Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-FALAH BANTUAN KERAJAAN


PARIT TOK NGAH 34250 TANJONG PIANDANG
PERAK DARUL RIDZUAN.
TEL: 05-7256081 FAKS: 05-7250872
KOD SEK: AFT 3004
Ruj. Kami : SMAAF.TP 01/17/2 (01)
Bertarikh : 23 JANUARI 2017
Kepada :

Yang Dipertua
Majlis Daerah Kerian
No.1 Wisma MDK, Jalan Padang,
34200, Parit Buntar,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

MEMOHON PENEBALAN GARISAN KUNING DAN BONGGOL JALAN

Dengan segala hormatnya, saya menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan, pihak AJK PIBG SMA Al Falah ingin memohon penebalan
Garisan Kuning (Penandaan Jalan) sedia ada dan ’BONGGOL’ jalan di hadapan sekolah ini.

3. Perkara ini adalah berikutan kenderaan yang melalui jalan di hadapan sekolah ini
dipandu dengan agak laju tanpa mengira waktu kerana garisan kuning sedia tidak
memberikan kesan terhadap kelajuan kenderaan-kenderaan tersebut.

4. Pada bulan Oktober 2016 yang lalu, telah berlaku kemalangan di hadapan sekolah
yang melibatkan pelajar sekolah ini dengan pelajar SMK Raja Lope Nor Rashid. Kemalangan
tersebut telah menyebabkan kecederaan dan salah seorang daripada mereka telah dimasukkan
ke wad ICU. Sebulan selepas itu berlaku pula kemalangan melibatkan seorang penunggang
motorsikal bersama anak saudara yang terbabas di hadapan pintu pagar utama sekolah ini dan
mengakibatkan kecederaan.

5. Rentetan daripada kemalangan yang telah berlaku, maka saya mewakili pihak sekolah
dan ibubapa, memohon jasa baik pihak tuan untuk mempertimbangkan perkara ini demi
keselamatan pelajar-pelajar sekolah ini khasnya. Bersama-sama ini saya sertakan salinan foto
kejadian kemalangan tersebut untuk rujukan pihak tuan.

Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

.............................................
(ABIDIN BIN MAT DESA)
YDP PIBG Sesi 2016/2017
SABK Al Falah
Kejadian Oktober 2016
Kejadian November 2016

You might also like