Laporan Kem Celik 2016

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAPORAN KEM CELIK SYAHADAH 1437H/2016

AHLI JAWATANKUASA:

PENASIHAT :
Pn. Sadirah binti Mat Din
LAPORAN PROGRAM
PENGERUSI:
En. Zahri bin Abas KEM CELIK SYAHADAH
NAIB PENGERUSI:
Pn Ng Lay Tuan
1437H / 2016
NAIB PENGERUSI 2:
Pn. Hasnah bt Hassan
NAIB PENGERUSI 3:
Pn Moryani bt Saadan
SETIAUSAHA : Masa 8.00 Pagi hingga 3.30 petang
Pn. Haliza binti Saad
Tarikh 20 Februari 2016
PENOLONG SETIAUSAHA:
Pn. Norafifah binti Azizun Tempat Surau Al-Muttaqin, SMK Kuala Perlis
BENDAHARI : Anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama guru
Pn. Noryusnita binti Hairun
Gemilang 1.
PENDAFTARAN:
En. Mahamad Idris b. Musa Peserta Semua pelajar Islam tingkatan 1 SMKKPs
MAKANAN & MINUMAN: Objektif 1. Memperkemaskan diri dengan ilmu fardhu ain
Ustazah Haliza bt Saad
Pn. Norafifah bt Azizun yang menjadi kewajipan kepada setiap muslim.
Pn. Farah Diyana bt Abdul Hamid
2. Mempraktikal dan mengaplikasikan konsep
DISIPLIN & KESELAMATAN:
En. Mohd Basyir bin Omar kendiri untuk dilakukan dalam kehidupan
Pn. Rozanita binti Abdul Wahab
seharian.
MODUL SOLAT:
Pn. Noryusnita binti Hairun 3. Membentuk kepada penyempurnaan akhlak
Pn. Haslinda binti Bakar
dalam diri dan bersikap positif.
SIJIL/ DOKUMENTASI :
Cik Anis Syazwani binti Bakar 4. Memenuhi tajuk-tajuk Perkara Asas Fardhu Ain
FOTOGRAFI: (PAFA) bagi tingkatan 1.
Pn. Ana Farina binti Abdul Fatakh
Pn. Syamilah binti Saad

1
LAPORAN KEM CELIK SYAHADAH 1437H/2016

Kem Celik Syahadah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 20 Februari 2016. Program
ini dianjurkan oleh panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis dengan
kerjasama guru Gemilang 1. Peserta kem ini adalah terdiri daripada semua pelajar islam tingkatan
1. Kem ini dimulakan dengan pendaftaran para peserta seawal 8.00 pagi. Seramai 149 orang
pelajar telah berjaya menghadirkan diri bagi menyertai Kem Celik Syahadah. Setiap peserta
akan dinilai secara individu oleh para fasilitator. Fasilitator program adalah terdiri daripada guru-
guru pendidikan Islam dan guru-guru Gemilang 1 serta dibantu oleh para pelajar Geng Surau
2016. Selepas sesi pendaftaran, semua pelajar diminta berkumpul di surau al-Muttaqin bagi
mengikuti pengisian slot 1 iaitu Ceramah Peribadi Muslim.

SLOT 1: CERAMAH PERIBADI MUSLIM OLEH USTAZ FARYZAL BIN ABDUL RAZAK

Pada jam 8.30 pagi, program dimulakan dengan slot ceramah selama 1 jam 30 minit yang
dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu ustaz Faryzal bin Abdul Razak. Beliau menekankan
aspek pentingnya solat dalam membentuk peribadi muslim yang unggul. Selain itu, beliau juga
menghuraikan secara ringkas tentang rukun-rukun Islam dan pelaksanaannya dalam kehidupan.
Disamping itu, ustaz Faryzal juga telah menunjukkan aksi silap mata bagi menarik perhatian
peserta untuk mengikuti ceramah beliau. Slot 1 telah berakhir pada jam 10.00 pagi.

SLOT 2: LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)


Selepas berakhirnya slot 1, peserta diberi masa 30 minit untuk minum pagi. Pada jam 10.30 pagi,
satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh Ustazah Norafifah binti Azizun bagi memastikan
para peserta memahami objektif-objektif program serta untuk memastikan kelancaran program .
Kemudian, para peserta dibahagikan kepada enam kumpulan. Peserta dalam setiap kumpulan
dikehendaki bergerak dari satu stesyen ke satu stesyen sehinggalah setiap kumpulan telah
menempuh 6 sesi latihan dalam kumpulan (LDK). Perincian setiap LDK adalah seperti berikut:

2
LAPORAN KEM CELIK SYAHADAH 1437H/2016
Kumpulan
Lokasi & No. Stesyen Masa Modul Solat Fasilitator
Bengkel

Ustazah Ana Farina binti Abdul Fatakh


Kelas 1 PAV Mengucap Dua kalimah syahadah Puan Haslinda binti Bakar
45 minit
1 (1) Puan Nurhasyimah Syarha binti Arshad

Ustazah Anis Syazwani binti Bakar


Rukun Iman
Kelas 2 PAV Pn Adzmani binti Mohamed
2 45 minit Rukun Islam
(2) Pn Rozanita binti Abdul Wahab
Ustazah Afifah binti Azizun
Pn Farah Diyana binti Abdul Hamid
Kelas 3 PAV Istinjak
3 45 minit Pn Fuziah binti Abdullah
(3)

Ustaz Mahamad Idris bin Musa


Surau Lama Jenis-jenis Najis Encik Dziya Auddin bin Che Jusoh
4 45 minit
(4) Encik Rosnizam bin Kamaruddin

Ustazah Haliza binti Saad


Ustazah Syamilah binti Saad
Surau Al Muttaqin Bhgn
Sebab dan Cara Mandi Wajib Puan Norlia binti Md Rose
5 Hadapan 45 minit
Puan Azimah binti Sabu
(5 L)

Ustaz Mohd Basyir bin Omar


Surau Al Muttaqin Bhgn
Sebab dan Cara Mandi Wajib Encik Mohd Hamidi bin Mat Nawi
Belakang 45 minit
6
(5 P)

Program kemudian berhenti rehat pada jam 1 tengah hari bagi memberi ruang kepada peserta
untuk menikmati juadah makan tengah hari dan menunaikan solat Zohor secara berjemaah .
Kem Celik Syahadah kemudian bersambung pada jam 2.00 petang untuk sesi LDK dan
berakhir pada pukul 3.30 petang. Kesemua pelajar telah berjaya melalui kesemua slot LDK
dengan jayanya.

MAJLIS PENUTUPAN KEM CELIK SYAHADAH

Majlis penutupan Kem Celik Syahadah telah dilaksanakan pada jam 3.30 petang dan telah
dipengerusikan oleh ustazah Norafifah. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan ucapan
penutupan daripada ustaz Mahamad Idris bin Musa dan sekaligus merasmikan majlis penutupan
Kem Celik Syahadah 2016. Para peserta dan fasilitator telah bersurai pada jam 4.00 petang.

3
LAPORAN KEM CELIK SYAHADAH 1437H/2016

RINGKASAN LAPORAN:

Kem Celik Syahadah telah dilaksanakan pada 20 Februari 2016 yang melibatkan para pelajar
Islam dari tingkatan 1. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk memantapkan asas
fardhu ain ke atas setiap pelajar Islam tingkatan 1 disamping melengkapkan borang PAFA.
Program ini dijalankan secara LDK bertujuan untuk menilai peserta secara individu berdasarkan
aspek-aspek yang terdapat di dalam borang PAFA. Secara amnya, Kem Celik Syahadah telah
berjalan dengan lancar dan jayanya. Oleh itu, pada masa akan datang, diharapkan program ini
dapat diteruskan dalam memantapkan pemahaman pelajar tentang ilmu fardhu ain.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
1. Terdapat cadangan daripada beberapa orang guru agar dapat dikecilkan lagi kumpulan LDK
kepada 10 orang sahaja bagi setiap kumpulan. Hal ini bertujuan untuk memudahkan para
fasilitator mengawal disiplin pelajar dalam setiap kumpulan.
2. Menambah bilangan modul supaya setiap peserta dapat menggunakan modul tersebut tanpa
perlu berkongsi dengan rakan yang lain. Hal ini dapat membantu pelajar untuk mudah membaca,
memahami dan melancarkan lagi aktiviti dalam kumpulan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

.............................................................................. .................................................................................
(ANIS SYAZWANI BINTI BAKAR) (HALIZA BINTI SAAD)
AJK Dokumentasi Kem Celik Syahadah, Ketua Program Kem Celik Syahadah,
Sek. Men. Keb. Kuala Perlis, Sek. Men. Keb. Kuala Perlis,
Kuala Perlis, Perlis Kuala Perlis, Perlis

Disahkan oleh:

.......................................................
(ZAHRI BIN ABAS)
Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis,
Kuala Perlis, Perlis.

4
LAPORAN KEM CELIK SYAHADAH 1437H/2016
LAPORAN BERGAMBAR:
1. SLOT 1: CERAMAH PERIBADI MUSLIM

SLOT 1: Ustazah Norafifah mempengerusikan sesi Ceramah yang disampaikan oleh penceramah Jemputan iaitu Ustaz Faryzal

Murid khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh ustaz Faryzal bin Abdul Razak

2. SLOT 2: LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

Peserta membaca bacaan dalam solat dihadapan guru

5
LAPORAN KEM CELIK SYAHADAH 1437H/2016

Majlis penutupan Kem Celik Syahadah oleh ustaz Mahamad Idris bin Musa

You might also like