Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KESILAPAN BAHASA DALAM SURAT RASMI.

BAHAGIAN 1
KESILAPAN 1:

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Pembetulan:

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Huraian

Kata pemeri 'adalah' tidak boleh hadir di hadapan kata kerja (dirujuk). Kata pemeri 'adalah'
hanya diikuti oleh kata sendi nama atau kata adjektif.

KESILAPAN 2:

Kelulusan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

Pembetulan

Kelulusan ini tertakluk pada syarat-syarat berikut:

Huraian

* Kata pemeri 'adalah' tidak boleh hadir di hadapan kata kerja (tertakluk).

* Kesalahan penggunaan kata sendi 'kepada'. Kata sendi nama 'kepada' menunjukkan sasaran. Kata
sendi nama yang tepat dalam ayat di atas ialah 'pada', iaitu menunjukkan sandaran.
KESILAPAN BAHASA DALAM SURAT RASMI.

BAHAGIAN 2
KESILAPAN 3:

Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:

Pembetulan:

Butiran mesyuarat adalah seperti yang berikut:

Huraian

* Kesalahan binaan frasa sendi nama 'seperti berikut' (kata sendi nama + kata kerja)

* Binaan frasa sendi nama yang tepat ialah frasa sendi nama + kata nama. Oleh itu, frasa sendi nama
yang betul ialah 'seperti yang berikut'.

KESILAPAN 4:

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Pembetulan

Dengan hormatnya, saya diarahkan untuk merujuk perkara di atas.

ATAU

Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas.

ATAU

Dengan hormatnya, saya memohon perhatian tuan/puan berhubung dengan perkara di atas. (lebih
santun)

Huraian

* Kesalahan kata kerja transitif 'diarah'. Sepatutnya 'diarahkan'.

* 'Merujuk' ialah KK Transitif. Oleh itu, kata kerja 'merujuk' perlu diikuti oleh objek, iaitu kata nama
(perkara).
* Dalam ayat di atas, KKT 'merujuk' tidak diikuti oleh kata nama sebaliknya diikuti oleh kata sendi
nama 'kepada'.

* Oleh sebab ayat di atas terdiri daripada dua ayat tunggal, kata hubung 'untuk' perlu digunakan
untuk menghubungkan kedua-dua ayat tersebut.

KESILAPAN 5

Sukacita dimaklumkan bahawa PPD Kuala Krai akan...

Pembetulan

Dengan sukacitanya, dimaklumkan bahawa PPD Kuala Krai akan...

Huraian

Ayat di atas tidak gramatis kerana tidak mematuhi rumus ayat pasif dan ayat songsang.

You might also like