guru kurang keyakinan dan fokus yang lebih kepada peperiksaan awam. Kajian Zamri dan Jamaludin (2002) mendapati bahawa guru lebih selesa menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) berbanding KBAT. Manakala Yahya (2003) berpendapat guru perlu diberikan latihan dan pendedahan yang lebih tentang kemahiran berfikir. Dapatn kajian juga mendapati guru belum menguasai aspek kemahiran berfikir di samping terdabat kekangan untuk melaksanakan kemahiran berfikir. Kajian penyebatian kemahiran berfikir dalam PdP Bahasa Melayu yang dijalankan oleh Noor Rohana (2003) mendapati guru-gura di bandar lebih bermotovasi untuk melaksanakan Kemahiran berfikir berbanding rakan-rakan mereka di kawasan Iuar bandar, Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan antara kemahiran berfikir dengan pencapaian pelajar. Namun demikian dari segi pelaksanaan, penggunaan strateci dan teknik kemahiran berfikirdalam PaP masih terbatas, Kajian Barak et. al (2007) telah melakukan kajian terhadap 177 orang pelajar sekolah menengah atas. Kajian ini mengambil masa tiga tahun dan menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitati Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengajaran kemahiran berfikit secara berterusan melalui PdP mata pelajaran sains telah berjaya meningkatkan keupayaan kognitif 35: ‘Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017 Mac 20-22 di IPBL, Kuching, Sarawak pelajar dan mengintegrasikan KBAT sebagai sikap pemikiran pelajar tersebut. Namun dapatan kajian beliau juga mendapati pengajaran guru sains sering menjurus kepada kaedah pengajaran yang tidak merangsang kepada perkembangan kognitif pelajar pada aras tinggi Beberapa kajian telah dilakukan olch pengkaji untuk melihat hubungan antara kacdsh pengajaran dengan minat dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran tersebut dan pengaruhnya, tethadap pencapaian dalan mata pelajaran tersebut. Adam (1962) telah membuat kajian tethadap 190 orang pelajar pendidikan dan psikologi di Universiti Chicago. Kajian adalah mengenai sikap pelajar tethadap mata pelajaran Sejarah, bahasa Inggeris, Pendidikan Jasmani, Matematik dan Sains, Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat kolaborasi yang, tinggi antara sikap dan minat pelajar dengan pencapaian akademik termasuklah dalam mata pelajaran Sejarah, Satu kajian eksperimen telah dilakukan oleh Zubir (2000) mengenai perbandingan keberkesanan dua kaedah pengajaran ke atas sikap dan minat serta pencapaian dalam mata pelajaran Sejarah. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan sikap di antara kumpulan eksperimen yang menggunakan kaedah inkuiri dengan kumpulan yang kacdah konvensional. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan pencapaian pelajar bagi dua kumpulan ini, Hasil kajian menunjukkan kaedah pengajaran inkuiri yang berpusatkan pelajar telah memberikan kesan ke atas sikap dan pencapaian pelajar. Harrison (2003) telah melaksanakan kaedah pengajaran simulasi dalam pengajaran mata pelajaran perakaunan. Pengajaran dilaksanakan dalam kumpulan kecil, Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar lebih memahami kaedah-kaedah dan konsep-konsep perakaunan jika dibandingkan dengan pengajaran secara tradisional. Kajian juga mendapati_pelajar- ppelajar melibatkan diri secara aktif di dalam kumpulan yang disertai oleh mereka. Haslina (2000) telah menjalankan kajian ke atas 81 orang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan untuk melihat keberkesanan kaedah inkuiri penemuan terhadap minat dan sikap pelajar serta hubungannya dengan pencapaian mata pelajaran tersebut. Hasilnya dapatan kajian mendapati kaedah ini telah membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Kaedah inkuiri penemuan ini telah menyemai sikap positif dalam kalangan pelajar terhiadap mata pelajaran biologi berbanding dengan kaedah konvensional Hasil kajian ke atas guru Sains dan matematik menunjukkan masalah berkaitan strategi pengajaran yang kurang sesuai masih diamalkan walaupun telah banyak usaha, langkah dan pendekatan penambahbaikan yang dilaksanakan oleh KPM. Kelemahan strategi pengajaran ‘yang Jampan bercorak ‘chalk and talk” masih dilakukan, Guru cenderung menggunakan Strategi pengajaran yang berorientasikan peperiksaan berbanding pengajaran yang menitik beratkan kemahiran berfikir. (Ooi, 2002) Shahril@ Charil (2005) Juga telah menjalankan kajian tentang amalan pengajaran guru yang berkesan, Kajian ini telah di jalankan di beberapa buah sekolah di Selangor dan kuala Lumpur. Kajian bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap pengajaran guru berdasarkan model pengajaran berkesan Slavin. Kaedah temu bual dan tinjauan telah digunakan. Dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara perbezaan jantina pelajar dengan cara pengajaran guru. Demikian juga dari segi kaum, juga tidak terdapat perbezaan yang signifikan 354 ‘Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017 Mae 20-22 di IPBL, Kuching, Sarawak METODOLOGI Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang dilakukan dengan menggunakan soal selidik dan bertujuan untuk mengumpul maklumat terkini tentang hubungan antara kaedah pengajaran inkuiri dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar dalam mata pelajaran sains Kajian ini dijalankan di sepuluh buah sekolah dalam daerah Padawan, Kuching, Sarawak. Responden kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Sains sebagai mata pelajaran teras. Sampel kajian ini dipilih melalui prosedur persampelan berkelompok (cluster sampling). Sampel kajian terdiri daripada 323 orang, pelajar tingkatan empat yang mengikuti pembelajaran sains yang menggunakan pengajaran inkuiri terbimbing. Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk melihat hubungan antara kkaedah pengajaran inkuiri oleh guru mata pelajaran Sains dengan KBAT pelajar. Menurut Neuman (1991) soal selidik yang baik mampu merangkumi keseluruhan aspek atau gagasan yang ingin dikaji, Soal selidik sewajamya mempunyai arahan yang bersifat piawai iaitu seragam bagi semua subjek yang hendak dikaji, Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian, iaitu demografi responden, pengajaran inkuiri dalam mata pelajaran sains dan KBAT pelajar dalam mata pelajaran sains. Soal selidik ini ‘menggunakan skala Likert untuk memudahkan analisis data. Terdapat lima peringkat dalam skala Likert. Skala 1 menunjukkan tahap sangat tidak setuju dan skala 2 pula adalah tahap ‘tidak setuju. Tahap 3 ialah tahap kurang setuju. Tahap 4 merupakan tahap setuju dan tahap 5 pula ialah tahap sangat setuju. Kajian rintis bagi tujuan penyelidikan ini telah dijalankan pada 20 Ogos 2016. Kajian rintis ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya, Kuching, Sarawak. Secamai 35 orang responden telah terlibat di dalam kajian rintis ini. Data yang diperolehi daripada kajian rintis dianalisis untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian dengan melihat nilai pekali Alpha Cronbach. Data yang dikumpulkan dari borang soal selidik diproses dengan Komputer menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 22. Prosedur penganalisaan data melibatkan analisis deskriptif dan inferensi Analisa data dengan menggunakan statistik deskriptif adalah untuk menerangkan faktor demografi responden dengan melihat nilai frekuensi, peratus, min dan sisihan piawai. Manakala interpretasi skor min dan sisihan piawai digunakan untuk menerangkan item-item pengajaran inkuiri dan item-item KBAT. Cara interpretasi yang digunakan adalah berdasarkan cara interpretasi yang dicadangkan oleh Rudzi (2003). Menurut Rudzi (2003), skor min antara 3.68 hingga 5.00 menunjukkan tahap yang tinggi. Skor min antara 2.35 hingga 3.67 menunjukkan tahap sederhana dan skor min antara 1,00 hingga 2.34 ‘menunjukkan tahap yang rendah. Ujian Korelasi Pearson telah digunakan untuk menguji aras kesignifikanan dalam melihat hubungan antara pembolehubah. Pekali ‘r’ adalah ukuran perkaitan yang digunakan yang ‘menunjukkan kekuatan dan arah perkaitan di antara pembolehubah. Bagi menganalisis data ‘untuk menunjukkan kekuatan perhubungan antara pembolehubah, pengkaji menggunakan tafsiran Pekali Korelasi yang dikemukakan oleh Borg dan Gall (1983). Aras kesignifikan yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.05. Tafsiran kekuatan hubungan pekali korelasi Pearson mengikut Borg dan Gall dirujuk di Jadual 1 355 Seminar Penyetidikan Pendidikan 2017 Mac 20-22 di IPBL, Kuching, Sarawak Nila @-dan Koterangan 1.97 hingga 1.00 Perkaitan yang sangat haat 0.71 hingga 0.90 Perkaitan yang kuat 0.41 hingga 0.70 Perkaitan yang sederhana kuat 0.21 hingga 0.40 Perkastan yang rendah 0.00 hingga 0.20, Perkaitan yang lemah Sumber Ber dan Gall ORS) Jadual | Hubungan Pekali Korelasi ‘r” Pengkaji juga menggunakan Ujian-t untuk mengenal pasti perbezaan KBAT dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina, Manakala Ujian Analisis Varians (ANOVA) satu hala digunakan untuk melihat perbezaan KBAT pelajar dalam pengajaran inkuiri oleh guru Sains berdasarkan kaum. DAPATAN KAJIAN Berdasarkan analisis deskriptif terhadap demografi responden mengikut jantina, didapati bahawa seramai 150 orang atau 46.4% responden terdiri daripada pelajar lelaki manakala 173 orang atau 53.6% responden terdiri daripada pelajar perempuan. Dapatan ini menunjukkan bahawa majorit responden kajian adalah pelajar perempuan Analisis taburan responden mengikut kaum iaita kaum Melayu, Cina, Iban, bidayuh dan lain- Jain kaum mendapati seramai 121 orang (37.5%) responden merupakan kaum Melayu. 90 ‘orang (27.9%) responden merupakan kaum Cina, Kaum Iban pula seramai 64 orang (19.8%. Diikuti Kaum Bidayuh seramai 40 orang (12.4%). Sementara itu responden yang terdiri daripada lain-lain Kaum ialah seramai 8 orang (2.5%). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa responden daripada kaum Melayu adalah yang tertinggi ‘Hasil dapatan soal selidik berkaitan kaedah pengajaran inkuiri guru dalam mata pelajaran sains, Hasil dapatan mendapati bahawa skor min yang tertinggi diperoleh ialah pada item ‘tujuh (min= 3.48) iaitu seramai 164 (50.8%) responden setuju dan seramai 7 orang (2.2%) sangat setuju bahawa pelajar menjadi lebih bertanggungjawab terhadap kumpulan melalui ‘tugasan yang diberikan. Dalam pada itu seramai 133 orang (41.2%) responden kurang. setuju, 15 orang (4.6%) tidak setuju dan hanya 4 orang, (1.2%) responden yang sangat tidak setuju dengan item tyjuh. Kesimpulannya analisis deskriptif data soal selidik berkaitan berkaitan kaedah pengajaran inkuiri guru dalam mata pelajaran sains mendapati berada pada tahap yang sederhana berdasarkan interpretasi skor min iaitu pada nilai skor min 2.35 hingga 3.67. Hasil dapatan soal selidik berkaitan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) pelajar dalam ‘mata pelajaran sains. Hasil dapatan mendapati bahawa skor min yang tertinggi diperoleh jalan pada item empat (min= 4.44). Item empat ialah pelajar dapat bertikir dengan berkesan apabila guru menggunakan KBAT dalam pembelajaran. Seramai 125 orang (38.7%) orang pelajar bersetuju dan 175 orang (54.2%) pelajar sangat setuju. 11 orang, (3.4%) Pelajar yang tidak setuju dan 12 orang (3.7%) pelajar yang Kurang setuju Kesimpulannya analisis data soal selidik berkaitan berkaitan Kemahiran Berfikir Aras ‘Tinggi (KBAT) Pelajar dalam mata pelajaran sains mendapati nilai min berada pada tahap yang tinggi berdasarkan interpretasi skor min iaitu pada nitai skor min 3.68 hingga 5.00. Analisis berkaitan mengenal pasti hubungan antara kaedah pengajaran inkuiri dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar dalam mata pelajaran sains mendapati 356 Seminar Penyclidikan Pendidikan 2017 Mac 20-22 di IPBL, Kuching, Sarawak bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pengajaran inkuiri dengan KBAT pelajar dalam mata pelajaran sains (r =.454, p<05), Pekali Pearson r = 454 menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana kuat antara kaedah pengajaran inkuiri dengan KBAT pelajar dalam mata pelajaran sains. Pelajar-pelajar yang didedahkan dengan pengajaran inkuiri dapat mengemukakan soalan yang lebih baik pada aras kognitif yang tinggi berbanding pelajar-pelajar yang didedahkan dengan pengajaran tradisional (Cole & Chan 1997), Di samping itu, analisis perbezaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar terhadap kaedah pengajaran inkuiri dalam mata pelajaran sains berdasarkan jantina yang menggunakan ujian-t mendapati terdapat perbezaan KBAT yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap pengajaran inkuiri secara statistik (t (321) =3.54, p=.05). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki mempunyai KBAT yang lebih berbanding dengan pelajar perempuan. Dapatan kajian Aliakbari dan Sadeghdaghigh (2011) ke atas 84 orang pelajar universiti: mengenai kemahiran pemikiran kritikal mendapati bahawa pelajar lelaki mendapat kemahiran berfikir lebih kritikal berbanding pelajar perempuan. Secara konsisten, pelajar lelaki juga dilaporkan memperoleh skor min yang tinggi pada lima dimensi (analisis, induksi, potongan, penilaian dan kesimpulan) berbanding pelajar perempuan, Dapatan analisis ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berkaitan Kemahiran Berfikit Aras Tinggi (KBAT) pelajar dalam mata pelajaran sains berdasarkan kaum (F (4,318) = 2.429, p = .048). Didapati bahawa pelajar kaum Iban memperoleh nilai min yang lebih tinggi berbanding kaum-kaum yang tain iaitu kaum Melayu, Bidayuh, Cina ddan lain-lain. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Weinbaum et. al (2004) ke atas pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik. Kajian beliau mendapati terdapat perbezaan pencapaian pelajar pelbagai etnik setelah melalui pengajaran inkuiri. Dapatan kkajian turut disokong oleh Awg Kasmurie et. al. (2010) yang mendapati peningkatan pemikiran kritis antara kaum. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan pemikiran kritis antara pelajar kaum Melayu, Cina dan lain-lain kaum IMPLIKASI KAJIAN Dapatan kajian telah memberikan implikasi- yang positif tentang penggunaan kaedah pengajaran yang mampu membentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar. ‘Terbukti bahawa kaedah pengajaran inkuiri mampu meningkatkan KBAT pelajar. Justeru itu sewajamya pengajaran inkuiri dipraktik dan diamalkan di sekolah-sekolah seluruh negara sesuai dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dapatan kajian-menunjukkan pengajaran inkuiri dalam mata pelgjaran sains mampu meningkatkan tahap kognitif pelajar dan membentuk KBAT dalam diri pelajar. Hal ini demikian kerana elemen KBAT yang, terdapat dalam sesi pengajaran mata pelajaran sains mampu menjana pemikiran pelajar dan seterusnya meningkatkan KBAT pelajar. CADANGAN KAJIAN MASA DEPAN Walaupun dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kaedah pengajaran inkuiri dengan KBAT pelajar dalam mata pelajaran sains namuan adalah disarankan agar kajian ini diperluaskan lagi diperingkat yang lebih Tuas lagi dan secara koloborasi dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Kajian lanjutan juga boleh dilakukan oleh pengkaji-pengkaji selanjutnya untuk membuat kajian perbandingan antara kaedah pengajaran inkuiri dengan kaedah-kaedah 387 ‘Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017 Mac 20-22 di IPBL, Kuching, Sarawak pengajaran yang Iain. Di samping ity Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu memberikan perhatian yang wajar agar kaedsh pengajaran inkuiri dapai diimplementasi di semua peringkat persekolahan rendah dan menengah RUMUSAN Pengaplikasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui peranan yang dimainkan oleh ‘guru yang berfikiran kritis, kreatif dan inovatif Kebijaksanaan menggunakan kaedah pengajaran inkuiri yang berorientasikan KBAT akan mampu merealisasikan transformasi bidang pendidikan pada masa kini, Walau bagaimanapun, untuk merealisasikan KBAT dalam. kalangan murid, guru perlu menguasai elemen-elemen KBAT dengan mendalam dan cara untuk melaksanakannya di dalam bilik darjah. Selain itu, pihak pentadbir sekolah juga perlu memahami elemen-elemen KBAT dan memastikan semua guru bersedia melaksanakannya. Pentadbir sekolah merupakan pihak yang bertanggungjawab memantau dan memastikan pelaksanaan KBAT ini tercapai dan menepati kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. Seandainya semua pihak memahami matlamat Pelan Pembngunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), maka cita-cita untuk mengaplikasikan KBAT akan berjaya dilaksanakan. Rujukan Abdul Rahim Abdul Rashid, 1999, Kemahiran berfikir merentasi kurikulum: Pendekatan pedagogi ‘dan wawasan pendidikan bestari, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakt. [Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002, Kemahiran berfikir merentasi kurikulum: Pendekatan pedagogi «dan wawasan pendiikan bestar, Shah Alam: Penerbit Fejar Bakti ‘Adams, R. S, 1962.""A further approach to attitude scaling. British Educational Journal. 34: 201-208. ‘Aliakbari & Sadeghdaghighi, 2011. Investigation of the Relationship between gender. Field og study, and eritical thunking skill. Paper presented at The 16th conference of Pan-Pacific Association ‘of the applied linguistic, The Chinese University of Hong Kong ‘Awg Kasmurie, Abdul Razaq & Ahmad Ali, 2010, Keberkesanan pengajaran inkuiri dalam ‘meningkatkan pemikiran kritis pelajar. Procedia Social and Behavioral Sciences 7(c): 264- 273, Bahagian Perkembangan Kurikulum. 2001. Pendekatan Inkuiri dan Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Perkembangan Kurikulum. 2012, Nota Penerangan: Inkuiri Penemuan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Barak et. al. 2007. Teaching Methods for Inventive Problem-Solving in Junior High School. Thinking Skills and Creativity 2, 19-29. ‘Barnet Berry. 2011. Teaching 2030. New York: Colombia University, Borg. W.R. dan M.D. Gall, 1983, Educational research an introduction. New York: Longman, Cole, P.G. & Chan, L, K, S. 1997, Teaching: Principle and Practice. New York: Prentice Hall Eggen, P. & Kauchack, D. 2004, Education psychology: Windows on classroom. New Jersey: Pearson Education Lid 358 ‘Seminar Penyelidikan Pendidikan 2017 Mac 20-22 di IPBL, Kuching, Sarawak Gage, N. L., & Berliner David C. 1992, Sducational Psychology (5™ ed.) . Boston: Houghton Mifilin, Company. Gibson. 1998, Case study of an inquiry-based science program * impact on students” attitude toward science and interest in science careers. Paper presented at the annual meeting of the National Association for research in science Teaching (19-22 April, 1998). ERIC: ED 417980. Harrison, C. 2003. Giftedness in early childhood (3% ed), Sydney, Australia: GERRIC, Haslina Japri 2000, Kesan pendekatan pengajaran inkuiri-penemuan dan pendekatan pengajaran Konvensional ke atas pencapaian dan sikap pelajar dalam pembelajaran biologi tingkatan empat: Tesis Sarjan yang tidak diterbitkan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2013, Elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam ‘nstrumen pentaksiran. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia, Mohd Najib Abdul Ghaffar. 1999, Penyelidikan Pendidikan, Johor: Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia ‘Nessel, D.D & Graham J.M. 2007. Thinking Strategies fot Student Achievement, 2nd ed, Thousand Oaks, CA: Corwin Press Neuman, W. L. 1991. Sosial research methods. Boston: Allyn and Bacon, Noor Rohana Mansor. 2003. Penyebatian Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka oi, H. B. 2002, Budaya Pengajaran dan Pembelajaran Fizik Tingkatan 6 yang Berjaya, Satu kajian kes, Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Pelan Pembangnan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala ‘Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaks. Rajendran, N. 1998, Teaching Higher-Order Thinking Skills in Language Classroom in Malaysia: The Teachers Dilemmas. Inaugural Conference of the Malaysian Educational Research Association, Penang, Malaysia Rajendran, N. 2014, Kemahiran berfikir. http:/wwwslideboom.com/presentations/145402/ (Diakses padal5 6.2016) Rudzi Munap. 2003. Penilaian program diploma Kesetiausahaan aksekutif di universiti Teknologi Mara. (Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia Shahil @ Charil Marzuki,1998, Pengajaran Guru yang berkesan Model Slavin: satu kajian kes di Sekolah Berkesan Malaysia. Dim. Mahrohaini Yusof, et al. (pnyt), Pendidikan guru untuk Sekolah Berkesan. Prosiding Seminar Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Guru, him. 141-155, Weinbeum, S., Allen, D. Blyther, T., Simon, K., Seidel, $ & Rubin, C. 2004. Teaching as inquiry ‘Asking hard questions 10 improve practice and student achievement. New York: Teachers College Press. Yahya Othman, 2003, Pelaksanaan Kemahiran berfiki dalam pengajaran Bahasa Melayu dari perspektif guru, Juma Bahasa, 3(1). 136-159. Zamri Mohamad dan Jamaluddin Baduseh, 2002. Penyebatian Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran guru Bahasa Melayu. Proceeding of the International Conference on Teaching and Learning. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zubit Hj, Hasan, 2000. Strategi pengajaran dan pembelajaran PJK: isu dan pelaksanaan. Jurnal Pendidikan Guru. Bil. 13 359)

You might also like