Kata Hubung

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kata Hubung

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan
perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.

2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

(a) kata hubung gabungan,

(b) kata hubung pancangan,

(c) kata hubung berpasangan.

3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya

adalah seperti yang berikut:

Kata Hubung Gabungan / Pancangan

Contoh Ayat Contoh

agar Ibu berharap agar anaknya dapat menghubungi bapanya segera.

apabila Muka Amin pucat apabila disoal oleh polis itu.

atau Mahmud boleh menaiki kereta atau feri untuk ke Pulau Pinang.

bahawa Kami baru mengetahui bahawa jiran saya telah meninggal dunia.

dan Siti dan Fatimah ialah adik-beradik.

hingga Abang dan kawannya berbual-bual hingga larut malam.

Jika Jika saya ada duit yang mencukupi saya akan membeli kereta.

Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.

kecuali Semua murid hadir kecuali Gim.

kerana Aminah menangis kerana terlalu sedih.

lalu Burung merpati itu terbang lalu hinggap di dahan pokok.

manakala Baju Minah bersih manakala baju kakaknya kotor.

sambil Bapanya membaca suratkhabar sambil minum kopi.

serta Beliau bersifat baik hati serta dengan jujurnya.

semenjak Afandi berkawan dengannya semenjak kecil.


sementara Mei Li membaca buku sementara menunggu bas sekolah datang.

sungguhpun Sungguhpun buta, Wahab mampu berdikari.

supaya Berhati-hati semasa di jalan raya supaya selamat.

walaupun Walaupun letih, dia dapat menghabiskan kerja itU.

tetapi Badan Ahmad besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan

Contoh Ayat Contoh

Baik---- mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sedang bergotong-royong

untuk membersihkan kawasan itu.

Baik ---- baik Baik Daud baik adiknya sama-sama bijak.

bukan sahaja--- malah Gim bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

entah entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.

Jangan ----- pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tidak ada.

Kian ----- kian Kian lama kian banyak orang yang pergi ke sana.

Sama ada ---- Guru Besar meminta sama ada bapa atau pun ibu murid
atau pun
hadir ke sekolah.

Sedangkan---.inikan Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula


pula
Bukit Larut.

semakin------semakin Encik Chan semakin tua semakin tamak.

Sungguhpun-----tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.

Walaupun-----namun Walaupun cacat namun Roni rajin berusaha.

You might also like