Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

AKTA BENDUNG PENDERAAN KANAK-KANAK DAN

PEMBUANGAN BAYI DITIMBANG


Bernama News | Berita Dalam Negeri | 25/06/1996 | Author: / SAA MAI

PETALING JAYA, 25 Jun (Bernama) -- Kementerian Perpaduan Negara dan


Pembangunan Masyarakat sedang menimbang cadangan agar satu akta digubal
untuk menangani masalah penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi.
"Terdapat pandangan yang undang-undang sedia ada tidak lengkap dan
tidak dapat menyelesaikan masalah sedemikian," kata Ketua Setiausaha
kementerian berkenaan, Datuk Haji Zainol Ariff Hussien kepada pemberita
selepas merasmikan Klinik Kebajikan Kelab Rotary Petaling Jaya di Puchong
di sini hari ini.
Bagaimanapun, katanya, kementerian merasakan undang-undang yang ada
iaitu Akta Kanun Keseksaan "sudah cukup kuat" dan hukumam-hukuman dapat
dikenakan merangkumi semua kesalahan jenayah.
Beliau berkata isu berkenaan bukan hanya merupakan masalah
undang-undang tetapi ia juga merupakan masalah sosial seperti tekanan di
rumah, hubungan kekeluargaan, suami isteri dan masyarakat.-- BERNAMA
SAA MAI

© Bernama Library & Infolink Service

You might also like