Tugasan 1 Essay

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 Pengenalan

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada
Tuhan. Usaha ini bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.

Walaupun Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digubal pada tahun 1988 telah
menjangkau usia 28 tahun tetapi pada pendapat saya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak
perlu dikaji semula tetapi dipertambahbaikan.

2.0 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

2.1 Pendidikan suatu usaha berterusan

Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan
nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak
mulia. Menurut Choong Lean Keow (2008), proses pendidikan ini merupakan proses secara
berterusan sepanjang hayat dan proses pendidikan yang berterusan sebenarnya mampu
menyediakan landasan kepada individu untuk bersedia menghadapi cabaran yang melibatkan
ilmu-ilmu. Saya berpendapat bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak perlu dikaji
semula kerana mempunyai elemen yang sangat penting. Contohnya, pendidikan di Malaysia
bermula seawal peringkat prasekolah. Pendidikan prasekolah yang bermula seawal usia
empat hingga enam tahun ini mampu membina sahsiah yang baik dalam diri setiap individu.
Kerajaan mewajibkan kanak-kanak bersekolah rendah seawal usia tujuh tahun. Malah ada
akta yang membenarkan kerajaan menyaman ibu bapa sekiranya gagal menghantar anak-
anak ke sekolah seawal usia tersebut tetapi kerajaan juga ada menyediakan tadika dengan
bayaran yuran yang rendah iaitu Tadika Kemas. Ini membuktikan bahawa kerajaan amat
mementingkan pendidikan dan bermula pendidikan seawal usia dan diteruskan hingga ke
akhir hayat.

Selain itu, kerajaan amat mementingkan pendidikan berterusan iaitu kenaikkan darjah
dan tingkatan secara automatik. Kenaikkan darjah dan tingkatan secara automatik
membolehkan pelajar menuntut ilmu secara berterusan tanpa sekatan walaupun ada
sesetengah pelajar tidak berbakat dalam bidang akademik. Baru- baru ini kerajaan turut
menghapuskan yuran sekolah bagi membuka peluang kepada keluarga yang miskin
menikmati pendidikan yang berterusan. Hal ini demikian, kerajaan merealisasikan
kepentingan bahawa pendidikan merupakan suatu usaha berterusan. Kerajaan telah
memperbanyakkan pusat-pusat pengajian tinggi bagi masyarakat meneruskan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Kerajaan telah menubuhkan Mining Qualifications Authority (MQA)
yang ditugaskan untuk menjaga kualiti pendidikan swasta supaya masyarakat Malaysia dapat
menikmati pendidikan yang berterusan lagi berkualiti.

Tambahan pula, kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kewangan


untuk membiayai kos-kos pengajian di peringkat yang tinggi. Contohnya, kerajaan
mewujudkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) untuk menyediakan
penjaman kepada masyarakat yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut menyediakan biasiswa kepada mereka
yang cemerlang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang tinggi. Jelaslah bahawa, kita
telah menuntut ilmu yang semakin banyak dari peringkat prasekolah hingga peringkat yang
lebih tinggi seperti universiti. Oleh itu, pendidikan berterusan wajarlah terus dipatuhi
sepanjang hayat kita. Dengan ini, kita dapat menuntut ilmu pengetahuan secara berterusan
dan tidak akan berhenti menuntut ilmu pada peringkat sekolah rendah atau sekolah
menengah kerana pendidikan merupa suatu usaha berterusan.

Walau bagaimanapun, elemen ini perlu ditambahbaikan mengikut peredaran zaman


ini dengan kerajaan juga harus mengadakan kursus ilmu kepada masyarakat dan itulah
program pembelajaran sepanjang hayat. Contohnya, kerajaan boleh membentuk amalan
masyarakat yang ingin mendapat ilmu pengetahuan yang baharu. Dengan pelaksanaan
kursus ilmu, semua lapisan masyarakat sesebuah negara akan bergerak seiring dengan
perkembangan ilmu dan dapat mencapai elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
pendidikan suatu usaha berterusan. Jadual 1.1 menunjukkan PTPTN yang disumbangkan
oleh pihak kerajaan yang semakin meningkat dan ini memang membantu pelajar-pelajar yang
ingin meneruskan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Jadual 1.1 Kos Dana Pembiayaan Faedah Pinjaman Intitusi Kewangan Tahun 2004 -2015
Bagi PTPTN
2.2 Perkembangan potensi individu

Setiap individu ini telah dikurniakan potensi, bakat dan juga kebolehan yang dapat dilihat
secara langsung dan juga perlu dicungkil. Potensi merupakan satu elemen yang perlu
dicungkil, diasah dan paling penting ialah mestilah dikembangkan oleh individu lain dari
semasa ke semasa melalui pendidikan.

Menurut Azizi Jaafar (2009), sebenarnya orang yang bertanggungjawab


mencungkil bakat seseorang ialah guru. Guru bukan sahaja mencungkil bakat yang
terpendam malahan memajukan serta membuka peluang kepada pelajar yang berbakat untuk
menonjolkan bakat tersebut kepada khalayak antarabangsa. Perkembangan potensi individu
sangat penting kerana di sekolah misalnya, mata pelajaran elektif yang diajar adalah bertujuan
untuk mencungkil bakat pelajar. Mata pelajaran yang dimaksudkan ialah Pendidikan Seni
Visual, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan seluruh mata pelajaran yang diajar di
sekolah-sekolah teknik dan vokasional. Bagi mencungkil dan melihat bakat individu, kerajaan
turut memperkenalkan mata pelajaran yang merentasi kokurikulum dengan menyelitkannya
di dalam gerak kerja kokurikulum. Kokurikulum bukan sahaja mengejar pelajar ilmu-ilmu
sampingan yang tidak diajar di dalam kelas tetapi juga kokurikulum sebenarnya mencungkil
minat dan bakat pelajar. Dengan kokurikulum guru dapat memerhati dan mengembangkan
lagi potensi serta bakat yang terpendam di dalam diri pelajar. Jelaslah bahawa, saya
berpendapat bahawa perkembangan potensi individu tidak perlu dikaji semula kerana inilah
elemen yang penting untuk mencungkil bakat dan potensi individu.

Selain itu, bakat manusia tidak semuanya sama ada di antara manusia yang bakatnya
lebih terselah dalam bidang sukan, ada di antara mereka dalam bidang seni dan lebih
cemerlang dalam bidang ilmiah. Kesedaran ini menyebabkan kerajaan menganjurkan
pelbagai pertandingan untuk memperkembangkan potensi individu. Contohnya, kerajaan
menubuhkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dengan harapan agar pihak
tersebut dapat mencari potensi baru dan memperkembangkannya. Semasa kegiatan ini
dijalankan, mereka akan diasah mengikut kebolehan mereka dengan bimbangan guru. Sesuai
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekaan kepada unsur JERI, ini
membantu dalam memberi tumpuan kepada daya berfikir secara kritis dan kreatif. Malah,
potensi yang berjaya digilap menyebabkan seseorang berupaya memberi tumpuan kepada
perkembangan anggota tubuh badan dengan cekap dan sihat. Hal ini seterusnya membantu
seseorang memiliki perasaan dalaman jiwa yang sihat serta berupaya memperkembang
kecerdasan emosi ke tahap yang optimum. Oleh itu, saya berasa Falsafah Pendidikan tidak
perlu dikaji semula kerana elemennya yang sangat penting bagi masyarakat.
Walaupun kerajaan telah banyak bertindak untuk memperkembangkan potensi
individu, tetapi saya berpendapat kerajaan boleh menambahbaik dengan menubuhkan
sekolah yang beraliran khusus seperti sekolah muzik, lakonan, seni visual dan lain-lain lagi
serta mengambil pelajarnya seawal usia 13 tahun supaya dapat mengurangkan rasa tidak
berminat untuk belajar di sekolah serta minat dan bakat dapat diperkembangkan. Bagi bidang
sukan pula, memang benar Malaysia mempunyai sekolah sukan antaranya Sekolah Sukan
Bukit Jalil tetapi bilangannya tidaklah sehebat nama dan fungsinya. Kerajaan seharusnya
menubuhkan sekolah ini dengan lebih luas dan mempunyai kelengkapan yang canggih serta
jurulatih yang terlatih bersama-sama dengan pakar-pakar seperti pakar pemakanan yang
dapat membantu negara melahirkan atlet yang bertaraf dunia.Menurut Mok Soon Sang (2010),
pendidikan memainkan peranan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak hingga ke
peringkat yang optimum. Jelaslah bahawa Falsafah Pendidikan tidak perlu dikaji semula
kerana elemennya yang sangat penting bagi masyarakat dalam perkembangan potensi
individu.

2.3 Unsur jasmani

Unsur jasmani adalah unsur yang amat penting dan memberi tumpuan kepada perkembangan
anggota-anggota tubuh badan dengan cekap dan sihat. Unsur jasmani adalah sesuatu yang
sangat penting dan perlulah diterapkan dalam diri setiap individu terutamanya golongan
remaja. Hal ini kerana, mereka bukan sahaja mendapat tubuh badan yang sihat di usia yang
muda. Malah, mereka berkemampuan bagi mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal,
manipulatif serta sosial dalam diri mengikut keupayaan individu masing-masing.

Saya berpendapat Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak perlu dikaji semula


kerana mempunyai elemen yang sangat penting bagi masyarakat dari unsur jasmani. Hal ini
demikian, kebanyakan rakyat Malaysia yang lahir pada hari ini adalah tidak seimbang kerana
sistem pendidikan negara yang terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata.
Pelajar yang terlalu menumpukan perhatian mereka terhadap akademik dan melalaikan
kepentingan jasmani. Oleh itu, unsur jasmani ini mestilah dilaksanakan dan diaplikasikan oleh
semua pelajar supaya membentuk pendidikan yang lebih sempurna.

Keseimbangan dalam aspek jasmani dipupuk melalui mata pelajaran pendidikan


jasmani. Pendidikan jasmani merupakan salah satu cara untuk memupuk jasmani dalam
pendidikan. Bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal pelajar, kerajaan
memberi suntikan vaksin dan antibodi percuma di sekolah-sekolah. Selain itu, kerajaan juga
mewajibkan semua pelajar di Malaysia mempelajari subjek Pendidikan Jasmani agar setiap
rakyat Malaysia yang lahir mempunyai pengetahuan asas tentang kesihatan dan kecergasan
serta kepentingan mempunyai tahap kesihatan yang sempurna. Jelaslah bahawa, saya
berpendapat bahawa unsur jasmani tidak perlu dikaji semula kerana inilah elemen yang
penting untuk melahirkan murid yang baik dalam akademik tetapi juga dalam jasmani.

Kerajaan sedar semakin banyak rakyat yang mengabaikan sukan dalam kehidupan
lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Contohnya, kerajaan telah melaksanakan
dasar Satu Murid Satu Sukan. Dasar ini mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-
kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri
secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Oleh itu, unsur jasmani
merupakan elemen yang sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan
kesejahteraan murid. Tambahan pula, saya berpendapat kerajaan boleh menambahbaikan
dengan mewajibkan semua pelajar melakukan senaman regangan atau senamrobik sebelum
memulakan pelajaran. Contohnya, aktiviti merentas desa juga harus dilakukan setiap tahun.
Sekiranya unsur jasmani ini diterapkan di setiap sekolah dengan berkesan, mereka akan lebih
menyedari tentang kepentingan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan bersukan.

Unsur jasmani sangat penting kerana membawa fizikal dan mental yang sihat
kepada murid-murid. Hal ini seterusnya sedikit sebanyak membantu mereka dalam
menggunakan segala kemahiran fizikal yang ada untuk dimanfaatkan kepada masyarakat.
Jelaslah bahawa, Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak perlu dikaji semula kerana
elemennya sangat penting untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani. Menurut
Dato Misbun Sidek (2011), negara kita akan lebih cemerlang jika semua orang melibatkan diri
dalam sukan dari segi jasmani. Oleh itu, unsur jasmani dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan tidak perlu dikaji semula kerana elemen ini sangat penting dalam pembentukan
fizikal dan mental yang sempurna dalam kalangan murid-murid.

2.4 Unsur intelek

Unsur intelek memberi banyak penekanan terhadap proses pembelajaran dan intelek
merupakan unsur yang sangat diperlukan. Keseimbangan dalam aspek intelek dapat
diperkembangkan dalam pendidikan. Kebanyakkan rakyat Malaysia menganggap bahawa
intelek merupakan lambing kejayaan individu manakala persepsi rakyat Malaysia harus
diubah. Kejayaan intelek bukanlah bermaksud cemerlang dalam peperiksaan semata-mata,
tetapi kejayaan dari segi intelek adalah kejayaan yang merangkumi keupayaan seseorang
berfikir untuk hidup dan berdikari. Contohnya, murid-murid Malaysia telah menguasai unsur
intelek dengan mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
juga mampu hidup berdikari dan bijak dalam membuat keputusan yang rasional bagi
menentukan hala tuju sendiri. Selain itu, murid-murid yang memiliki daya intelek yang tinggi
juga akan sentiasa berkongsi maklumat dan berupaya dalam memberikan bantuan dan
pendapat yang bernas. Malah, individu seperti ini juga tidak kedekut untuk menyebarkan
ilmunya kepada sesiapa. Mereka yang mempunyai intelek yang baik akan cenderung dalam
memperbaiki diri dan akan terus berusaha untuk mengembangkan ilmu yang ada dalam
diri. Inilah membuktikan bahawa elemen ini sangat penting dan tidak perlu dikaji semula.

Selain itu, kerajaan sentiasa memastikan rakyat Malaysia diperkukuhkan dengan


asas-asas membaca, menulis dan mengira iaitu 3M. Unsur intelek dalam Falafah Pendidikan
Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan individu yang boleh berfikir secara kreatif dan
kreatis serta kritika, sentiasa berusaha mencari, mengembang dan menyebar ilmu yang benar
dan berguna kepada masyarakat. Contohnya, dengan usaha kerajaan, murid-murid pada
masa ini sudah mempunyai daya intelek yang baik kerana mereka diajar supaya mengamal
amalan membaca yang baik, menulis dan pandai mengira sejak kecil lagi. Dengan ini, mereka
dapat berfikir secara kreatif dan kreatis dengan melahirkan murid yang berpotensi dalam
mengarang atau dalam mengira. Tambahan pula, mereka dapat berfikir secara aras tinggi
dan menyelesaikan cabaran dengan lebih mudah. Menurut Hamedah Wok Awang (2004),
beliau sangat setuju 3M yang dapat menambahbaikan daya intelek murid selepas membuat
bandingan pengalaman beliau bersekolah rendah di tahun 50-an. Jelaslah bahawa, saya
berpendapat bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak perlu dikaji semula kerana
elemen yang sangat penting dapat melahirkan murid-murid menguasai kemahiran berfikir
yang membolehkan mereka membuat keputusan berdasarkan akal dan logik.

2.5 Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara

Rakyat Malaysia telah belajar untuk memupuk semangat perpaduan di antara rakyat negara
Malaysia yang berbilang kaum dan individu berusaha untuk mengekalkan kestabilan dan juga
kemakmuran negara melalui nilai-nilai murni, sifat toleransi, individu juga perlu bertimbang
rasa, mempunyai semangat kekitaan dan sebagainya melalui pendidikan. Dengan pendidikan,
mereka juga akan berusaha mengekalkan ekonomi dan kestabilan politik di negara agar
terbela dan sentiasa terjamin. Tambahan pula, mereka akan memupuk nilai-nilai murni dalam
diri terutamanya semangat perpaduan, hormat-menghormati, semangat kekitaan dan
bertimbang rasa setelah mendapat pendidikan dari sekolah. Dengan mempunyai nilai-nilai
murni, mereka dapat membentuk dan mengekalkan keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Ini juga merupakan suatu sumbangan daripada rakyat Malaysia.

Selain itu, seseorang yang benar-benar menghayati elemen ini akan menjadikan Rukun
Negara sebagai pegangan dan juga amalan hidup dan mematuhi segala perlembagaan dan
juga peraturan. Contohnya, perasaan kekitaan dan cintakan negara juga akan wujud dalam
diri setiap individu lantas menyebabkan mereka akan berusaha untuk mencapai kehidupan
yang lebih bermakna dan bermatlamat. Dengan wujudnya rakyat Malaysia yang mampu
memberi sumbangan kepada negara, ini sebenarnya telah membantu proses pembangunan
negara ke arah sebuah negara maju. Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia yang berjaya di dalam
memberikan sumbangan kepada keluarga akan menambahkan lagi keharmonian dan
kemakmuran di dalam sesebuah keluarga bahkan juga kepada masyarakat. Kesannya,
pastinya kita akan dapat menyaksikan kelahiran masyarakat yang berguna kepada keluarga,
agama dan bangsa. Menurut Suzalie Mohamed (2003), masyarakat yang berpendidik akan
membawa kemakmuran dan kerohanian kepada negara. Jelas bahawa, saya berpendapat
bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak perlu dikaji semula lagi kerana elemen ini
sangat penting untuk melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

3.0 Kesimpulan

Pendidikan merupakan acuan bagi melahirkan masyarakat yang berjaya membentuk dan
membina negara serta mampu memajukan dan meletakkan negara ke tahap yang paling baik.
Hanya pendidikan mampu mengubah sikap masyarakat. Menurut Choong Lean Keow (2008)
falsafah dirumuskan sebagai satu landasan baik bagi cetusan dan pejalanan idea-idea baru
dalam pelbagai bidang dan disiplin ke arah perkembangan manusia. Tambahan pula, elemen-
elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk
melahirkan generasi yang akan datang mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan
kehendak negara dan mampu memandu negara di peringkat global.

Dengan pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, masyarakat dan murid-murid


akan merealisasikan bahawa pendidikan merupakan suatu usaha berterusan dan sepanjang
hayat. Selain itu, mereka juga mengetahui bahawa semua orang mempunyai potensi dan
bakat diri sendiri dan perlulah diperkembang. Di samping itu, unsur jasmani sangat penting
dalam pembentukan fizikal dan mental yang sempurna dalam kalangan murid-murid.
Seterusnya, unsur intelek juga sangat penting kerana dapat melahirkan murid-murid
menguasai kemahiran berfikir yang membolehkan mereka membuat keputusan berdasarkan
akal dan logik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga sangat penting untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.

Walaupun Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang digubal pada tahun 1988 telah
menjangkau usia 28 tahun tetapi pada pendapat saya, Falsafah Pendidikan Kebangsaan tidak
perlu dikaji semula tetapi sahaja perlu dipertambahbaikan untuk menjadikan sistem
pendidikan negara kita lebih sempurna dan melahirkan masyarakat yang lebih berkualiti.

You might also like