Artikel Kajian Emosi Murid

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Artikel Kajian Emosi Murid

Thursday, October 6, 2011


PELAJAR MALAYSIA ALAMI STRES YANG TINGGI - KEMENTERIAN KESIHATAN

“Mengalami stres adalah sesuatu yang normal bagi setiap normal dalam
kehidupan manusia namun perlu belajar untuk menguruskannya dengan baik.
Stres merupakan masalah awal sebelum ia menjadi kronik kepada kecelaruan
fikiran iaitu penyakit mental dan pelajar berpotensi mengalaminya,”- Presiden
Lembaga Kaunselor Malaysia, Datuk Dr Ismail Alias

Kita bimbang dengan laporan bahawa pelajar kita mengalami stress yang tinggi.

Apakah stress itu diakibatkan oleh tekanan belajar, tekanan perasaan oleh ibu bapa,
tekanan kerana aktiviti yang banyak di sekolah atau memang remaja hidup dalam
keadaan stress?

Hasil kajian Kementerian Kesihatan yang diumumkan semalam mendapati pelajar di


negara ini mengalami tahap stres yang tinggi.
“Bilangan tersebut cukup tinggi, oleh yang demikian kementerian sedang berusaha
untuk meningkatkan latihan dan kemahiran Gaya Daya Tindak ke atas pelajar di
seluruh negara.

“Banyak sebab yang menjadi penyumbang kepada masalah pelajar dalam hal ini
terutama sekolah, peperiksaan, keluarga dan sebagainya.

Apa yang penting ialah melakukan persediaan awal mengenai kemahiran menangani
stres,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada pemberita di
Putrajaya semalam.

Dapatan itu diperoleh menerusi projek rintis Program Minda Sihat Menangani Stres
Dalam Kalangan Murid sekolah bagi mengenal pasti tanda-tanda stres, keresahan dan
kemurungan.

Kajian mendapati, daripada 6,540 orang murid yang telah disaring, 17.1 peratus
daripadanya mengalami tanda-tanda keresahan yang teruk, 5.2 peratus kemurungan
yang teruk dan 4.8 peratus stres yang teruk.

Daripada jumlah semua pelajar yang disaring itu juga seramai 2,345 iaitu 36 peratus
murid telah mengikuti intervensi latihan kemahiran daya tindak kesihatan mental.
Projek rintis kementerian dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu bermula pada
Mac lalu dan dijalankan di enam buah sekolah di enam negeri.

Sekolah-sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Datuk Haji


Ahmad Badawi, Pulau Pinang; SMK Simpang Bekoh, Jasin, Melaka; Sekolah
Menengah Sains Teluk Intan, Perak dan Sekolah Menengah St Michael, Penampang,
Sabah.

Dua lagi ialah Maktab Rendah Sains Mara, Gemencheh, Negeri Sembilan dan Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Katholik, Petaling Jaya.

Menurut Tiong Lai, kementerian akan memperluaskan projek itu di semua sekolah
dalam usaha meningkatkan kesejahteraan di kalangan murid dan warga sekolah serta
sebagai persediaan mengelakkan perkara lebih serius berlaku.

“Bukan sahaja pelajar, malah projek ini turut melibatkan latihan kepada guru-guru bagi
mengendali masalah stres di kalangan pelajar.

“Ia penting bagi memastikan tiada masalah yang lebih serius berlaku kepada pelajar
yang memerlukan khidmat nasihat ketika saat-saat genting,” katanya.

Dalam pada itu, Tiong Lai turut berharap Kementerian Pelajaran mempertimbangkan
cadangan untuk memperluaskan Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stres Dalam
Kalangan Murid sekolah bagi meningkatkan kesejahteraan mental pelajar di seluruh
negara.

Sejumlah 279 guru dilatih untuk mengenal pasti dan mengendalikan masalah emosi,
tingkah laku dan permasalahan mental di kalangan murid.
Satu laporan awal tahun ini (21 Januari 2011) menyebut, semua guru kaunselor di
negara ini perlu menyediakan pelan preventif dalam usaha mengatasi masalah stres di
kalangan pelajar.

Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia, Datuk Dr Ismail Alias berkata, guru kaunselor
tidak seharusnya mengehadkan peranan mereka dengan mengadakan sesi kaunseling
untuk pelajar yang mempunyai masalah semata-mata.

"Nisbah setiap guru kaunselor adalah untuk 500 pelajar dan difahamkan kira-kira 7,000
guru kaunselor di seluruh negara. Jumlah ini amat besar, memperlihatkan peranan
mereka begitu penting di sekolah bagi mengenal pasti pelajar yang berhadapan dengan
stres dan kemurungan. Mereka juga perlu melakukan program preventif dan
pembangunan terhadap golongan ini dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia (Perkama) mengulas
mengenai rancangan Kementerian Kesihatan yang memperkenalkan modul kesihatan
mental di sekolah menengah untuk menangani masalah stres.

Pengenalan oleh kementerian itu berikutan kebimbangan terhadap masalah kesihatan


mental di Malaysia meningkat seramai 400,227 pesakit menjalani rawatan di hospital
kerajaan iaitu 15.6 peratus pada tahun 2010 berbanding 2009.

Peningkatan angka itu dilihat selari dengan ramalan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) bahawa beban masalah kesihatan mental dijangka akan terus meningkat pada
kadar 15 peratus menjelang 2020.

Sebagai permulaan, program tersebut akan diperkenalkan di empat sekolah perintis


selama enam bulan sebelum dikembangkan ke seluruh negara menjelang akhir tahun
ini.

Program menangani kesihatan mental seawal usia remaja itu antaranya bertujuan
memberi pendedahan kepada guru untuk mengenal pasti pelajar yang mengalami stres
bagi memastikan golongan itu menerima rawatan dan bimbingan seawal mungkin.
Empat sekolah perintis yang dipilih adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji
Abdullah Ahmad Badawi, Sekolah Menengah St Michael, Sekolah Menengah Sains
Teluk Intan dan Sekolah Menengah Simpang Bekoh.

Ismail berkata, rancangan Kementerian Kesihatan itu disifatkan baik dan guru kaunselor
perlu melihat perkara tersebut secara serius.

“Modul itu akan dilaksanakan secara perintis di empat sekolah dan sekiranya ia berjaya,
saya mencadangkan ia akan diguna pakai oleh semua kaunselor di negara ini.
Perkama dan Lembaga Kaunselor Malaysia turut bersedia untuk membantu dalam
menambah baik program atau modul berkenaan sekiranya diperlukan,” katanya.

Sehubungan itu Ismail berkata, mereka seharusnya merancang pelbagai program


tambahan serta memperluaskan sasarannya untuk guru-guru lain dan ibu bapa.

Katanya, harus diingatkan, guru juga boleh menjadi stres dan tekanan yang dihadapi
oleh pelajar turut berpunca daripada ibu bapa, rakan-rakan dan persekitaran.

“Mengalami stres adalah sesuatu yang normal bagi setiap normal dalam kehidupan
manusia namun perlu belajar untuk menguruskannya dengan baik. Stres merupakan
masalah awal sebelum ia menjadi kronik kepada kecelaruan fikiran iaitu penyakit
mental dan pelajar berpotensi mengalaminya,” kata Ismail.

PELAJAR MALAYSIA ALAMI STRES YANG TINGGI - KEMENTERIAN KESIHATAN


http://hambali1.blogspot.com/2011/10/pelajar-malaysia-alami-stres-yang.html

(Diaskses pada 12.08.2014)


Mencari Satu Artikel tentang Kajian Stres Emosi Murid dan Membuat Satu Ulasan

Menurut Menteri Kesihatan, apa yang penting ialah melakukan persediaan awal

mengenai kemahiran menangani stres,” kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong

Lai kepada pemberita di Putrajaya semalam. Kita harus membuat persediaan awal

untuk menyelesaikan masalah stress murid sebelum murid yang menghadapi stress

emosi ini semakin teruk dan bertambah serius. Contohnya guru pembimbing dan

kaunseling harus mencari punca stres murid tersebut dan memberi nasihat untuk

menyelesaikan masalah murid dengan cara yang paling sesuai agar dapat

meringankan stress murid.

Latihan bimbingan untuk menangani stres harus dijalankan dalam kalangan

guru ,supaya mereka dapat memberi bimbingan kepada murid yang memerlukan pada

saat-saat penting..

Stres emosi sudah jadi satu isu yang biasa ,kita haruslah menerima dengan hati yang

terbuka dan berusaha untuk membantu murid yang mengalami masalah tersebut.

You might also like