Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TO’ JAYA


13800 SUNGAI DUA BUTTERWORTH
SEBERANG PERAI, PULAU PINANG TEL : 04-3515373

FAKS : 04-3515373
__________________________________________________________________________
Kod Sekolah : PBA2021 E-MEL : pba2021skptj@yahoo.com.my

Jurutera Daerah Ruj Tuan:


Jabatan Kerja Raya Ruj Kami:pibgskptj/2018/02/(01)
no 1, Jalan Bertam ½, Tarikh :5 Januari 2018
13200 Kepala Batas
Pulau Pinang

Tuan,

Pemohonan Garisan Kuning Di Hadapan Sekolah

Dengan segala hormatnya AJK Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan
Permatang To’ Jaya melalui mesyuarat ajk telah sebulat suara ingin memohon kepada
pihak tuan untuk membina garisan kuning di hadapan sekolah.

2. Pembinaan garisan kuning ini adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan pelajar-
pelajar sekolah. Ini berikutan laluan dihadapan Sekolah yang sempit dan sibuk kerana
merupakan jalan utama penduduk yang bekerja di Perai dan Mak Mandin.

3. Laluan ini menjadi bertambah sibuk apabila tiba waktu pagi dan tamat persekolahan.
Dengan adanya garisan kuning ini maka kenderaan akan bergerak perlahan lalu dapat
mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

4. Kami memohon jasa baik pihak tuan agar dapat mempertimbangkan permohonan
ini. Keselamatan adalah keutamaan kami. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

5. Bantuan dan kerjasama daripada pihak tuan ini saya dahului dengan ucapan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga.

Yang benar,

……………………………………………….
Tn Hj Mohd Noor bin Ibrahim
Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru

You might also like