Minit-Jpms-1 2018

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA ) PASOH 2,

72300 SIMPANG PERTANG NEGERI SEMBILAN.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH


BILANGAN 1/2018

Tarikh : 25 Jan 2018 (Khamis)


Masa : 2.00 ptg
Tempat : Bilik Gerakan SK (F) Pasoh 2.
Kehadiran :

Bil Nama Jawatan

1. Pn. Mazda Bt Ujang Guru Besar


2. En Shamsudin b. Ramli GPK 1
3. En. Muhammad Rashid b.Kasah GPK HEM
4. En mohd Hazlin bin Musa GPK KOKU
5. En Mohd Zulkepli b Zakaria Guru Data
6. Pn. Junaidah Bt Abd manap SU Kurikulum
7. Pn Saafinaz bt Abdul Malek SU HEM
8. Pn. Zawiah bt Abdullah SU Peperiksaan/ Jadual waktu
9. En Muhammad b. Abbas SU Ko-Kurikulum
10. Pn Siti Nurul Ain Bt Anuar SU Sukan
11. En. Muhammmad Nasir b Raoh Guru Disiplin
12. En. Hasni b.Abas Guru Aset
13. En. Muhammad Adham b.Hussien Guru Penyelaras LADAP
14. Pn. Suriyani Bt Ibrahim Guru SPBT
15. Pn. Normah bt Ismail Guru Media
16. Pn. Norul Faerdaus bt Abdul Karim Khan Guru BMK
16. Pn. Rafidah bt Maarop Pembantu Tadbir
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Memulakan mesyuarat dengan Umul Kitab.

1.2 Memaklumkan tentang arahan pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah


versi baharu melalui surat siaran Kementerian Pendidikan Malaysia bil
21/2014 dan arahan penubuhan Jawankuasa Pengurusan Maklumat
Sekolah oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (NomborRujukan
JPNNS.ICT100-8/10 JLD.2(05) Bertarikh 02 Mac 2015.

Makluman

1.3 Menerangkan serba sedikit tentang bidang tugas setiap ahli jawatankuasa
seperti yang telah ditetapkan mengikut bidang masing-masing.
Antaranya ;

1.3.1 Mempunyai akauntabiliti kepada PPD, JPN dan KPM.


1.3.2 Perlu melaksanakan 4 kali mesyuarat (Jan, Jun, Oktober).
1.3.3 Melaksanakan aktiviti pengumpulan, pengemaskinian,
penyemakan melalui verifikasi, penentusahan dan penganalisisan
data sekolah.
1.3.4 Memastikan data tepat dan sentiasa dikemaskini serta mudah
diperolehi
1.3.5 Memastikan penyimpanan dan keselamatan data. Maka tidak
boleh sewenang-wenangnya mendedahkan kepada mana-mana
pihak yang tidak berkaitan, terutamanya data berkaitan maklumat
samada guru mahupun murid tetapi tidaklah menjadi rahsia
kepada pihak yang berkenaan.
1.3.6 Mematuhi tarikh aktiviti pengumpulan maklumat dilaksanakan
mengikut jadual yang telah ditetapkan.
1.3.7 Memastikan data dan maklumat yang dihasilkan berkualiti, sahih
dan terkini.
1.3.8 Menghasilkan laporan statistik dan maklumat pendidikan
sekolah
1.3.9 Memaklumkan kepada Pusat Kegiatan Guru tentang masalah
talian Internet dan penyelenggaraan peralatan ICT.

Tindakan : semua guru

1.4 Memaklumkan kepentingan pengurusan data yang tepat iaitu berkait rapat
dengan banyak perkara dan urusan pentadbiran sekolah termasuk
melibatkan kewangan.
Makluman
1.5 Memberitahu bahawa sekolah merupakan pembekal utama data iaitu
bermula dari sekolah, PPD, Jabatan dan Kementerian. Antara masalah
data yang dikongsi ;

1.5.1 Data bilangan murid menentukan peruntukan wang kepada pihak


sekolah
1.5.2 Data murid juga penting di dalam Sistem Analisis Peperiksaan
Sekolah (SAPS) kerana tanpa nama murid, perekodan akademik
murid tidak dapat dilaksanakan dengan baik

Makluman dan tindakan : semua guru

1.6 Memaklumkan tentang organisasi Jawantankuasa Pengurusan Maklumat


Sekolah dan menyerahkan surat lantikan kepada semua ahli
jawatankuasa.
1.7 Memohon kepada semua ahli jawatankuasa agar sentiasa memberi
kerjasama dalam memberikan segala maklumat yang sahih dan tepat.
1.8 Membincangkan tentang bidang tugas mengikut bahagian.
Antaranya ;

1.8.1 AJK LADAP dapat memastikan jumlah data guru yang dapat
melengkapkan 7 hari LADAP sepanjang tahun.
1.8.2 HEM
1.8.2.1 Urusan SPBT - bilangan murid bukan warganegara yang
tidak dapat pinjaman buku teks.
1.8.2.2 Urusan RMT dan KWAPM

1.8.3 Ko-Kurikulum
1.8.3.1 SEGAK
1.8.3.2 Penglibatan murid dalam sukan dan aktiviti Ko-Kurikulum
1.8.3.3 1Murid 1Sukan
1.8.3.4 Perbelanjaan Ko-Kurikulum

1.8.4 Pendidikan Khas


1.8.4.1 Maklumat murid
1.8.4.2 Maklumat elaun

1.8.5 Pembantu Tadbir


1.8.5.1 Keberadaan guru
1.8.5.2 Rekod cuti guru

Makluman dan tindakan : semua ahli mesyuarat


2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Tiada

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4. PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Penerangan berkaitan Aplikasi Online yang terdapat dalam sistem seperti
E Operasi, APDM, SSO SPS , Sistem Pengurusan Sekolah dan
sebagainya.
Guru Data dan Maklumat Sekolah.
Mesyuarat juga bersetuju dengan perkara berikut;

4.1.1 Taklimat Garis Panduan Perlaksanaan SPS Versi Baharu


4.1.2 Perincian tugas Prosedur Operasi Standard

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Pengerusi mengingatkan semua guru sentiasa peka dan ambil berat
dengan sebarang makluman terkini secara online.

Tindakan : semua guru

6. PENUTUPAN

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang

6.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama semua


ahli mesyuarat sepanjang mesyuarat dijalankan.

Disediakan oleh :

Urus Setia
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah,
SK (F) Pasoh 2.
Tarikh : 25 Jan 2018

You might also like