Soalan Temuramah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Soalan temubual budaya dan pembelajaran.

Malaysia terdiri daripada masyarakat yang mempunyai pelbagai kelompok dan sosiobudaya.
Kepelbagaian kelompok dan sosiobudaya ini terdiri daripada pelbagai aspek iaitu bangsa,
bahasa, struktur masyarakat atau kelas sosial, adat resam, jantina dan kepercayaan. Jadi, bagi
sesi temubual ini, saya telah menfokuskan aspek kelas sosial. Pelbagai isu dari aspek kelas
sosial telah wujud di negara kita termasuk dalam konteks bilik darjah.

1. Bolehkah puan huraikan apakah kepelbagaian budaya dari aspek kelas sosial?
 Struktur sosial ialah unsur asas dalam masyarakat. Dua kategori struktur sosial
ialah pertama sekali keturunan, tahap pendidikan, kekayaan dan usia. Yang kedua
ialah suku bangsa, ras, kelompok jenis keluarga dan agama.

2. Puan pernah menuntut di universiti luar negara, pada pandangan puan apakah perbezaan
kelas sosial di negara luar dengan negara kita dan bagaimana kelas sosial tersebut
mempengaruhi kehidupan seharian masyarakat.
 Kelas sosial di negara luar tidak begitu ketara berbanding di negara Malaysia
kerana mereka tidak mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya seperti di
Malaysia. Kelas sosial di negara luar wujud akibat perbezaan tahap pendidikan,
kekayaan dan usia sahaja tetapi di negara kita kepelbagaian kaum menyebabkan
wujudnya pelbagai adat, budaya dan agama.
 Kepelbagaian adat dan budaya ini sudah tentu mempengaruhi kehidupan
seharian di Malaysia. Contohnya, sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah
mempelajari dan memahami budaya dan adat orang lain contohnya adat melayu
makan bersila dan menggunakan tangan, jadi kaum lain perlu faham adat orang
melayu ini agar mereka tidak menyinggung perasaan kaum Melayu contohnya
dengan mengatakan bahawa makan menggunakan tangan adalah kotor.
 Di negara luar, mereka tidak perlu mempelajari pelbagai budaya dan adat kerana
mereka mempunyai budaya dan adat yang sama. Jadi, potensi untuk wujudnya
ketidaksefahaman dalam kehidupan seharian adalah kurang di negara luar.
3. Isu diskriminasi ialah layanan tidak sama rata terhadap seseorang. Adakah wujud isu ini
di dalam bilik darjah yang mempunyai murid berbeza latar belakang?
 Isu ini mungkin berlaku dan mungkin tidak dalam sesebuah sekolah kerana ini
bergantung kepada kawasan sekolah dan masyarakat sekeliling.
 Sekiranya sekolah tersebut tiada kepelbagaian kaum, mungkin isu diskriminasi
tidak wujud namun tidak dinafikan isu diskriminasi wujud di sekolah yang
mempunyai murid pelbagai kaum.
 Contoh: Murid berkelompok mengikut kaum masing-masing dan menindas murid
yang mempunyai kaum berbeza / Guru tidak memberi layanan sama rata terhadap
murid-murid yang mempunyai kelas sosial yang berbeza.

4. Pada tahun lepas, isu pengasingan kelas telah dibangkitkan. Pada pendapat puan,
adakah ini juga merupakan salah satu diskriminasi dan wajarkah pengasingan kelas ini
dilaksanakan.
 Pengasingan kelas dilaksanakan mengikut tahap kebolehan murid tersebut.
 Pada pendapat saya, pengasingan kelas ini bukanlah bertujuan untuk
mendiskirminasi murid. Ini bertujuan untuk memudahkan guru untuk mengajar
murid kerana setiap murid mempunyai tahap berbeza. Jadi sekiranya murid
diasingkan mengikut tahap kebolehan, mungkin guru boleh menyediakan aktiviti
PdP sesuai dengan tahap murid tersebut. Namun, saya tidak menolak sekiranya
murid pelbagai kebolehan dicampur di dalam satu kelas yang sama sekiranya
usaha tersebut dapat membantu murid dalam mempertingkatkan pencapaian
akademik mereka dengan bantuan rakan yang lebih mahir.

5. Jadi, apakah tindakan sewajarnya yang perlu dilakukan oleh guru untuk membendung isu
diskriminasi di dalam kelas ini?
 Guru mendidik murid agar sentiasa menghormati kaum, agama dan budaya orang
lain.
 Guru mewujudkan peluang sama rata kepada murid-murid di dalam kelas untuk
mempelajari sesuatu.
 Guru menggalakkan murid melaksanakan aktiviti berkumpulan yang ahlinya terdiri
daripada pelbagai kaum dan agama.
 Guru boleh mengadakan sambutan perayaan kecil-kecilan di dalam kelas agar
murid lebih memahami budaya kaum lain melalui perayaan.
6. Sekiranya guru gagal membendung isu ini, adakah isu ini akan memberi kesan kepada
pencapaian Transformasi Nasional 50 (TN50) pada masa akan datang?
 Isu diskriminasi yang dalam kalangan pelajar sejak di bangku sekolah lagi sudah
tentu memberi kesan kepada hubungan mereka dengan pelbagai kaum pada
masa akan datang.
 Hubungan antara kaum yang tidak erat semasa disekolah menyebabkan mereka
sukar untuk menjalinkan hubungan dengan pelbagai kaum pada masa akan
datang.
 TN50 berhasrat untuk menjadi negara 20 teratas dalam pembangunan ekonomi,
pembangunan sosial dan ekonomi. Jadi sekiranya hubungan antara masyarakat
di dalam negara kita tidak dijaga dengan elok, maka ini akan melumpuhkan
perkembangan negara dalam bidang lain bukannya hanya dalam bidang sosial
dan kemasyarakatan semata-mata. Masyarakat yang tidak berkerjasama
membangunkan negara akan menghancurkan kemajuan negara.

7. Apakah aspirasi dan harapan puan bagi Transformasi Nasional (TN50) dalam aspek
kemasyarakatan dan kebudayaan?
 Saya sebagai seorang pendidik dan rakyat Malaysia amat berharap agar isu-isu
kemasyarakat dapat dibendung dengan sebaiknya oleh masyarakat Malaysia
sendiri. Saya berharap agar guru dapat menjadi penyatu kepada masyarakat
melalui pendidikan. Di samping itu, saya berharap agar tahap pendidikan dapat
dipertingkatkan dan peluang pendidikan hendaklah diberikan sama rata kepada
semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya agar hasrat
TN50 untuk menjadi negara 20 teratas dalam pelbagai bidang mampu dicapai.

You might also like