Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SOALAN STRUKTUR (10 MARKAH)

1(a) Nyatakan 4 jenis murid bermasalah pembelajaran. (4 markah)

Jawapan :

i. Autisme
ii. Hiper aktif
iii. Diskleksia
iv. Pintar Cerdas

1(b) Huraikan ciri-ciri murid bermasalah pembelajaran. (6 markah)

Jawapan :

i. Fizikal – Kanak-kanak yang mempunyai tahap keupayaan mental yang disebabkan


oleh faktor-faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan, berat badan dan koordinasi
motor.
ii. Intelek - Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi
intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai
contohnya, mereka mempunyai daya ingatan yang rendah.
iii. Sosial - Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil
daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur
mereka.
SOALAN ESEI (20 MARKAH)

2(a) Terangkan maksud murid bermasalah pembelajaran. (5 markah)

Jawapan :

Murid atau kanak-kanak bermasalah pembelajaran merujuk kepada kekurangan


dalam satu atau lebih proses psikologi asas yang terlibat dalam kefahaman atau
penggunaan bahasa, lisan atau tulisan. Kekurangan ini memberi gambaran mengenai
ketidakupayaan dirinya mendengar, berfikir, bercakap, membaca, menulis, mengeja atau
membuat pengiraan. Sebenarnya telah berlaku kecelaruan neuorologikal yang mengganggu
keupayaan pelajar menyimpan, memproses atau menghasilkan maklumat dan membina
jurang keupayaan dan pencapaian individu. Mereka tergolong dalam kumpulan sederhana
dan ke atas daripada segi kecerdasan.

2(b) Bincangkan strategi dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasikan oleh guru bagi
murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang berbeza. (15 markah)

Strategi dan teknik pengajaran bagi murid yang bermasalah pembelajaran ini
berbeza mengikut ciri-ciri mereka. Bagi murid yang bermasalah daripada segi memberi
perhatian, guru perlu berusaha menarik dan mengekalkan minat dan perhatian mereka
melalui persembahan bahan pengajaran dan bersoal jawab, membuat konferen dengan
mereka dan memberi galakan serta dorongan.

Murid yang bermasalah dari segi ingatan dan kognitif pula memerlukan guru
mengajar dengan memberi penekanan atau membuat garisan kepada tajuk, perkataan atau
istilah penting, membenarkan penggunaan alat atau bahan membantu ingatan seperti
kalkulator, senarai ejaan dan tugasan harian yang ditampalkan di tempat tertentu untuk
mengingatkan murid. Mereka akan lebih faham jika guru menggunakan contoh-contoh
analogi atau perbandingan secara mengajar.

Penggunaan komputer akan lebih menarik minat dan membantu kefahaman murid.
Guru juga perlu melambat-lambatkan ujian sumatif bagi tujuan penggredan sehingga murid
boleh menguasai apa yang diajar. Guru sebaliknya perlu merangsang murid dengan
menekankan tiada kegagalan dalam pembelajaran. Bukan itu sahaja, guru mestilah
mengajar semula bahagian yang sukar dikuasai oleh murid serta memberi keyakinan
kepada mereka tentang kebolehan mereka. Murid yang mengalami masalah sosial dan
emosi pula perlu didorong supaya memahami orang lain di samping mengajar mereka
berkenaan tingkah laku yang positif.

You might also like