Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN PERTANDINGAN BOLA BALING P12 MSSD PENGERANG

TAHUN 2018

TARIKH : 6-7 FEBRUARI 2018

HARI : SELASA - RABU

MASA : 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

TEMPAT : KOMPLEKS RAKAN MUDA SUKAN AIR DAN


UDARA DESARU

PERKARA

a. SK. Felda Air Tawar 1 telah menghantar satu pasukan bola baling seramai
15 orang. Seramai empat orang guru telah diamanahkan untuk menjaga
dan menguruskan pasukan sekolah iaitu En. Muhammad Hafiz bin Masron
selaku pengurus pasukan, En. Razuan bin Ngisak sebagai ketua jurulatih,
dan Puan Rozanan binti Khamis@Abu Bakar serta Puan Suraya binti
Mohd Saderi selaku penolong jurulatih.
b. Pertandingan telah dimulakan pada pukul 9.00 pagi, lewat daripada masa
yang ditetapkan. Walau bagaimanapun pertandingan dapat dilaksanakan
dengan lancar dibantu dengan faktor cuaca yang baik.
c. Pasukan SK. Felda Air Tawar 1telah ditempatkan dalam Kumpulan A
yang terdiri daripada Pasukan SK Bandar Mas dan SK Punggai.
d. Para pemain telah menunjukkan kesungguhan begitu juga dengan
pengurus dan jurulatih yang tidak putus-putus memberi sokongan dan
arahan dari tepi padang.
e. Walaubagaimana pun, pasukan SK FELDA Air Tawar 1 hanya mendapat
tempat Naib Johan kumpulan A dan layak ke peringkat suku akhir.
f. Berikut adalah perjalanan Pasukan SK. Felda Air Tawar 1 menempuh
perlawanan dan keputusannya :-

PERLAWANAN Vs Keputusan

Kumpulan SK KAMPONG LAYAU KALAH 10-0


Kumpulan SK ADELA MENANG 2 - 0
Naib Johan Kumpulan A

f. Kekuatan
a. Kemahiran taktikal murid sangat baik dengan banyak percubaan yang
baik diperolehi oleh pasukan.

g. Kelemahan
a. Masih ada pemain leka dan gagal mendengar arahan semasa
perlawanan menyebabkan banyak peluang terbuang begitu sahaja.
b. Semasa perlawanan ada pasukan lawan yang melanggar peraturan
tetapi tidak dapat dikesan oleh pengadil yang sedikit-sebanyak
mengganggu kelancaran serangan pasukan sekolah.
c. Adakalanya pemain hilang fokus disebabkan tidak berpuas hati dengan
rakan sepasukan yang kerap melakukan kesilapan akibat kelekaan
semasa bermain.
d. Kurang ketajaman dalam penyudah menyebabkan banyak peluang gol
yang dilepaskan begitu sahaja.
e. Jumlah permainan yang sedikit (dua perlawanan sahaja) kurang
memuaskan kerana prestasi sebenar pasukan belum dapat dilihat.

h. Kesimpulan
Secara keseluruhan pencapaian pasukan Bola Baling P bawah 12 SK. FELDA
Air Tawar 1 adalah kurang memuaskan. Sesungguhnya komitmen guru-guru dan para
pemain pasukan sekolah amat menggalakkan namun rezeki tidak berpihak kepada
pasukan sekolah. Diharap penglibatan pada tahun hadapan akan membuahkan hasil
yang lebih baik.

Laporan disediakan oleh,

.....................................................
(EN. Muhammad hafiz bin masron)
Pengurus Pasukan Bola Baling
SK. FELDA AIR TAWAR 1.
LAPORAN PERTANDINGAN BOLA BALING
P BAWAH 12 MSSD PENGERANG
TAHUN 2018

6-7 FEBRUARI 2018

DI KOMPLEKS RAKAN MUDA SUKAN AIR DAN


UDARA DESARU

DISEDIAKAN OLEH:

PASUKAN BOLA BALING


SK. FELDA AIR TAWAR 1

You might also like