Kertas Kerja Kempen Derma Buku

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

[1 FAMILY 1 BOOK ]

PROGRAM 1 FAMILY 1 BOOK


(KEMPEN MENDERMA BUKU)

PENGENALAN

Kempen menderma buku di SMK Pesisiran Perdana sudah dimulakan pada tahun 2012 lagi.
Tetapi ia terhenti untuk beberapa tahun. Jadi pada tahun ini digerakkan semula kempen menderma
buku dengan program 1 Family 1 Book dengan harapan setiap keluarga di SMK Pesisiran Perdana
sekurang-kurangnya dapat menyumbang sebuah buku kepada Pusat Sumber sekolah.
Memandangkan jumlah buku di Pusat Sumber masih belum mencapai nisbah 1 pelajar 20 buku,
diharap dengan kempen ini dapat meningkatkan nisbah buku kepada pelajar dengan 1 : 15.

MATLAMAT

Menambahkan koleksi buku Pusat Sumber sekolah untuk kegunaan pelajar.

OBJEKTIF

1. Menggalakkan ibu bapa beramal melalui sumbangan buku-buku yang diberi kepada pusat
sumber sekolah
2. Menambahkan bilangan koleksi buku-buku kepada ratio pelajar dan bilangan buku 1:15

3. Menambahkan koleksi bacaan di perpustakaan setanding dengan penambahan bilangan murid


di SMK Pesisiran Perdana

4. Menjadikan murid berasa bangga dengan sumbangan mereka untuk perkongsian ilmu.

SASARAN
1. Semua pelajar SMK Pesisiran Perdana
2. PIBG

3. Warga Penduduk Tanjung Agas

1
[1 FAMILY 1 BOOK ]

Pelaksanaan

Pengerusi : Pn Ramlah Bte Abdul Ghani


Naib Pengerusi : Pn Aspalila Binti Abd Karim
Penyelaras : Pn. Kamariah Bte Mohd Nor
Setiausaha : Tn Hj Msnnani Bin Sungip (SU PIBG)
AJK : Pn Erni Yusnita Md Shah
Pn Abidah Bte Mohd Nor
AJK PIBG
Alumni SMK Pesisiran Perdana
Pengawas Perpustakaan SMK Pesisiran Perdana

STRATEGI PELAKSANAAN
1. Membawa kertas cadangan untuk dibincangkan dan mendapat persetujuan Tuan Pengetua
2. Mengumumkan kempen kepada pelajar dan guru melalui perhimpunan

3. Mengedarkan surat makluman kepada pelajar untuk diserahkan kepada ibu bapa.

4. Mengumumkan kempen dalam Mesyuarat Agung PIBG

5. Majlis Pelancaran Kempen Derma Buku semasa Mesyuarat Agung PIBG

6. Pelaksanaan program (kutipan buku)

JENIS BUKU YANG DIKEHENDAKI

1. Buku rujukan mata pelajaran peringkat menengah.


2. Buku Fiksyen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,
4. Buku bacaan umum (ilmiah)

2
[1 FAMILY 1 BOOK ]

TARIKH PELANCARAN KEMPEN : 6 Mac 2017

TARIH KUTIPAN BUKU : 20 Mac 2017

SUMBER KEWANGAN
TIADA

PENUTUP

Diharap Kempen Menderma Buku ini mendapat sambutan semua pelajar dimana ia dapat
meningkatkan nisbah bilangan buku dengan bilangan pelajar iaitu 1:20

Disediakan oleh Disahkan oleh

KAMARIAH BINTI MOHD NOR


Guru Perpustakaan dan Media
SMK Pesisiran Perdana

You might also like